Ukaila keluar dari bilik mandi. Kaki melangkah ke arah wardrobe miliknya. Meja solek didekati. Kotak yang berisi pregnancy test dan ultrasound serta kain pelikat dipandang silih berganti.
Yang mana dulu dia harus bertanya pada ibu?
Tangannya bergerak menyentuh kotak itu.
"We miss you daddy"
Satu memori menjengah lagi. Dia memejamkan mata. Sakit dikepalanya kembali terasa.
Ukaila mendesis perlahan.
"Aila?" panggil Puan Syuhada. Pintu bilik Ukaila dibuka. Wajah Manis turut terjenggul di muka pintu biliknya
Ukaila membuka mata. Dia tersenyum nipis.
"Ibu, Kak Manis, masuklah"
"Aila okey?" tanya Puan Syuhada. Dari riak wajah Ukaila, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Mereka berdua berjalan mendekati Ukaila. Matanya menangkap barang yang terdapat di atas meja solek itu.
Dia mengeluh perlahan. Mata tuanya naik memandang si menantu disisi. Manis juga kelihatan terkejut apabila terperasankan hal itu
"Aila, sakit kepala sikit" Manis hanya memerhati.
Matanya memandang ibu mentuanya. Dia mengangguk perlahan.
Mungkin sudah tiba masanya untuk Ukaila tahu tentang Haze dan Hazel.
Manis duduk dibirai katil. Tangannya mencapai tangan Ukaila. Puan Syuhada pula duduk disisi Manis. Memberi ruang untuk Manis bercerita memandangkan Manis yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesihatan Ukaila. Dia lebih tahu.
"Aila ada nak tanya apa-apa? Akak sudi untuk bercerita.." Manis memulakan bicara
Ukaila memandang Manis. Tangannya laju mengambil kotak yang berada di atas meja.
"Yang ni milik siapa akak?" Ukaila bertanya. Manis menarik nafas dalam
"Yang ni, milik Aila. Ultrasound dan pregnancy test tu milik Aila. Sebab tu, kami simpan dalam bilik Aila," Manis menjawab
Ukaila terkaku.
"Da..dalam ultrasound tu kembar kan? Jadi,..." Manis mengangguk beberapa kali
"Jadi, Haze dan Hazel ialah anak kandung Aila. You've carried them for 9 month and 10 days," mata Ukaila mula bergenang
"Kenapa Aila tak tahu? I mean, Aila tak ingat yang Aila pernah mengandung?" Ukaila masih bertanya. Manis tersenyum
"Empat tahun lepas, Aila terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan untuk balik ke sini. Disebabkan kemalangan tu, Aila tak sedarkan diri. Waktu Aila dikejarkan ke hospital, Akak in charger dalam unit emergency.." Manis berjeda seketika
"Keadaan Aila lemah dan akak terpaksa operate Aila untuk selamatkan twins. Lepas pembedahan, Aila koma selama enam bulan dan bila Aila bangun, Aila disahkan mengalami amnesia retrograde atau diertikan sebagai ketidakupayaan untuk mengingat perkara yang lepas yang disebabkan oleh kemalangan," panjang lebar Manis menerang.
Ukaila termenung. Amnesia?
Jadi, sebabtu dia tak ingat bila dia kahwin? Dan siapa suaminya?
"Tapi akak cakap Haze dan Hazel anak akak?" Manis tersenyum lagi. Dia mengangguk lagi
"Diorang anak akak juga. Anak susuan akak," jelas Manis lagi
"Waktu Aila koma, Chempaka masih berusia 1 tahun lebih. Dan akak tak ada cara lain selain kongsi susu Chempaka dengan twins. Tapi, Aila jangan risau, twins sempat minum susu dada Aila selepas pembedahan dilakukan," terang Manis lagi.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...