BAB 10

92 11 0
                                    

Aku basuh muka di dalam bilik air. Tempat inilah yang aku tuju bila aku dah rasa malu sangat. Malu bila hampir jatuh ke bawah. Lagi malu bila lelaki itu yang sambut aku dan sekali lagi dia jadi tukang selamat.

Aku lihat muka yang basah melalui cermin lalu aku mencebik geram. Air mata nak tumpah. Tapi aku tahan. Jangan  menangis. Tak boleh. Aku kan kak long. Kak long mana boleh menangis. Kalau dah menangis aku kena tukar tempat dengan Afza jadi adik bongsu pula.

Namun seorang Asma kalah juga akhirnya. Tiba-tiba saja air mata berhamburan keluar. Aku tak tahu kenapa aku perlu menangis. Apa yang jadi tadi bukannya peristiwa sedih pun.

Aku sapu air mata yang merembes di pipi apabila bilik air mula dimasuki orang seorang demi seorang Tarik nafas dan hembus kuat. Cuba bangkitkan semangat di setiap helaan nafas yang keluar masuk. Apabila sudah berasa lega aku keluar dari bilik air namun pandangan aku disambut dengan susuk tubuh seseorang yang aku kenal.

Mamat rescuer aka Double M sedang elok menyandar di dinding betul-betul depan pintu bilik air perempuan. Sekarang dia sudah balut tubuh dia dengan sweater berwarna hitam dan tutup separuh mukanya dengan mask warna yang sama.

Aku ketap geraham. Walaupun dia pakai macam tu aku tetap kenal dia.
Aku mengeluh.

Amarah tadi hilang berganti kesal.
Aku tak menyangka langsung dia adalah public figure. Pemain bola sepak terkenal negara dan pujaan ramai gadis termasuk adik aku. Aku memang buta informasi.

Aku pejamkan mata seketika. Lantas gigit bibir. Tanda geram dengan diri sendiri.

Ah, tak perlu pun nak hiraukan dia. Popular ke tak dia bukannya sedara aku. Lalu aku mula melangkah hendak pergi.

Aku tak tahu dia tunggu siapa kat luat bilik air. Jadi tak ada faedahnya aku berlama di sini. Namun aku rasa dia ekori aku. Pantas aku berhenti. Berpaling tengok dia. Memang dia ikut aku.

"Nak jadi bodyguard pula?" rengus aku dengan suara keras. Eh, dia senyum. Aku nampak matanya sepet dan tentu saja dia tengah senyum.
"Yes. I wanna guard you till jannah. Can I?"

Banyaklah dia punya cekadak. Till Jannah konon. Aku bukan bini dia. Suka hati je cakap macam tu.
Aku cerlungkan mata pandang dia. Dia tu suka sangat buat aku naik angin.

"Never! " jawab aku geram lalu menonong meninggalkan dia. Tak sangka pula dia tak jemu ekori aku sehingga sampai di tempat aku parkir kereta. Nasib baik aku parkir kereta di basement bawah. Kalau kat depan KB Mall tentu semua orang akan tengok dia. Paling sadis ada paparazi yang ambil peluang tangkap gambar kami. Huh, dia akan dapat bala dan aku pula akan dapat malu.

"Kenapa ikut saya. Nak apa? Tak cukup lagi ke tadi saya dah bagi malu dekat awak?" soal aku dengan muka macam nak telan orang. Takkan dia tak malu langsung. Kena sorak dekat rakan-rakannya. Hari ini dia telah digelar superhero pujaan ramai.

"Small matter je. Tapi… Cik Asmara okay ke tak ni?"
Aku julingkan mata ke atas.
Baru nak tanya keadaan aku! Huh, tak patut
Lantas….
"Small matter, bro." Aku tiru ayat dia dan dia hamburkan tawa kecil.
Malas dah nak layan dia sebab aku takut aku naik angin. Bukan. Jadi ribut lalu buka pintu kereta tetapi dia tahan.

"Kawan?"
Dia minta. Ya, dia minta nak kawan dengan aku.
"Tak ada masa," jawab aku lalu masuk ke dalam. Aku cuba tarik pintu tetapi dia masih lagi menahan dengan kuat.
"Nak apa lagi?" tanya aku geram. Lantas dia hulurkan plastik berisi makanan. Nampak gaya macam dari kedai estetik tadi.
"Bagi dekat Afza." Dia hulur.

