Nicholas mengerutkan dahinya ketika dia melihat bahagian kosong di sebelahnya itu. Nicholas duduk sambil menggosok matanya. Dia memanggil Elle. Namun tiada jawapan. Nicholas cuba menyadarkan dirinya yang masih separa sedar itu. Nicholas melihat ke arah bilik air. Lampu tidak dihidupkan bermakna Elle tiada di situ. Nicholas menolak duvet hitamnya itu dan melangkah turun dari katilnya. Dia bangun dan menuju ke bilik air. Wajahnya dicuci dan giginya digosok. Nicholas keluar dari bilik air itu. Ke mana pula isterinya pergi? Nicholas mengambil kemeja putih yang tergantung di penyangkut baju itu dan disarung sambil kakinya melangkah keluar.
Dia bertembung dengan Sienna. Dia bertanya di manakah keberadaan Signora? Sienna mengangkat bahunya tidak tahu. Nicholas pelik. Dia kemudiannya melangkah turun ke aras satu. Dia ke dapur namun bayangan isterinya tidak kelihatan. Dia menuju ke pintu utama Palazzonya itu dan dia melihat sandal Elle yang tersusun di rak kasut. Nicholas risau. Dia ingin melangkah keluar sebelum dia akhirnya menangkap sesuatu yang hilang di rak kasut itu. Stable leather boots milik Elle tiada di situ. Nicholas mencekak pinggangnya. Budak bertuah ni! Apa yang dia buat dekat kandang kuda waktu pagi begini?
Nicholas menyarungkan Jodphur boots sebelum dia melangkah ke kandang kuda. Tangannya membutangkan baju kemeja putihnya. Pekebun yang sedang menyiram pokok bunga itu menatap Nicholas dengan pelik. Awal pagi Signore sudah menuju ke kandang. Dia terus berjalan ke arah kandang kuda. Kakinya terhenti ketika dia melihat isterinya sedang menarik dua tali leher kuda itu dan melangkah ke arah padang latihan. Ya! Elle membimbing Ahmad dan Layla secara serentak. Nicholas melihat Elle yang tersenyum itu. Bukan main lebar senyuman dia. Entah apa moodnya ke sini awal-awal pagi begini. Sebulan selepas Layla hadir, Elle sungguh kerap ke kandang setiap kali pulang dari kerja. Mungkin cuba untuk berkenalan dengan Layla. Namun tidak pada hari ini. Masih awal pagi!
Elle kemudiannya tersentak dan terkejut ketika dia melihat Nicholas yang berdiri tegak di laluan menuju ke arah padang polo mini itu. Elle tergagap sebelum dia melihat ke arah Ahmad dan Layla. Elle menelan air liurnya dan dia melepaskan tali Ahmad dan Layla itu.
Nicholas melangkah mendekati mereka bertiga. Elle melihat Ahmad.
"Ahmad.. Please help mummy." Elle berkata sebelum dia bersembunyi di sebalik tubuh Ahmad yang tinggi itu. Elle mendengar derapan tapak boots milik Nicholas semakin mendekat.
"What are you doing with the horses?" Nicholas bertanya. Elle sembunyi.
"Just want to play along with them." Kata Elle.
"Early in the morning?" Tanya Nicholas. Elle menjengah di balik tubuh Ahmad. Nicholas sedang mencekak pinggang sambil matanya tepat menatap ke arahnya. Elle membuat muka gerunnya.
"Saya tak tahu." Elle menjawab. Nicholas diam. Elle mengerutkan dahinya. Dia menjengah dan Nicholas tiada di situ. Elle pelik.
"At leas-"
"Arghh!!!"
Elle menjerit terkejut ketika dia mendengar suara Nicholas yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Layla dan Ahmad sedikit terloncat ketika mendengar jeritan Elle. Nicholas gelengkan kepalanya.
"At least, ajak abang sekali. Abang risau kalau Love tak boleh kawal Layla. No, both of them. You know, for some reason they can be so aggressive towards you." Lembut Nicholas berkata. Elle menunduk. Dia memainkan kukunya.
"Abang tidur nyenyak sangat. Saya tak sampai hati nak kejut abang." Kata Elle. Nicholas menyipitkan matanya. Elle mendongak. Nicholas menghela nafasnya. Elle tahu bagaimana cara untuk menghentikan marahnya. Beginilah! Dengan bermodalkan wajah kasihan yang sungguh Nicholas tidak boleh dilawan.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...