1 ; koperasi

22 4 0
                                    


Saat itu, bintang malam dan Nadeem tiba-tiba menjadi teman rapat.

Gitar yang diletakkan di atas riba Nadeem dipetik talinya satu-persatu, mengeluarkan bait-bait melodi yang menyusup masuk ke pendengaran Nadeem

Lagu gitar berirama tenang yang dimainkan oleh Nadeem itu menambah aura kesunyian dalam malamnya, ditambah lagi dengan bayu malam nyaman yang masuk dari tingkap kamarnya yang terbuka.

Dia menghendap ke luar jendela. Bintang dan bulan malamnya kali ini terasa lebih terang dari biasa. Pekatnya langit malam yang dilihatnya hitam sebelum ini, kini sudah mula muncul rona kebiruan sedikit demi sedikit.

“Hana.”

Itu sebaris nama yang keluar daripada mulutnya. Nadeem tak tahu mengapa tapi dia akui, jiwanya beranggapan yang gadis itu gadis luar biasa.

Hana bagaikan bunga yang datang entah dari mana, singgah pada penglihatannya, dan meninggalkan haruman dalam hatinya.

Pertemuan dia dan Hana pagi tadi seakan tidak tanggal dari kotak memorinya. Peristiwa itu bagaikan dirakam dalam sebuah kaset, dan diputar berulang-ulang dalam benak fikirannya.

Hana menunduk berjalan bersama Nadeem. Sungguh, perilaku dan keterampilan Nadeem sedikit membuatnya ragu-ragu dengan Nadeem.

Kemeja Nadeem dibuka satu butang atasnya, mungkin untuk memberi izin kepada bayu menyusup masuk ke dalam pakaiannya bagi menyamankan badan.

Di batang leher putih Nadeem, terkalung seutas rantai. Hana tidak nampak loketnya, tapi Hana  hanya nampak untaian tali kecil berwarna hitam mengalungi lehernya. Apa lagi tekaan objek itu kalau bukan rantai?

“Kau tak perlu takut dengan aku, Hana. Aku bukan macam yang kau fikir.” Nadeem bersuara secara tiba-tiba, membuatkan Hana terangkat kepalanya memandang Nadeem.

Hana bingung. Kenapa Nadeem berkata sedemikian rupa? Nadeem seakan boleh mentafsir isi hatinya. Adakah ada signal yang menghantar isyarat hatinya kepada otak Nadeem?

“Mana ada saya takut.” Hana membalas, cuba menyembunyikan resahnya dengan berbohong.

Nadeem gelak kecil. Terhibur hatinya melihat gadis sepolos itu cuba berbohong kepada lelaki sepertinya.

“Wajah adalah tulisan unik yang tak semua orang boleh tafsirkannya. Jadi kalau nak berbohong tu, cuba jangan pasang muka macam tu.”

Hana terdiam. Nampak sangatkah mukanya seperti berbohong?

“Muka macamana?” soal Hana ingin tahu.

Nadeem tidak menjawab. Soalan itu digantung, dan hanya dibalas dengan ketawa kecil yang keluar daripada mulut Nadeem.

Mereka terus berjalan seperti biasa. Nadeem berada di hadapan, manakala Hana menyusul dari belakang. Setelah beberapa minit berjalan bersama, akhirnya mereka berdua sampai di tempat yang ingin mereka berdua tuju dari tadi, iaitu koperasi sekolah.

“Kita dah sampai. Pergilah. Ambil apa kau nak.” suruh Nadeem. Hana memandang pintu masuk koperasi sekolah itu. Pintu gelangsar itu ditolak perlahan oleh Nadeem sehingga terbuka. Hana membawa langkahnya ke dalam koperasi sekolah yang agak luas itu.

Koperasi sekolah itu lengkap dengan segalanya. Mulai dari alat tulis, pelbagai jenis buku dan kertas sehinggalah pakaian sekolah termasuk pakaian sukan. Ada juga beberapa jenis makanan , minuman dan jajan yang dijual . Hana mula berjalan meneroka  setiap sudut yang ada di dalam koperasi itu.

Dia mengambil beberapa barang yang telah disenaraikannya. Barang-barang itu adalah barang keperluan sekolah dan dia tidak mengambil barang yang tidak tersenarai dalam senarainya bagi menjimatkan kos. Dia hanya mengambil beberapa jenis alat tulis dan dua helai pakaian sukan.

Dari Sepasang Mata Yang Jatuh Cinta Where stories live. Discover now