prolog ; titik pertemuan mereka

19 3 0
                                    

Tangan Nadeem mencoret buku lukisannya dengan pensel kayu berwarna kuning bercorak belang-belang hitam itu. Fokus matanya sedang melukis gambar seekor burung yang hinggap di dahan pokok di luar kelas mereka.

“Nadeem,” Seseorang menyapa namanya membuatkan dia teralih konsentrasi. Tangannya yang sedang sibuk menggaris ke sana ke sini terhenti seketika. Dia berpaling ke belakang, arah dari mana dia mendengar namanya dipanggil.

Ada seorang pelajar lelaki yang berkulit sawo matang. Zarith namanya. Zarith Shah. Rakan sekelasnya.

“Nadeem, kelas ketiga dengar-dengar ada pelajar baru. Perempuan.” Zarith menyatakan ura-ura yang dia dengar berpindah dari satu mulut ke pelajar ke satu mulut yang lain sehingga sampai ke telinganya itu kepada Nadeem.

Nadeem buat muka menyampah. Dia kembali fokus ke buku lukisannya. Menyambung lakaran unggas riang yang belum sudah ia kerjakan tadi. Buang masa saja melayan bicara si Zarith yang tiada faedahnya ini. Baik dia melukis, lagi bagus.

“Nadeem, kau dengar tak?” Zarith bertanya kepada Nadeem. Ya lah, Nadeem macam tak mahu layan aje ceritanya.

“Hm.” Ringkas dan selamba jawapan Nadeem. Hanya berdehem untuk mengiyakan soalan Zarith itu.

“Jom Nadeem. Teman aku pergi tengok pelajar baru tu. Sat ja. Diorang cakap cantik.” ujar Zarith lagi walaupun Nadeem seakan tidak mengendahkan kata-katanya itu.

Nadeem melirik Zarith dengan ekor matanya.

“Tak ada pelajar sekolah ini yang cantik dan takkan pernah ada. That's the fact.”   respon Nadeem datar. Matanya masih ralit memandang buku lukisannya. Penselnya masih dilarikan ke pelbagai arah di atas lukisan yang sudah hampir siap itu.

“Aku suruh kau teman aku, bukan suruh kau cakap cantik ke tak. Please, Nadeem. Kali ni je.” Zarith merayu. Dia menyatukan kedua-dua gumpalan tangannya seakan-akan memohon dengan sesungguhnya kepada Nadeem untuk menemaninya melihat kehadiran pelajar baru di sekolahnya itu.

Nadeem hela nafas. Haih, rimaslah dengan rakan sekelasnya yang seorang ini. Pasal perempuan pun nak bising sebegitu rupa. Tenang-tenang sudahlah.

Nadeem menutup buku lukisannya, lalu pensil tadi dimasukkan semula ke dalam beg alat tulisnya. Dia bangun dari duduknya tadi, lalu kerusi dia tolak masuk ke bawah meja.

“Kata nak pergi sangat tadi kan? Jom lah.” kata Nadeem kepada Zarith.

“Jom! Yeah, Nadeem! Ini baru betul kawan!”  Zarith yang mendengar itu lantas berdiri sama
dan berjalan ke pintu keluar kelas disusuli Nadeem dari belakangnya. Nadeem menggeleng dengan perangai rakan sekelasnya ini. Apa nak jadi dengan rakan sekelasnya ini? Pantang nampak perempuan betul.

Nadeem memandang ketua kelas mereka, Iman, lalu mengangkat tangan meminta izin untuk keluar dari kelas.

“Iman, aku dengan Zarith keluar kejap tau. Kalau cikgu tanya, jawab kitorang ada meeting Kelab Seni Budaya.”




“Mananya pelajar baru yang kau cakap tu, Zarith?” keluh Nadeem malas.

Mana taknya? Masuk kali ini sudah kali kelapan mereka berulang-alik ke sana ke mari di hadapan kelas turutan ketiga ini dan kelibat pelajar baharu itu masih belum nampak batang hidungnya. Pelajar-pelajar kelas ketiga itu sudah mula memandang aneh kepada mereka kerana pelik akan kehadiran pelajar kelas pertama ke kelas mereka.

“Ish, kau boleh sabar sikit tak? Dia belum masuk la tu. Tunggu lagi lima minit tak boleh?” Zarith beralasan. Nadeem menepuk dahinya mendengar kata-kata Zarith. 5 minit lagi? Dari setengah jam yang sudah berlalu, itulah saja perkataan yang keluar dari mulut Zarith. Tunggu lima minit lagi, tunggu lima minit lagi, tapi penungguan itu kini sudah memakan tempoh setengah jam lebih.

Dari Sepasang Mata Yang Jatuh Cinta Where stories live. Discover now