Aku teragak-agak nak ambil tapi bila nampak mata dia penuh berharap terus tangan aku tarik plastik dan letak di atas kerusi sebelah. Rasa terharu pula bila dia ingat akan adik aku.
"Terima kasih,” ucap aku segan.
"Betul tak nak kawan?" Tanya dia lagi dan buat aku hela nafas panjang.
"Sorry. Kita tak boleh jadi kawan dan tak akan jadi kawan." Aku jawab serius tapi dia boleh lagi tersenyum panjang. Mulalah dada aku nak berdegup bagai.

"Kalau macam tu be my girlfriend?"
Hah! Aku ternganga.
"Awak jangan nak buat hal."
"Buat hal?"
"Ya. Awak tu famous player. Saya pula tak kenal awak. Langsung tak tahu awak ni famous. So, saya tak nak jadi girlfriend awak. Kita ni macam langit dengan bumi. Faham kan."
Dia geleng kepala. Maksudnya tak faham atau apa?

"Okay. Kawan tak nak. Jadi girlfriend pun tak nak. So apa kata saya hantar rombongan meminang terus. Be my wife. Will you, sweety?"
Gila.
Sah player seorang ni tak berapa betul.
"Dah. Saya nak balik. Baik awak hilangkan diri sebelum paparazi muncul."

Aku tarik pintu dengan kuat dan dia lepaskan dengan senyum yang tak lekang di bibir. Aku hidupkan enjin kereta. Baik aku lari sebelum dia buat aku makin panas.
Cermin kereta dia ketuk beberapa kali. Geram betul. Ikutkan hati mahu saja aku lawan dia. Tetapi mengenangkan dia orang terkenal  tentu aku yang akan viral dan dapat malu.
"Saya anggap awak sudi sebab awak tak jawab pun lamaran saya ."
Eh, macam tu pula.

"Tak ada maknanya. Dah lah lamar kat tempat parkir. Tak sesuai langsung." Aku jeling dia tetapi dia seluk poket seluar dan tunjukkan telefon di tangan. Aku tahu maksud dia.
"Macam mana boleh mesej saya. Dapat nombor dari mana?" soal aku geram.
"Tak ingat?" Dia cuba buat aku fikir dalam. Tapi aku dah agak siapa yang bagi nombor telefon aku. Siap kau Afza.

Mesti masa dia bawa adik aku round mall dulu dia dah korek banyak rahsia aku. Kenapalah aku tak terfikir pun pasal semua tu. Aku dah bagi peluang lelaki ini  kenal aku secara tak langsung.

"Saya nak balik. Dah pergi." Aku halau dia macam tu je."
Dia gelak. Nampak macam aku buat lawak ke.
"Drive safe my ball."
Aku yang terkedu. Dia panggil aku bola dia. Apa barang punya panggilan. Nampak gayanya aku tak ngam dengan dia. Lagi lama aku kat sini lagi 'jiwa' aku dibuatnya.

Tanpa pamitan terus aku mengundur dan pandu kereta keluar dari bangunan ini. Tinggalkan dia yang masih tercegat hantar aku. Rajin benar dia tu.

Tengah-tengah memandu kepala boleh pula fikirkan dia.

Dia player terkenal. Macam manalah aku boleh tak tahu. Apakah Afza lagi tahu dari aku. Boleh jadi sebab aku kan tak minat bola. Tentulah aku tak ambil kisah siapa player siapa coach. Ah, aku kena hadap Afza nanti. Rasa macam dah bengang kepala aku hari ini.

Aku dah sampai depan rumah. Baru saja keluar aku perasan ada kereta mewah berhenti di luar pagar. Sedikit tersorok. Aku tak pernah tengok kereta macam tu kat kampung aku.
Intai sedikit.

SUV Lexus RX tidak dimatikan enjin. Cermin yang gelap menyukarkan aku untuk melihat pemandu di dalam. Kepala teringat mamat rescuer tadi. Isk, tak mungkin! Takkan dia nak ikut aku sampai sini. Lagipun bukan dia datang berkumpulan ke dekat cafe tadi. Macam mana pula dia nak ikut aku.

Ah, lantaklah. Jangan kau serang aku sudah. Tanpa mempedulikan kereta itu aku ambil barang aku dan tutup pintu kereta. Baru nak melangkah terasa ada kelibat manusia di belakang.
"As."
Aku berpaling.

Alamak, Hang Jebat!

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz