Elle duduk di sebelah Nicholas dengan menatang dulang yang berisi air dan ubat-ubatan untuk suaminya itu. Nicholas bangun dan duduk sambil matanya tidak lepas menatap ke arah Elle. Elle senyum.
"It's time to eat your medicine." Elle berkata. Nicholas mencebik.
"Tak nak." Nicholas menjawab. Elle mencebik sebelum dia memukul lengan suaminya. Nicholas terkejut sebelum dia tersenyum. Elle menghulurkan pil ke mulut Nicholas. Nicholas melihat sebelum dia tersenyum. Dia buka mulutnya sebelum dia mengigit pil itu. Elle dipandang. Elle tersenyum malu ketika melihat Nicholas yang seolah-olah sedang menggodanya itu. Elle pejam mata dengan erat sebelum dia tersenyum. Nicholas mengerutkan dahinya ketika dia mula rasa pahit dari pil yang digigitnya itu.
"Air.." Nicholas berkata dengan terbatuk. Elle tertawa sebelum dia hulurkan sebotol air mineral Spritzer ke arah Nicholas. Nicholas meneguk sebelum pejamkan matanya.
"Itulah. Gatal sangat! Padan muka." Elle berkata. Nicholas membuka mata kanannya sebelum dia tersenyum. Elle hulurkan sebiji lagi pil. Nicholas mengeluh. Elle mengangkat keningnya. Nicholas menganga.
"Mengada." Elle berkata sambil meletakkan pil itu ke dalam mulut Nicholas. Nicholas meneguk lagi air sebelum dia menghela lega.
"Kata gagah perkasa.. Suruh makan ubat macam mengalahkan budak-budak."
"Hey.. Don't test me." Kata Nicholas. Elle tertawa. Elle mengelus wajah Nicholas. Nicholas mencium tapak tangan Elle. Elle menatap wajah Nicholas sambil tersenyum.
"Kenapa senyum tengok abang ni? Abang semakin kacak ke?" Tanya Nicholas. Elle tersenyum sebelum dia melihat dua anak mata Nicholas. Elle meletakkan dulang ke almari sebelah katil itu sebelum dia memanjat naik ke atas katil Dia mencium bibir Nicholas. Nicholas terkejut namun dia biarkan. Sebaliknya dia menarik Elle untuk duduk di atas ribanya. Belakang badan Elle dielus. Tidak tahu apa yang merasuk Elle saat ini. Tangan Elle hampir menarik baju t-shirt milik Nicholas sebelum ciuman mereka terlepas.
Deringan bunyi telefon bimbit Nicholas menyebabkan aktiviti mereka terbantut. Elle menunduk melihat dirinya.
"Er.. I'm.. I'm sorry abang." Elle berkata. Nicholas mengerutkan dahinya.
"Sorry for what, Love?" Tanya Nicholas. Elle berdehem sebelum dia melihat telefon bimbit Nicholas yang berdering itu. Enzo?
"Enzo call abang." Kata Elle.
"Biarlah dia." Nicholas menjawab. Dia ingin mencium bibir Elle namun ditahan oleh Elle. Elle mengambil telefon bimbit Nicholas dan dia menjawab panggilan dari Enzo itu. Pembesar suara ditekan.
"Signore.." Enzo bersuara denga cuak. Elle dan Nicholas sama-sama terdiam.
"What's wrong?" Tanya Nicholas.
"Miss Erra.."
Elle duduk dengan tegak. Wajahnya terus cuak.
"What's wrong with my sister?" Elle memotong.
"Sig..Signora?" Enzo gagap. Nicholas mengambil telefon bimbit di tangan Elle itu sebelum dia menutup pembesar suara itu. Dia lekatkan telefon di telinganya.
"What's wrong?" Nicholas bertanya dengan nada suara yang serius.
"Her husband, Sam. He's been kidnapped."
"Macam mana boleh jadi macam ni? Mana orang-orang kita dekat sana?" Tanya Nicholas.
"They...They died." Enzo memberitahu.
"Where is she right now?" Tanya Nicholas.
"She's hiding at the bunker." Nicholas memejamkan matanya. Bunker atau ruang tersembunyi yang memang disediakan oleh Nicholas untuk mereka bersembunyi seandainya berlaku perkara kecemasan sebegini. Ruangan yang memang boleh menjadi tempat perlindungan untuk Erra dan Samuel di tempat tinggal mereka di Amerika Syarikat.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...