C H A P T E R 1 8 !

Start from the beginning
                                        

" wahai Sara Emilyn solat lah kamu sebelum kamu disolatkan " ujar Tulip Adana dengan nada mengusik.

" kau pahal giler " jerkah Sara Emilyn yang terkejut dengan ayat Tulip Adana itu.

Mengekek Tulip Adana ketawa seraya menekan perutnya yang mengeras akibat ketawa itu. Sara Emilyn terus ke bilik air untuk membersihkan dir lalu menunaikan solat subuh. Tulip Adana hanya menyambung membaca bukunya itu.

Sudah pukul 8:00 pagi namun Sara Emilyn berasa sangat bosan apabila tiada aktiviti yang boleh dilakukan olehnya. Kakinya diatur ke ruangan dapur bagi mencari kelibat ibu dan ayahnya. Dia cuba untuk memenggil ibu bapanya berkali - kali namun langsung taiad sahutan daripada mereka berdua. Melihat pokok-pokok bunga milik ibunya di halaman rumah terus sahaja akalnya mendapat idea iaitu membantu ibunya untuk menyiram pokok-pokok itu. 

Pili air dibuka lalu hos getah dihalakan ke arah pasu-pasu bunga itu untuk disiram. Kebiasannya dia akan selalu membantu ibunya untuk menyiram pokok bunga pada waktu pagi jadi kenangan lama sudah berulang kembali. Bibirnya mula menyanyikan lagu-lagu kesukaannya. Begitu cerah cuaca pada pagi itu dengan siulan burung-burung serta angin yang sejuk.

Setelah selesai menyiram pokok bunga kini Sara Emilyn menyapu pula daun-daun kering yang bertebran di halaman rumahnya itu. Kaki diatur ke bahagian bawah rumah untuk mengambil pencakar. Setelah 30 minit dia menyapu lalu badannya terasa penat dan dia mengambil tempat di kawasan rehat milik keluarganya itu. Pondok kayu ini masih kukuh seperti di zaman kecilnya.

Tiba-tiba ada satu suara menyapa Sara Emilyn yang sedang berehat di pondok kayu itu. Terus sahaja dia menoleh ke arah suara itu. 

" Lyn , bila kamu datang sini ? " tanya mak som yang merupakan jiran kepada ibubapanya itu.

" dua hari lepas mak som " jawab Sara Emilyn dengan lembut.

" ohh , sorang je ke ? " tanya mak som lagi.

" eh tak lah dengan Adana sekali " jawab Sara Emilyn.

" ohh " jawab mak som.

" kamu bila nak berlaki ni Lyn ? , Adana tu pun sama ! anak mak som semua dah ada pasangan tau siap dah beranak pinak lagi " ujar mak som.

" ada jodoh ada la mak som , kita ni jangan ambil kerja Tuhan tak baik tau " bidas Sara Emilyn. Sebab itu dia malas mahu melayan mak som ini kerana perangainya suka buatkan angin kus-kus Sara Emilyn datang bertandang. 

" tak apalah saya masuk dulu la " ujar Sara Emilyn lalu masuk ke dalam rumah. 

" kecoh betul la , aku nak kahwin bila pun menyibuk je ! " gumam Sara Emilyn. 

Eussof yang memandang sahaja Sara Emilyn dari arah sofa itu berasa hairan. Pagi - pagi lagi sudah marah - marah. 

" awak kenapa ? " tanya Eussof.

Terkejut Sara Emilyn dibuatnya apabila lelaki itu menegurnya secara tiba - tiba.

" tak ada apa lah , mak som tu ha sibuk je " jawab Sara Emilyn lalu mengambil tempat duduk di bahagian hadapan Eussof.

" mak som tu siapa ? " tanya Eussof lagi.

" mak som tu penyibuk , ada ke patut dia tanya saya bila nak berlaki , kecoh je " terang Sara Emilyn sambil menyilang tangan didadanya.

" berlaki ? maksudnya ? " tanya Eussof hairan.

" berkahwin la macam lelaki dengan perempuan yang suka sama suka lepastu berkahwin " terang Sara Emilyn dengan lembut.

"ohh , awak kahwin je la dengan Thaqif Anaqi kan senang " ujar Eussof pula.

" choiii , jangan merepek ehh Eussof " ujar Sara Emilyn.

" kalau tak nak nanti mak som tanya lagi bila awak nak kahwin awak pulak marah " ujar Eussof dengan slumber.

" eh eh budak ni , aku sekeh kang " ujar Sara Emilyn dengan geram. 

Eussof hanya ketawa sahaja melihat Sara Emilyn yang membuat gaya seperti ingin memukul seseorang ke arahnya.

" Eussof , saya nak tanya sikit boleh ? kenapa awak selalu bangun awal eh ? " tanya Sara Emilyn hairan.

" saya tak boleh tidur lama-lama nanti saya sakit " jawab Eussof lagi.

" woishh macam tu ek ? " ujar Sara Emilyn. 

" keluarga saya yang ajar macam tu " ujar Eussof lagi.

" bagus didikan diaorang , tapi kalau saya memang tak lah nak ikut " jawab Sara Emilyn sambil ketawa.

" awak bangun awal kan , nampak tak mana aunty Emma dengan ayah pergi ? " tanya Sara Emilyn lagi. 

" diaorang cakap nak pergi pekan beli ikan " jawab Eussof.

" ehmm patutlah tak nampak " ujar Sara Emilyn lagi. 

" Tulip mana ? " tanya Eussof pula.

" di baca buku , selain hobi dia tidur , baca buku pun hobi dia jugak tau " jawab Sara Emilyn.

" ohh , dia suka membaca ? " tanya Eussof lagi.

" suka sangat , lagi satu dia tak suka orang kacau dia kalau dia tengan membaca " terang Sara Emilyn lagi.


Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now