Chapter 47✨

329 19 0
                                    

Hola!🤟dah lama saya tak update.HAHAHAHHA.Ada ke yang rindu dengan saya?🤣Hmm minta maaf lah kerja banyak ye,tak sempat nak update selalu ;).Saya dah update ni,kira okay la kan?hehe happy reading everyone!💗✨

Hannah memulas perlahan tombol pintu bilik tidur Tengku Rayden.

Tengku Rayden yang sedang ralit menatap dokumen yang berada di atas ribanya memandang sekilas ke arah Hannah yang sedang melangkah perlahan-lahan ke arah tepi katil.

Pelipis Tengku Rayden berkerut seribu satu.

"Kau nak pergi tidur dekat mana pulak tu?"tanya Tengku Rayden.

"Saya tidur dekat sini,tuan"ujar Hannah sambil meletakkan bantal dan selimut di atas lantai yang berada di tepi katil.

"Siapa yang izinkan kau untuk tidur atas lantai tu,Hannah Audia?"tanya Tengku Rayden dengan nada penuh dingin.

Hannah mengetap bibirnya kuat.

"Saya tak layak nak tidur atas katil tuan,apatah lagi nak tidur sekali dengan tuan"jelas Hannah dengan penuh kejujuran.

Tengku Rayden menolak dinding pipinya.

"Boleh tak sekali je aku minta dengan kau,tolong dengar cakap aku?"pinta Tengku Rayden dengan bersungguh-sungguh.

Hannah menatap seketika riak wajah Tengku Rayden yang sedang menatap tajam ke arahnya itu.

"Saya selalu dengar arahan tuan.Tapi kali ni saya rasa saya memang betul-betul tak layak nak tidur atas katil ni"tolak Hannah dengan lembut.

"Kau memang nak aku ikat kau atas katil ni ke,Hannah?kau memang nak suruh aku buat kerja gila dulu baru kau nak dengar cakap aku?"ugut Tengku Rayden dengan bengang.

Hannah menggelengkan kepalanya perlahan.

"Maksud saya bb..bukan macam tu..tuan"sangkal Hannah dengan rasa serba salah.

"Habistu?kenapa kau tak nak tidur atas katil ni?kau dah tak sayangkan aku lagi ke hah?sampai hati kau kan"

Tersusun elok pula ayat-ayat itu keluar daripada mulut Tengku Rayden tanpa teragak-agak.

Hannah terkesima seketika apabila ayat-ayat itu terpacul keluar daripada mulut Tengku Rayden.

Sayang?bila masa ada rasa sayang tu timbul dalam hati Tengku Rayden?

Bukan ke dia jijik,benci dan tak suka dengan Hannah.

Inilah padahnya kalau dah jatuh cinta tapi masih lagi tidak sedar.

Bab kata orang-orang tua,"mula-mula gaduh, lama-lama nanti jatuh cinta".

Ye idok?🤣

"Tuan..cakap apa ni?"tanya Hannah dengan bingung.

Gila ke apa mamat ni?

"Kau dah tak sayangkan aku kan?sebab tu kau tak nak tidur dengan aku"ujar Tengku Rayden lagi.

"Tuan,tuan sendiri yang peringatkan saya bahawa saya ni tak layak nak jadi isteri tuan apatah lagi nak tidur dengan tuan.Tuan dah lupa ke?ke tuan buat-buat lupa?"balas Hannah dengan nada yang sedikit tegas.

"Dulu lain,sekarang lain"

Mahu sahaja Tengku Rayden membalas begitu,tapi apakan dayanya dia hanyalah seorang manusia biasa yang tahu memendam rasa di dalam hati.

Jeda.

Kedua-duanya yang diam membisu.

Hanya bunyi penghawa dingin yang terdengar di dalam bilik tidur milik Tengku Rayden disusuli dengan malam yang semakin sunyi dan gelap.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now