Puan Syuhada melabuhkan punggung di hadapan televisyen. Drama yang ditayangkan menarik minatnya.
Seketika dia teringat sesuatu, kelibat Mak Milah dicari.
"Mak Milah?" panggil Puan Syuhada.
Namun, kelibat wanita lingkungan 60-an itu tidak kelihatan. Kemana perginya wanita itu?
Dia kembali menonton siaran di televisyen.
Hampir 30 minit, Mak Milah masih tidak muncul. Niat dihati ingin menunggu Mak Milah. Ada sesuatu yang dia ingin Mak Milah buat sebelum anak gadisnya yang satu itu pulang.
Idrees sempat memberitahunya sesuatu sebelum lelaki itu pulang ke pejabat tengah hari tadi.
Jam berginjak pantas. Sekarang jarum jam mula berginjak angka enam petang
"Assalamualaikum," Puan Syuhada berpaling ke sisi
Ukaila elok melangkah masuk ke dalam rumah. Sofa yang diduduki olehnya didekati
"Waalaikumussalam, baru balik ke?" Ukaila mengangguk beberapa kali. Sofa single dihadapan ibunya diambil.
"Dah makan? Kalau belum, ibu nak panaskan lauk tengah hari tadi," Puan Syuhada bertanya
Ukaila memandangnya
"Belum lagi. Ibu masak lauk apa?" tanya Ukaila. Puan Syuhada terdiam seketika
"Ayam masak lemak cili api," Ukaila berkerut
"Sejak bila ibu makan lauk tu? Bukan ibu tak suka sangat ke lauk tu?" pertanyaan Ukaila membuatkan Puan Syuhada terkaku seketika
Otaknya ligat mencari alasan. Takkan nak bagitahu Idrees yang datang.
"Ibu.. Ibu berasa nak makan. Yelah, ibu tengok dekat facebook tu ramai orang buat, tu yang buat tu," dia bantai sahaja alasan itu. Harap anaknya itu percaya
Ukaila memincingkan matanya. Mencari kebenaran disebalik pandangan hazel itu
"Ai..Aila nak makan tak? I..Ibu nak panaskan," tergagap-gagap Puan Syuhada bertanya
Cuba menukar topik!
"Boleh juga, Aila nak naik dulu nanti Aila turun tolong ibu," Ukaila berkata sebelum bangun dari duduknya. Kaki laju melangkah ke arah tangga.
Puan Syuhada mengangguk beberapa kali. Dia masih tercegat di hadapan tv
Seketika, dia teringat sesuatu.
"Allah,"
Pintu bilik ditutup. Ukaila melangkah masuk ke dalam bilik. Satu aroma asing menyapa deria baunya.
Pandangannya tertancap pada katil.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...