Di tempat banyaknya buku-buku yang teratur susunnya di atas rak, Hana meneroka.
Hana berpindah ke sini belum sampai satu purnama. Dia belum tahu semua tempat menarik di sini. Tapi satu tentang Hana, dia suka membaca. Sama seperti ibunya.
Ibunya berkata, membaca itu sama macam dadah, tapi versi yang lebih berguna. Boleh buat ketagih, dan membaca mengkhayalkan kita ke sebuah dunia baru. Khayal? Betulkah perkataan sebegitu yang patut Hana guna?
Ah, Hana tidak kisah. Kata ibunya, bukan kata dia. Dia persetankan saja, walaupun persepsinya berbeza. Kerana dalam sebuah buku yang pernah ia baca namun ia lupa judulnya apa, seseorang penulis pernah berkata bahawa lebih bagus menghormati pendapat seseorang daripada mendebatkannya.
Mengikut cariannya di dunia maya, katanya, perpustakaan ini salah satu perpustakaan yang bagus di negara yang Hana duduki ini. Ya, Malaysia. Tapi dirahsiakan perpustakaan mana. Bolehkah begitu? Hahaha.
Beberapa minit Hana meneroka, sebuah buku menarik pandangan mata. Judulnya dalam bahasa Inggeris, tulang belakangnya berwarna seakan kebiruan atau dalam bahasa Inggeris mereka menyebutnya teal green.
Abjad yang disusun membentuk perkataan, yang kemudiannya menyatakan judul buku itu Hana tatap lama. Belum sempat lisan Hana menyebutkan judul buku itu, sebuah suara mencantas Hana.
“The Summer I Turned Pretty. Tulisan Jenny Han.” nyata suara itu. Bes suara itu tinggi. Sudah tentunya suara seorang lelaki.
Hana menoleh ke belakang. Rasa hatinya, dia mengenal suara itu. Dan benar tebaknya, itu adalah Nadeem. Muhammad Nadeem. Lelaki yang Hana temu beberapa hari di sekolah barunya itu.
“Eh, Nadeem. Sejak bila awak ada dekat sini?” Hana menegur. Nadeem hanya menayang senyum.
“Baru je.” jawab Nadeem, sebelum dia berjalan semakin mendekat ke arahku. Aku tak berganjak kerana jaraknya selamat. Tidak terlalu rapat. Selesalah untuk berbicara berdua.
“Buku ni best. Storyline dia okey. Cuma, karakter perempuan dia, Belly, kurang bagus sikit. She's a player.” terang Nadeem.
Hana sedikit terkejut dengan penerangan Nadeem, namun tidak dia ekspresikan di wajah. Dia yang ulat buku pun belum tahu soal buku itu, sementara Nadeem boleh menerangkan pendapatnya tentang buku itu.
Bagi seorang yang diilusikan aura negatif yang dilupakan oleh Nadeem, Hana menganggap itu luar biasa.
“Awak baca buku?” tanya Hana kepada Nadeem.
“Kenapa kau tanya soalan yang kau dah tahu?” Nadeem bertanya kembali. Hana menayang muka hairan. Maksudnya?
“Ha?” Perkataan itu refleks keluar dari mulut Hana tanda tidak faham.
Nadeem ketawa kecil melihat gelagat Hana.
“Kalau aku tak baca buku, mana boleh aku terangkan pasal buku tadi, Hana.” terang Nadeem kepada gadis yang masih memasang muka penuh kekeliruan itu.
“Eh, ya jugak ya.” Seakan baru tersedar dari lamunan, Hana juga turut tergelak kecil. Dia menggaru hijab atas kepalanya yang sebenarnya langsung tidak merasa gatal. Itu refleksnya kalau dia malu kerana tersalah bicara.
Keadaan menjadi canggung seketika di antara mereka selepas pernyataan Hana yang seakan salah menganggap Nadeem itu. Nadeem yang kurang senang akan kesunyian, membuat keputusan untuk melanjutkan perbualan.
“Kau baru pertama kali datang ke dekat sini?” Nadeem bersuara bagi memudar canggung antara mereka.
“Haah. Saya baru pindah sini.” jawab Hana ringkas. Dia menarik kerusi dan melabuh punggung di atas kerusi itu. Perasan akan hal sedemikian, Nadeem turut mengambil tempat berhadapan dengan rakan sekelasnya itu.