ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 26

2.5K 113 2
                                        

Genap sebulan Liyanna berada di Turki. Suara Fahim kini hanya tinggal dalam bentuk mesej suara dan teks ringkas.

Fahim:
“Hari ni aku nampak bunga matahari. Terus teringat kat kau. Harap hari kau tenang kat sana.”

Liyanna senyum kecil. Tapi hatinya belum benar-benar tenang. Dia masih dalam proses menerima diri sendiri yang pernah retak, yang pernah trauma. Namun kali ini, dia bangkit bukan kerana seorang lelaki, tetapi kerana dirinya sendiri.

Pada suatu malam, Liyanna menyertai sesi kaunseling berkumpulan bersama wanita dari Syria dan Bosnia.

"Saya kena kahwin paksa masa umur 16," luah seorang peserta dari Aleppo.

"Saya diculik waktu perang," kata seorang lagi wanita dari Sarajevo.

Liyanna menangis dalam diam.Dia sedar, masih ramai wanita yang lebih berat ujiannya, namun mereka masih mampu tersenyum dan mampu berdiri.

Apabila genap dua bulan dia menginap di situ, perubahan dalam dirinya semakin terserlah. Dia kini mampu bercakap di hadapan kelas dengan yakin dan lantang. Pembentangannya bertajuk "Wanita dan Undang-undang Syariah di Asia Tenggara."

Para pensyarah yang hadir tersenyum bangga melihat gadis itu berdiri teguh.

“You are born to be in this field, Miss Liyanna. Don’t ever look back,”
puji salah seorang pensyarah warga Turki.

Liyanna hanya membalas dengan senyuman nipis namun penuh makna.

**

Pada malam terakhir sebelum pulang ke Malaysia, mereka mengadakan majlis kecil di tepi Sungai Bosphorus. Lampu-lampu kecil berkelipan, dan angin malam yang dingin menyapa lembut wajahnya.

Liyanna berdiri menghadap sungai. Matanya bergenang air mata. Namun kali ini, bukan kerana sedih akan tetapi kerana rasa syukur yang tidak mampu diucap.

Fahim:
“Tiga bulan dah berlalu. Aku tak sabar nak jumpa kau.”

Liyanna menutup mesej itu perlahan sambil tersenyum sendiri.Tangannya menggenggam telefon erat.

Liyanna:
“Kalau awak sudi datang ambil saya di airport, saya akan genggam tangan awak sampai akhir hayat.”

**

Orang ramai mula memenuhi balai ketibaan KLIA. Wajah-wajah gembira, pelukan dan senyuman bertebaran di sekeliling.Namun dalam kepadatan itu, hati Liyanna tetap terasa sepi. Matanya ligat mencari. Jantungnya berdegup laju, seolah-olah tahu sesuatu yang besar bakal berlaku.

Di tangan kanannya, sebuah beg sandang kecil. Di tangan kirinya terdapat telefon yang terpapar satu mesej terakhir dari Fahim.
“Aku akan ada di situ. Kalau tak nampak aku, jerit je nama aku kuat-kuat. Aku lari.”

Dia senyum sendiri membaca mesej itu buat kali ke seratus. Gila. Tapi dia suka kegilaan itu.
Dia suka dia.

Matanya melilau, kemudian... terhenti.

Jantungnya seperti terhenti berdetak buat seketika.
Di antara lautan manusia, seorang lelaki berdiri.
Bersandar pada tiang, dengan senyuman tenang yang dia kenal sangat-sangat.Di tangannya, sekeping kertas berwarna putih tertera tulisan tangan

“Untuk wanita yang hatinya aku tunggu sejak tiga bulan lalu.”

Liyanna terus melangkah, perlahan… tapi pasti.
Dan saat jarak mereka tinggal sejengkal, Fahim mendepakan tangannya bagai menunggu sang gadis masuk kedalam pelukannya.

Terbeliak mata Liyanna apabila melihat perbuatan selamba Fahim.
"Heish awak gila ke!?"
"Alaa tak boleh ke"
Liyanna menjeling matanya sebelum dia kembali tersenyum nipis apabila melihat kertas berwarna putih yang dipegang oleh Fahim.

“Terima kasih sebab datang,” bisik Liyanna perlahan.
Fahim membalas dengan senyuman.
“Terima kasih sebab tak patah balik.”

Dia memandang wajah Liyanna yang kini jauh lebih matang, lebih yakin tapi tetap gadis yang dia cintai sejak dulu.

“Aku rindu kau sangat, Mai.”
“Saya pun. Rindu sampai tak boleh tidur kadang-kadang.”
Fahim tergelak kecil. Fahim menghulur kertas putih itu kepada Liyanna.

“Janji nak genggam sampai akhir hayat kan? Tapi kau boleh genggam kertas ni je lah dulu kalau nak genggam tangan kena tunggu halal lah ye dulu" Ujar Fahim lembut berserta dengan kenyitan mata.

"Gatal!" Namun Liyanna memegang jua kertas yang dihulur oleh Fahim.
"Dengan kau je"

**

Usai keluar dari lapangan terbang, Fahim langsung tak membawa Liyanna pulang. Sebaliknya, dia memandu ke suatu tempat yang Liyanna sendiri tidak pasti.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” soalnya sambil memandang ke luar jendela. Jalan yang dilalui semakin sunyi, jauh dari hiruk-pikuk kota.

“Tempat pertama aku jatuh hati pada kau. Tempat aku tahu aku nak letak nama kau dalam doa aku,” jawab Fahim tenang.

Liyanna hanya diam. Hatinya berdetak lain macam. Jauh di sudut hati, dia tahu lelaki di sebelahnya bukan lagi sekadar cinta. Tapi takdir yang dia pilih untuk genggam sampai syurga.

Setibanya mereka di destinasi, Liyanna terpaku.
Sebuah masjid kecil di pinggir bandar, sederhana tapi indah. Senibinanya tenang, dikelilingi pokok-pokok rimbun. Angin sejuk meniup lembut.

“Kenapa sini?” soalnya perlahan.

Fahim senyum. “Ini masjid tempat aku selalu solat waktu kerja mula-mula susah dulu. Masa aku rasa hilang arah, aku datang sini. Dan sejak kita bertunang aku datang sini tiap Jumaat, dan aku doa…”

Dia pandang Liyanna dengan mata yang penuh rasa cinta.

“doa supaya aku kuat jadi suami yang kau boleh sandarkan bahu bila kau letih nanti.”

Liyanna tunduk. Matanya mula basah.

“Mai,” Fahim menyambung, suaranya semakin perlahan. “Aku tak janji hidup kita nanti sempurna. Tapi aku janji aku akan jadi lelaki yang selalu ingat Allah bila aku hampir lupa hargai kau.”

Liyanna menutup mulut, cuba tahan tangis. Tapi air mata tetap gugur.

Dia mengangguk.

“Dan saya janji awak akan jadi tempat saya balik bila saya rasa hilang arah. Awak akan jadi pelindung saya yang bukan sekadar di dunia, tapi yang bimbing saya ke syurga.”

Fahim ketawa kecil.

“Jom solat Maghrib berjemaah. Nanti kita bincang tarikh akad nikah.”

Dan untuk pertama kalinya mereka melangkah masuk ke ruang suci, bukan sekadar sebagai pasangan cinta, tapi bakal imam dan makmum.












Ok jangan lupa votes and comment ye

menantu2✨

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang