Seminggu sebelum majlis akad nikah, rumah keluarga Liyanna di Kuantan sudah mula meriah. Suasana kampung itu seperti disulap jadi lokasi perkahwinan impian dengan penuh bunga, senyuman, dan suara-suara sibuk orang yang membantu persiapan.
Setiap pagi, mak andam akan datang untuk sesi ‘test make-up’, sambil berbual tentang warna lipstik dan tema pelamin. Liyanna yang biasanya tenang pun kadang-kadang jadi gelabah.
“Mia! Baju sanding aku mana satu yang final? Yang lace ke yang satin?” jerit Liyanna dari dalam bilik.
Mia menjenguk masuk, sambil gelak kecil. “Aduh pengantin, semalam dah pilih yang lace lah. Kau ni minah, makin dekat nak kahwin makin kuat pula penyakit pelupa kau!”
Liyanna ketawa kecil. “Aku nervous lah…”
Mia memandang sahabatnya. “Dulu kau pernah takut tak akan jumpa orang yang boleh terima semua luka kau. Tapi tengok sekarang kau dah nak jadi isteri orang.”
Liyanna terdiam. Hatinya tersentuh. Dia hanya mampu senyum sambil tunduk, menyimpan rasa syukur yang tak terucap.
Beberapa hari sebelum majlis, Fahim pula sibuk berulang-alik dari KL ke Kuantan. Meskipun dia CEO dan juruterbang, dia tetap turun padang untuk urus hal majlis dari katering, doorgift, ke sewa pelamin.
“Bro, pelamin okay tak? Aku tak nak yang terlalu fancy. Biar ikut cita rasa bakal bini aku, simple tapi classy,” kata Fahim kepada wedding planner.
Dia juga sempat berbual dengan bakal ayah mertuanya, menyatakan betapa dia menghargai kepercayaan yang diberikan.
“InsyaAllah, saya akan jaga Liya sebaik mungkin, ayah.”
Ayah Liyanna menepuk bahu Fahim.
“Yang penting, jaga solat, jaga komunikasi. Perkahwinan ni bukan tentang hari esok saja, tapi hari-hari mendatang.”
**
Sehari sebelum majlis akad nikah, mereka adakan majlis khatam Quran kecil-kecilan. Liyanna mengenakan jubah putih bersih sambil duduk bersama beberapa anak gadis dan ibu saudara yang datang membaca doa dan Yasin.
Satu demi satu surah dibaca dengan tertib. Air matanya jatuh perlahan. Kali ini bukan kerana sedih, tapi rasa berserah kepada Allah. Dia tak lagi takut dengan masa depan. Dia tahu, cinta yang diletakkan atas nama Tuhan, takkan goyah.
Malamnya, Liyanna menulis sepucuk surat kepada dirinya sendiri
"Wahai Liyanna, besok kau bukan sekadar menjadi isteri kepada seorang lelaki. Tapi kau akan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya, susah senang, tawa tangis. Ingat, cinta bukan cukup dengan suka. Tapi cukup bila ada sabar, redha, dan Allah di tengah-tengahnya."
Di bilik sebelah, Fahim termenung sambil melihat sejadah terbentang. Dia berdoa panjang malam itu. Bukan minta semua sempurna, tapi minta hatinya sabar, mulutnya lembut, dan bahunya kuat untuk memimpin seorang wanita yang dia cinta sepenuh jiwa.
**
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.Pagi itu, suasana rumah Liyanna dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga. Di ruang tamu, pelamin putih dihias indah dengan bunga segar dan lampu-lampu malap yang memberi suasana tenang dan suci. Liyanna duduk di bilik, lengkap berhijab putih polos, dikelilingi sepupu dan Mia yang sibuk memakaikan veil.
"Tenang tak ni bakal isteri Kapten?" usik Mia sambil memegang tangan Liyanna yang sejuk.
"Tenanglah sangat. Rasa macam jantung ni dah tak reti nak berdegup ikut tempo," balas Liyanna sambil tergelak kecil namun masih kelihatan gementar.
“Dah sedia?” soal Mia perlahan, memegang tangan Liyanna yang menggigil halus.
Liyanna angguk perlahan.
Hatinya bergetar hebat. Hari ini… dia bukan lagi Cik Liyanna Amaira. Hari ini dia bakal menjadi Puan Liyanna Amaira isteri kepada Tengku Mohd Fahim.
Tirai kamar dibuka perlahan.
Semua mata tertumpu kepadanya.
Liyanna melangkah turun dari tingkat atas rumah dengan hati yang sarat. Satu persatu langkah diatur perlahan. Gaun kurung moden berwarna putih ivory yang digayakan bersama veil labuh berenda membuatkan dia tampak persis puteri dari kayangan. Tangannya digenggam erat oleh Mia.
“Cantik sangat...” bisik salah seorang makcik.
Liyanna menunduk sedikit, malu. Di ruang tamu, Fahim sudah pun bersedia untuk upacara akad nikah. Tok Kadi memandangnya dengan senyuman tenang.
Dan mata Fahim… dari saat Liyanna muncul di anak tangga pertama tadi, tidak lepas memandang wajah bakal isterinya itu.
‘MasyaAllah… dia memang jodoh aku.’
Tok Kadi menoleh ke arah Fahim yang sudah duduk bersila elok.
“Sedia ya Tengku Mohd Fahim?”
“Sedia, Tok Kadi.”
Fahim menyambut tangan Tok Kadi. Suasana menjadi sangat hening. Tiada bunyi kecuali nafas yang ditahan.
"Aku nikahkan dikau dengan Liyanna Amaira binti Luqman dengan mas kahwinnya sebanyak RM3000 tunai."
Dengan suara tenang dan yakin, Fahim melafazkan akad.
“Aku terima nikahnya Liyanna Amaira binti Luqman dengan mas kahwinnya sebanyak RM3000 tunai.”
Hening.
Tok Kadi menoleh ke arah saksi.
“Sah?”
“Sah.”
“SAH.”
Dan saat itu juga, dewan kecil bergema dengan lafaz takbir, ucapan tahniah, dan air mata syukur.
Mia terus memeluk Liyanna dari belakang.
“Tahniah Liya!”
Liyanna senyum sambil mengelap air mata. Matanya terus mencari susuk suaminya. Fahim berjalan ke arahnya dengan senyuman yang buat dunia seakan terhenti.
Dia duduk di hadapan Liyanna, lalu dengan lembut menyarungkan cincin ke jari manis wanita itu. Matanya tepat ke mata isterinya.
“Mulai hari ini, kau dah jadi amanah aku, Amaira. Aku akan jaga kau sebaik yang aku mampu. Terima kasih sudi jadi milik aku.”
Liyanna terkedu dengan panggilan yang dipanggil oleh Fahim sebelum air matanya mengalir perlahan. Bukan kerana sedih, tetapi kerana bahagia yang tak mampu ditulis dengan kata-kata.
Yeay dah sah!
Votes and comments✨
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)