Ukaila merenung ke luar tingkap. Perutnya yang sudah membesar itu diusap perlahan. Tinggal beberapa hari lagi sebelum dia melahirkan.
Ketika dia mengetahui bahawa dia mengandung, dia sudah melepasi firstmester. Iaitu 3 bulan.
Dia tersenyum sendiri.
"Assalamualaikum anak-anak mummy," bicaranya sendiri.
Kini, dia masih berada di kediaman milik keluarga Idrees
"Anak-anak mummy buat apa tu? Tak sabar ya nak keluar jumpa mummy, jumpa daddy" bicaranya lagi. Terasa tendangan pada perutnya membuatkan dia mendesis perlahan
Dia senyum kelat. Sudah enam bulan pemergian Idrees, langsung tiada khabar berita. Dia masih menunggu dan terus menunggu
Janjinya pada Idrees adalah menunggu kepulangan jejaka itu. Dan dia akan tepati janji itu
"Mummy rindu dadddy" biacaranya perlahan
Terasa tendangan kecil pada perutnya. Dia senyum nipis
"Twins pun rindu daddy ya? Kita tunggu daddy balik ya sayang mummy?" Dia kembali mengusap perutnya. Cuba menghilangkan rasa sengal di bahagian perutnya
Terasa bahagia apabila Kak Manis mengatakan bahawa dia mengandungkan sepasang kembar.
Pandangannya dibuang pada hujan renyai-renyai di luar mansion itu. Hujan itu bagaikan mengerti akan isi hatinya tika ini
Dia mengeluh perlahan.
Tok!
Tok!
Tok!
Ukaila berpaling ke arah pintu bilik. Wajah Puan Sri Ivy terjengul di muka pintu
Wajah dimaniskan
"Mummy" Puan Sri Ivy melangkah masuk.
"Aila buat apa tu? Cucu-cucu tokmummy buat apa?" ujarnya ramah.
Ukaila dia dekati. Tangannya naik mengelus lembut bahu menantunya
"Tak buat apa pun tokmummy. Harini twins behave sangat," balas Ukaila dengan senyuman manis
"Duduklah mummy," Ukaila menepuk perlahan ruang dihadapannya
"Aila ada rasa sakit-sakit tak? Kalau ada bagitahu mummy ya," Puan Sri Ivy berkata lembut.
"Tak pun. Sengal-sengal macam biasa lah mummy. Diorang mula mengeras kot" Puan Sri Ivy menjatuhkan kepala
"Due date Aila lagi tiga empat hari kan?" Ukaila mengangguk perlahan
"Tak lama dah tu" Ukaila tersenyum nipis
Puan Sri Ivy merenung wajah suram menantunya. Jatuh kasihan dia dibuatnya. Bila lah bapa mentuanya ingin melepaskan Idrees.
"Bila Idrees balik, mummy?" Ukaila bertanya tiba-tiba.
"Mummy pun tak tahu sayang. Nampaknya kali ini grandpa tak main-main dengan kata-kata dia," Puan Sri Ivy mengeluh perlahan
"Idrees tak boleh lari ke mummy? Kejam sangat ke grandpa sampai Idrees langsung tak boleh nak lepaskan diri," Ukaila bertanya sambil merenung jauh
Dia sudah maklum akan keluarga mentuanya ini. Idrees sudah berterus terang padanya di awal pernikahan mereka
"Kalau diikutkan, Idrees boleh sangat nak loloskan diri. Tapi, bila dia berjaya terlepas, grandpa akan target orang-orang yang dekat dengan Idrees," Puan Sri Ivy jeda seketika

YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...