Raudhah tiba pada tadika itu lebih awal dari semalam untuk bersiap sedia untuk menerima murid murid. Menurut jadual sekolah akan mula menerima murid murid pada jam 8 pagi. Selalunya hanya 2 cikgu yang diperlukan tapi hari ini memandangkan direktur dari hq akan datang semua di minta untuk datang siang bagi membersihkan kawasan tadika itu. Hari ini Raudhah mengenakan baju kurung berwarna biru air dipadankan dengan tudung berwarna pink.
"Assalamualaikum semua" ucap Raudhah sambil dia memasuki bangunan tadika itu. Hanya Shabana dan cikgu Yana sahaja yang berada sudah sampai. Mereka berdua sedang sibuk mengemas almari buku.
"Waalaikumsalam" ucap Shabana dan Yana. Hari ini Shabana kelihatan lain. Memakai dress berwarna hijau jenis body hugging dan kasut tinggi dipadankan dengan tudung hijau muda bercorak bunga bunga. Cikgu Yana juga mempunyai idea yang sama dengan Raudhah. Kelainan pada Shabana hari ini adalah wajahnya nampak lebih di dandan. Bibirnya lebih merah dari semalam.
"Raudhah, awak boleh letak beg dulu selepas itu mulakan kemas di situ."
"Baik Sha" Raudhah pun buat apa yang diarahkan. Tidak lama kemudian Nadirah pun tiba diikuti dengan Florence. Hari ini pakaian Florence lebih sopan tapi tetap kelihatan seksi. Hari ini dia pakai jeans dan blaus berwarna putih. Nadirah seperti biasa dengan jubah dan tudung labuh.
Jam hampir pukul 8, Shabana meminta semua cikgu cikgu berkumpul. Shabana memberitahu semua yang Raudhah akan mengendalikan kelasnya sendiri dan meminta cikgu cikgu yang lain untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan. Shabana juga mengingatkan semua yang puan direktur dari hq akan tiba. Lazimnya jika puan direktur turun, dia akan duduk dalam kelas dan perhatikan cara cikgu cikgu mengajar. Raudhah mula rasa risau. Baru hari kedua dia kerja, bakal diperhatikan oleh puan direktur.
Nadirah dan seorang lagi cikgu ditugaskan untuk menerima murid murid sementara Raudhah diminta ikut bersama. Secara serentak, ramai murid-murid dihantar kepada Nadirah untuk diambil butiran. Kebanyakkan dihantar oleh pemandu atau pembantu masing masing disebabkan ibu bapa yang sibuk bekerja.
"Kak Nad tanya sikit"
"Apa dia?"
"Puan direktur kita orangnya cam mana?"
"Hmm apa Sha dah bilang awak"
"Takde pape langsung"
"Baiklah, namanya Eunice.. bangsa Cina. Dari segi penampilan dia seksi dan cara pakaian pula macam fesyenista. Tu sebab lah awak tengok pengetua kita hari ni pakai cantik cantik. Nak rapatkan diri dengan direktur lah tu."
"Oh.. gitu... cara perwatakkan dia pula cam mana... seram lah dengar dia bakal duduk kelas saya"
"Oh dari segi itu dia seorang yang tegas. Ada kesalahan aja dia akan tegur. Dia ingin yang terbaik dari cikgu cikgu di sini. "
"Awak pula tak pakai cantik cantik ke nak pikat hati dia hehe"
"Ish awak ni... saya bukan tak percaya lah ni semua.. kebolehan saya yang menaikkan saya."
"Bagus lah awak ada prinsip yang betul macam gitu.."
Murid semua telah tiba dan telah pun bersedia. Raudhah memulakan hari dengan pengenalan dirinya dan juga mengenal murid muridnya. Hanya 8 murid sahaja di kelas utamanya. Eunice tiba pada pukul 10. Semua cikgu hanya menumpukan pada kerja masing masing. Hanya Shabana sahaja yang menjemputnya. Mereka berdua berpelukan mesra seolah olah kawan rapat sudah lama berpisah. Shabana pun menjemputnya ke ofis.
Raudhah melihat dari jauh. Memang betul apa kata Nadirah, Eunice betul seksi tubuhnya cantik wajahnya. Rambutnya pula ikal mayang dibiarkan rebah hingga separuh tubuhnya. Eunice memakai midi dress ketat yang menonjolkan bentuk tubuhnya sambil menayangkan kakinya yang putih dan bersih. Shabana dan Eunice pun menaiki tangga menuju ke ofis Shabana. Dari belakang melihat punggung Eunice goyang kiri kanan memukau siapa sahaja yang melihatnya baik lelaki mahupun perempuan.
YOU ARE READING
Korupsi Pendidikan
RomanceRaudhah telah memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru tadika di sekolah antarabangsa. Namun disebalik sekolah terdapat rahsia yang tidak diketahui oleh ramai. Raudhah semakin hari semakin terjebak dalam rahsia gelap sekolah itu.