Chapter 48✨

406 25 18
                                    

Dah ready untuk membaca part atau chapter yang menyakitkan hati ini?Saya sarankan agar anda menyediakan tisu ye.Tapi kalau anda seorang berhati batu,tidak mengapa.Selamat membaca!

Dua bulan berlalu,kaki Hannah sudahpun sembuh sepenuhnya.Luka di belakang tubuhnya juga turut sembuh,hanya meninggalkan parut sahaja.

Ketika ini,Hannah sedang sibuk berperang di dapur bersama dengan Mak Nah.

Ting tong!Ting tong!

Kedengaran loceng pintu rumah ditekan oleh seseorang.

Kening Hannah mula bertaut hebat.

"Siapa pula yang datang pagi-pagi ni Mak Nah?"tanya Hannah dengan penuh hairan.

"Entahlah,Mak Nah pun tak tahu"balas Mak Nah.

"Biar Hannah pergi tengok kejap ye"pinta Hannah lalu kakinya melngkah meninggalkan Mka Nah di ruang dapur sementara dia peergi ke ruang hadapan untuk membuka pintu.

Ting tong!Ting tong!

"Ya,kejap!"laung Hannah lalu kunci pintu dipulas olehnya.

Klak!

Mata bundar Hannah terhidang dengan susuk tubuh sesorang yang sedang berpaling dari arah pintu masuk.

"Cari siapa ya?"tanya Hannah dengan penuh sopan.

Si figura tersebut memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Hannah berdiri.

Kaca mata hitam yang terletak elok di pangkal hidung ditanggalkan oleh si figura.

"You ni mesti Hannah kan?wife Rayden?"tanya si figura itu.

Hannah mengangguk perlahan sebagai tanda ya.

Si figura tesebut tersenyum senget.

"Let me introduce myself to you first,my name is Theressa Qayra and I'm is Tengku Rayden girlfriend's.Oops!sorry,terlepas cakap pulak!"sindir Theressa sambil sengaja menutup mulutnya dengan riak wajah yang saja-saja dibuat terkejut.

Bam!

Hati Hannah seakan-akan dihempap oleh batu besar yang menyesakkan dadanya.

Ya Allah,dugaan apa lagi yang ingin Engkau berikan kepada hamba-Mu yang penuh dengan dosa ini?

"Girlfriend tuan Rayden?"tanya Hannah lagi ingin memastikan yang telinganya tidak salah mendengar.

Theresa membalikkan matanya ke atas.

"Iyalah,I ni girlfriend dia.Takkan lah mak cik dia pulak?"sindir Theresa.

Hannah hanya mengangguk perlahan.

"Tak nak jemput I masuk dulu ke?panas ni I duduk dekat luar,nak kena tunggu you sampai bukak pintu ni lagi tadi"

Theresa mengibas-ngibas mukanya menggunakan tangannya.

"Silakan masuk,cik Theresa"pelawa Hannah.

Tanpa teragak-agak,Theresa terus menerjah masuk ke dalam mansion milik Tengku Rayden.

Dengan sengaja,bahu Hannah ditolak kasar oleh Theresa.

Hannah merintis kesakitan.

"Ops!sorry,tak sengaja.I tak nampak pulak you ada dekat situ"

Theresa menyeringai sambil melihat penampilan Hannah dari atas sehinggalah ke bawah.

Selekeh.

Itulah yang boleh dimanipulasikan oleh Theresa.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now