TRES : PART 16 [√]

42 7 1
                                    















          Handbreak ditarik. Seatbelt dilepaskan perlahan. Matanya tajam memerhati sebuah kereta Mazda CX30 putih yang meluncur laju keluar dari kediaman banglo dihadapannya.

Pintu kereta miliknya dibuka. Rumah dihadapannya dipandang sebelum langkah kaki dibuka menuju ke rumah itu.

   "Assalamualaikum," suara garaunya bergema. Dia melilaukan mata memandang sekeliling

   "Waalaikumussalam," jawab tuan rumah. Dia mengangkat wajah.

Wajah wanita lingkungan 50-an dipandang lama. Dia tersenyum nipis.

   "Ibu" panggilnya. Tangan dihulurkan untuk bersalam

   "Idrees. Idrees dari mana?," Puan Syuhada menyapa

   "Idrees dari meeting dekat area ni. Idrees teringat dekat ibu, tu datang sini, ibu sihat?" ujar Idrees

   "Ibu sihat. Idrees macam mana, sihat?" Puan Syuhada bertanya pula.

Lega hatinya apabila melihat raut wajah sang menantu.

Masih sama seperti dulu. Bertambah helok pula.

   "Sihat ibu"

   "Ehh jom masuk, kita borak-borak kat dalam," ajak Puan Syuhada ramah. Idrees mengangguk setuju

Sofa berangkai tiga itu didekati.

Idrees melilaukan mata. Kut-kut ada terjumpa sesuatu.

   "Kamu cari apa?" Puan Syuhada bertanya apabila perasan akan kelakuan menantunya itu

Idrees tersenyum nipis. Terlalu obvious ke?

   "Tak ada orang dalam rumah ni, jangan risau," ucap Puan Syuhada

   "Aila macam mana, ibu? Dia masih belum ingat apa-apa ke?" Idrees bertanya kepada ibu mentuanya

   "Belum, itu apa yang ibu tahu. Tapi, berdasarkan apa yang kak Manis cakap, penyakit yang Aila hidap ni dia bertindak mengikut situasi. Bila satu situasi tu banyak mengingatkan dia tentang masa lalu, dia akan cepat ingat" terang Puan Syuhada panjang lebar.

Idrees mengangguk faham.

   "Tapi, bila dia cuba untuk ingat sesuatu memori tu, dia akan sakit kepala dan tubuh dia akan jadi lemah," Idrees merenung wajah ibu mentuanya

   "Ibu, kalau Idrees nak minta izin ibu untuk bantu kembalikan ingatan Aila, ibu izinkan?" Idrees bertanya.

Puan Syuhada tersenyum nipis

   "Aila isteri Idrees yang sah dan hanya Idrees sahaja yang mampu kembalikan ingatan Aila. Idrees yang lebih tahu apa yang baik untuk isteri Idrees. Ibu tak ada sebarang masalah,"

Puan Syuhada membalas. Idrees tersenyum lagi

   "Terima kasih, ibu"

Puan Syuhada mengerling jam dinding. Sudah masuk waktu lunch.

   "Idrees ada pergi mana-mana ke lepas ni?" Idrees memandang Puan Syuhada

Dia menggeleng perlahan.

   "Tak ada, Idrees terus ke office je nanti lepas lunch, kenapa ibu?" Puan Syuhada mula bangkit dari duduk

   "Idrees lunch dekat sini eh? Ibu masak. Jangan risau diorang tak balik lunch hari ni," Idrees mengangguk setuju.

Lagipula, sudah lama dia tidak makan masakan ibu mentuanya ini.

   "Kalau nak rehat ke nak solat ke, pergilah naik. Semua barang-barang Idrees masih ada dalam bilik," ujar Puan Syuhada sebelum berlalu pergi ke ruangan dapur.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now