Raudhah berdiri di hadapan pagar dengan jantungnya berdebar diri penuh gementar dan juga keghairahan. Kedengaran suara kanak kanak riuh bermain di taman permainan. Hari ini merupakan hari pertama Raudhah memulakan pekerjaannya di tempat ini. Sebelum ini, dia kerja sebagai seorang guru di sebuah tadika yang dibiayai oleh kerajaan. Setelah beberapa tahun di sana, Raudhah merasa sudah tiba masanya untuk dia mencari pengalaman baru.
Tempat kerja baru Raudhah, adalah sebuah tadika swasta yang mempunyai sebuah nama antarbangsa. Hanya, yang berkemampuan sahaja yang hantar anak anak mereka di tadika begini. Ini juga bermakna gaji yang diberi kepada Raudhah lebih lumayan daripada tempat sebelumnya. Yang membuat Raudhah sangat tertarik untuk mengajar di tempat baru ni adalah cara dan struktur pendidikan yang berbeza. Berdasarkan temuduga bersama pengetua sebelum ini, murid murid di dalam jagaannya juga kurang berbanding dengan tempat lama.
"Ting Tong" Raudhah pun menekan butang lonceng di pagar itu. Tidak lama kemudian seorang wanita keluar dari bangunan berjalan menuju ke pagar.
"Assalamualaikum, awak Raudhah ke?"
"Waalaikumsalam ye saya." Raudhah merasa teruja melihat wanita yang menyambutnya memakai tudung labuh ala ala seorang ustazah. Tidak sangka tempat begini membenarkan pekerja pekerjanya berpakaian Muslimah.
"Jom masuk... nama saya Nadirah" ucap Nadirah sambil menghulur tangan kepada Raudhah.
"Saya Raudhah" jawab Raudhah sambil menyambut salam Nadirah. Raudhah pun mengikuti Nadirah masuk ke menuju ke bangunan di hadapannya.
"Ni saya bawa awak juba pengetua kita... dia kan yang interview awak. "
"Betul tu..."
Bangun tadika itu dua tingkat. Pembelajaran semua akan dilakukan di tingkat satu sementara di tingkat dua adalah ofis pengetua, guru guru dan juga ruang mengisi alat alat untuk mengajar. Sambil menuju ke tangga, Raudhah melihat sekelilingnya dan merasa kagum dengan peralatan yang canggih dan sempurna untuk tenaga mengajar. Tadika itu juga mempunyai taman permainan khas untuk murid muridnya dan ia dijaga dengan rapi tidak kelihatan usang seperti taman permainan awam. Raudhah juga perasan yang tenaga kerja di situ berbilang kaum termasuk bangsa india dan juga. Yang menarik perhatiannya adalah seorang cikgu yang berbangsa Cina. Wajahnya cantik, kulitnya putih dan mempunyai susuk tubuh seperti seorang fitness influencer. Cara pakaiannya jauh beza berbanding dengan Nadirah dengan T-shirt lengan pendek dan seluar leggings. T shirtnya labuh dapat menutupi bahagian punggungnya namun bentuk paha dan betisnya bakal menggoda sembarang lelaki yang melihatnya.
Nadirah dan Raudhah pun sampai di hadapan pintu ofis pengetuanya lalu diketuk.
"Masuk" sahut sebuah suara wanita dari dalam bilik. Nadirah pun membuka pintu itu.
"Sha.. ni Raudhah, cikgu baru kita, Raudhah awak mesti dah kenal Shabana pengetua kita.
"Hi Raudhah, selamat datang ke tadika kita."
"Terima kasih puan"
"Lah tak perlu lah nak puan puan di sini panggil saya Sha saja"
"Baiklah"
"Ok, Nadirah, kamu boleh teruskan urusan kamu. Saya mahu berbual dengan Raudhah sekejap."
Nadirah pun keluar dari bilik itu lalu menutup pintu.
"Sila duduk"
Raudhah pun menarik kerusi dan duduk dihadapan meja Shabana.
"Sekali lagi selamat datang ke tadika kami, berdasarkan resume yang awak beri dan temuduga kita tempoh hari saya dapati pengalaman awak akan bermanfaat untuk kami."
YOU ARE READING
Korupsi Pendidikan
RomanceRaudhah telah memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru tadika di sekolah antarabangsa. Namun disebalik sekolah terdapat rahsia yang tidak diketahui oleh ramai. Raudhah semakin hari semakin terjebak dalam rahsia gelap sekolah itu.