BAB 02

132 15 2
                                    

Aku tidak menghiraukan beberapa pasang mata yang sekejap-sekejap memandang ke arah aku semasa aku masuk ke dalam restoren. Yang tengok aku tu semuanya memakai baju berwarna putih. Ada lambang harimau di dada.  Sama macam lelaki yang tolong aku tadi. Tapi… tak sangka pula  kumpulan lelaki itu pun makan kat sini.

Mereka semua duduk dalam kawasan yang sudah dihias cantik. Macam nak bagi anugerah pun ada.  Agaknya dia orang ada reunion sekolah. Tak pun alumni universiti sebab pakai baju sama. Itu telah aku.

Aku tebalkan muka melintas kumpulan lelaki terbabit. Mengikut Leena dan Shams yang sudah labuhkan punggung di meja berkerusi empat. Jauh di hujung dinding kaca. Aduhai? Apasallah dapat meja nun jauh di sana. Jauh benar dari meja layan diri. Dah lah perut aku tak makan saman. Mula berkeroncong setelah melihat pelbagai jenis menu yang terhidang di tengah-tengah restoren. 

"This is recommended hotel. Harap-harap lah makanan kat sini betul-betul sedap macam yang viral dekat tik tok," ujar Leena sebaik saja kami duduk. Aku sudah larikan pandangan. Tidak lagi mengintai menu tetapi mata aku meliar memandang ke luar hotel melalui dinding kaca tebal. Aku teruja melihat manusia dan juga kenderaan yang nampak kecil dari atas.  Tetapi hanya sekejap sahaja. Kepala aku mula berpusing pening. 

"Dah tahu kau  tu fobia tempat tinggi yang kau pergi tengok kat bawah tu buat apa." Tiba-tiba Shams tepuk tangan aku yang terletak cantik di atas meja. Pantas aku larikan tangan.

"Kalau tak tengok rugi," balas aku lantas mata aku pakukan pada wajah Shams. Tak mahu dah tengok ke bawah.

"Dahlah. Jom kita pergi ambil makanan." Leena bangkit  diikuti Shams. Aku pula letak handbag di atas kerusi sebelah yang kosong kerana Leena dan Shams duduk sebelah menyebelah depan aku.

Aku nak bangkit tapi pening.

Padan muka! Siapa suruh tengok ke bawah.

Pun begitu aku bangun juga. Harap tak ada apa-apa yang akan berlaku. Lagipun aku benar-benar lapar. Rugi tak makan. Dengan langkah penuh hati-hati aku ke meja layan diri.  Ketika itu jugalah kumpulan lelaki berbaju putih tadi pun ikut sama bergerak.

Aku ambil pinggan dan berhasrat hendak makan buah dahulu. Lalu aku teliti buah-buahan yang boleh aku makan. Ambil tembikai sekeping, honeydew sekeping dan sedikit jambu batu tanpa biji. 

Ada jeruk! 

Kecur liur aku tengok jeruk. Wallah! Itu memang kegemaran aku. Ini kalau bakal mak mentua lalu tak jadi nak buat menantu sebab aku lebih kan jeruk. 

Sedapnya! 

Aku kibas-kibas tangan. Biar bau jeruk menusuk ke dalam hidung. 

Baru nak feel tiba-tiba ada tangan yang mendaratkan dua tiga keping betik masak ke atas pinggan aku.

Aku terkedu.

Kalih lihat muka pemilik tangan kekar yang rajin benar nak berbudi. Erk, lelaki tadi! Dia senyum sikit. Muka lelaki itu dah tak macam tadi. Tak ketat, tak serius. Sudah ada manis. 

"Perempuan tak elok makan yang masam-masam. Makan betik ni. Makan banyak-banyak." Dia letak lagi dua tiga keping hingga pinggan aku dah tak muat nak letak buah-buahan lain.

"Betik sesuai untuk perut. Membantu sistem penghadaman jadi lancar. Baik juga untuk kulit. Jadi berseri. Lambat berkedut," sambung lelaki itu lagi namun aku beri jelingan tajam.

Eh, pandai pula dia nak ajar aku! 

Dari kecik lagi aku makan jeruk tiba-tiba dia datang nak nasihat aku bagai mak nenek. Dahlah dia bagi aku betik. Buah yang paling aku tak suka bila dah masak ranum macam tu. Aku tak boleh telan bila tengok betik masak. Aku rasa nak muntah. Lainlah betik muda. Yang tu aku makan. Buat cecah dengan cuka, garam gula.  Letak belacan sikit, picit lada kampung banyak-banyak. Fuh, meletup beb! 

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu