2 ; mama

11 3 0
                                    

“Kamu mengelamun apa, Adim? Jauh termenung bubu tengok?”

Kaset minda Nadeem yang memainkan imbas kembali seakan berhenti berputar saat ada suara wanita dewasa yang menyapanya. Dia berpaling mencari arah suara itu walaupun dia sudah kenal siapa pemiliknya.

Nadeem tersenyum ke arah ibunya. “Hai bubu.” 

Di tangan ibunya ada sebuah dulang yang membawa segelas minuman berwarna putih. Mungkin itu susu. Ibu Nadeem, Hazila selalu memberi Nadeem segelas susu sebelum tidur. Rutinnya dari kecil sehinggalah kini berumur belasan tahun.

“Fikir apa anak ibu sorang ni?” kata Hazila. Dulang gelas susu itu diletakkan di atas laci bersebelahan dengan katil Nadeem. Dia turut duduk di atas katil bersama Nadeem yang sedang memetik gitar sambil menghayati keindahan malam.

Nadeem berhenti memandang keluar, lalu mengalihkan pandangan kepada ibunya pula. Dia meletakkan gitarnya ke  tepi katil, lalu merangkak ke arah ibunya teruja. Sepasang wajah Nadeem seakan bercahaya, ingin bercerita sesuatu yang terbuku lama dalam hati.

“Bubu, Adim rasa Adim dah jatuh cinta.”

Hampir jatuh rahang Hazila saat anaknya membuat pengakuan itu. Muhammad Nadeem? Jatuh cinta? Dia seakan tidak percaya apa yang baru sahaja dia dengar.

“Adim, kamu main hujan ke masa balik sekolah tadi? Tak demam kan?” Hazila menyoal Nadeem dengan ragu-ragu. Dia menyentuh dahi Nadeem dengan kekura tangannya. Tak panas. Nadeem tak demam.

“Demam bu. Demam angau. Hehehe.” ucap Nadeem, dengan manjanya kepada Hazila.

Hazila tertawa melihat kerenah anaknya ini. Haih, betul ke ini anak kandungnya? Sulit dipercaya.

Anaknya yang dia kenal adalah seorang yang keras kepala. Degil dan selalu serius saja setiap masa. Kadang-kadang saja berjenaka. Susah benar nak tengok dia senyum gembira.

Hazila tertanya-tanya, sakti perempuan mana yang boleh buat anaknya senyum selebar ini? Sampai ke telinga layaknya.

“Adim, kamu serius ke?” Hazila menyoal untuk mendapatkan kepastian yang masih diragui. Dia mendapat soalan daripada keraguannya apabila Nadeem pantas mengangguk apabila Hazila bertanya soal itu.

“Adim yakin, bubu. Adim yakin Adim sudah jatuh cinta. Adim terpikat la dengan kecantikan dia, perangai dia bubu.” Nadeem bercerita segalanya tentang Hana yang menarik perhatiannya dengan teruja kepada Hazila.

Hazila menggeleng kepala sambil tersenyum. Anaknya ini benar-benar sudah mabuk dibuai cinta. Kalau sudah diserang angau, memang tak boleh nak buat apa.

“Alhamdulillah. Akhirnya bubu tahu yang Adim ni masih seorang lelaki yang tertarik dengan perempuan. Kalau tak..” Hazila cuba mengusik Nadeem. Nadeem membuat muka cemberut, terusik dengan kata-kata ibunya itu.

“Apalah bubu ni. Sampai ke situ pula.” Nadeem berura-ura memasamkan mukanya.

“Ibu gurau jelah. Alahai. Perempuan mana yang cairkan hati beku kamu tu, Adim? Boleh bubu kenal?” Hazila bertanya kalau-kalau dia boleh mengenali susuk gadis yang telah menakluk hati anak terunanya ini sehingga begini rupa tingkah lakunya.

Nadeem senyum lalu melompat turun dari katil. Sempat dia memandang ibunya sejenak. “Ibu tunggu situ kejap. Nadeem ambil something.”

Nadeem berlari mengambil 'sesuatu' yang dikatakannya tadi. Hazila hanya duduk tersenyum di samping katil  sambil menunggu kembalinya Nadeem ke kamar.

Sekembalinya Nadeem ke bilik, dia membawa sebuah buku lukisan miliknya yang dia gunakan untuk melakar apa-apa objek lakaran.

Nadeem suka melakar, jadi Hazila selalu membelikannya buku lakaran. Buku lakaran yang Nadeem sedang bawa sekarang pun buku lakaran yang dia hadiahkan kepada Nadeem beberapa bulan lepas, saat ulang tahun Nadeem.

Nadeem naik ke atas katil semula, lalu menyelak beberapa helaian kertas dalam buku lakaran itu sebelum dia berhenti menyelak apabila sudah menjumpai halaman yang dicari.

“Ni, ibu.” Nadeem menyuakan buku lakaran itu kepada Hazila.

Hazila melihat halaman itu. Lakaran kelabu dari pensel itu memotretkan wajah seorang gadis dengan rupa paras yang menarik.

Matanya bundar, seperti mutiara hitam ia bersinar. Pipinya sedikit berisi, menambahkan lagi seri. Hidungnya kecil mancung, bibirnya mungil.

Tanpa sebarang warna pun, gadis ini jelita. Kelabu, tapi dia hidup.

“Cantik. Patutlah kamu betul-betul jatuh cinta dekat dia.” puji Hazila jujur dari hatinya.

Seorang ibu takkan pernah berbohong jika itu adalah benar dari jiwa.

“Cantik kan, bubu? Bubu, bubu kan syurga Adim. Bubu tak pernah ke nampak dia? Adim rasa dia bidadari kiriman syurga untuk Adim.” soal Adim. Hazila hanya mampu tertawa.

Alahai, lain betul perangai anaknya apabila sudah dilamun cinta. Manisnya bukan main Terus tak ingat dunia, dipuji seakan gadis itu rupawan paling jelita.

“Bubu rasa betul lah Adim. Tengok, muka pun seiras. Jodoh Adim dengan dia kut?” Hazila melayan perangai anaknya yang angau itu. Melihat Nadeem, dia teringat semasa dia masih muda dahulu. Saat dia juga seusia Nadeem, dan sedang sibuk dilamun cinta.

Bila lagi dia boleh merasa begini? Anaknya itu susah jatuh cinta tau. Momen sebegini adalah momen berharga, satu dalam seribu. Bak kata orang Inggeris, once in a blue moon!

“Jadi, siapa nama bakal isteri Adim di masa depan ni?” Hazila bertanya ingin tahu.

“Hana. Nama dia Delima Hana, bubu.” Nadeem menjawab malu-malu. Hazila menggosok belakang Nadeem.

“Manisnya nama. Semanis orangnya.” puji Hazila lagi. Dia tidak berbohong sedikitpun. Tak hairanlah mengapa anak bujangnya itu boleh jatuh cinta. Tengoklah wanitanya.

Paras rupanya cantik, namanya pun sedap didengar. Kata Nadeem pun, perilakunya baik. Pakej lengkaplah bahasa mudahnya.

Hazila memandang anak terunanya. Seketika, mindanya memutar kembali saat zaman usia mudanya. Dirinya yang sedang remaja, menghirup pekatnya cinta. Sama persis serupa perangai Nadeem. Bila dah cinta, naik gila dibuatnya.

“Dah besar dah anak bubu. Tengok kamu, bubu teringat dekat bubu masa bubu umur kamu dulu. Sama macam kamu, angau bercinta. Bubu rasa baru semalam bubu hantar kamu pergi sekolah rendah, hari ni dah besar, dah pandai jatuh cinta dah.” ujar Hazila.

Hazila menarik Nadeem mendekatinya, lalu rambut Nadeem diusapnya perlahan.

“Bubu tak marah?” tanya Nadeem. Hazila tersenyum.

“Tak ada sebab bubu nak marah, Adim. Cinta itu memang akan menyerang kita sehebatnya, tetapi kita saja tak tahu bila waktunya.” tutur Hazila lembut. Tangannya masih ralit memainkan rambut anak lelakinya itu. Rambut perang anaknya itu diwarisi dari dirinya. Rasa seperti sedang memainkan rambut sendiri pula.

Nadeem tersenyum. Dia suka dengan balasan ibunya. Positif.

“Kalau macam tu, boleh tak ibu ajar Nadeem cara nak ambil hati perempuan? Please...”

Hazila sekali lagi tertawa mendengar kata-kata dari Nadeem. Budak ni, dah besar nak bercinta pun minta tolong ibu lagi?

“Adim yang suka dia, minta tolong ibu lagi nak mengurat perempuan?”

“Bolehlah, ibu. Tolong Adim?”

Hazila menggeleng perlahan. Alahai, nasiblah anak sendiri.

Dia berfikir sejenak, kemudian bersuara kembali.

“Kalau masa zaman ibu dulu....”










Dari Sepasang Mata Yang Jatuh Cinta Where stories live. Discover now