Di dalam fasa hidup mendewasa, kita pasti ada waktu di mana kita merasa jatuh cinta dengan sehebat-hebatnya. Kita pasti pernah melalui fasa mengagumi seseorang seakan tiadalah manusia dari dirinya yang lebih istimewa.
Cinta adalah sesuatu yang wujudnya niskala, fizikalnya tak tahu bagaimana, tetapi seakan kehangatan matahari pagi yang berhembus, kita tahu keberadaannya selesa.
Ini adalah nukilan cerita cinta tentang dua remaja muda yang sedang menumbuh dewasa, yang secara tak sengaja melangkah masuk ke dalam asmaraloka. Cinta yang orang gelarkan cinta monyet, kerana masing-masing masih muda. Tapi aku sendiri percaya, matangnya cinta itu tidak mengenal usia.
Selamat membaca, nukilan cerita Muhammad Nadeem dan Delima Hana.
Dari mana sudut pandangan mereka berdua, adalahDari Sepasang Mata Yang Jatuh Cinta.