ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 25

2.6K 117 1
                                        

Suasana di bilik seminar Hotel Armada Istanbul penuh dengan para peserta dari pelbagai negara. Wanita berhijab, lelaki berkopiah, malah ramai yang datang dengan latar belakang undang-undang dan dakwah Islam. Liyanna duduk tenang di barisan tengah, dengan fail di pangkuan dan pen di tangan.

Hari ini ialah hari pertama kursus antarabangsa mengenai Undang-Undang Keluarga Islam dan Hak Wanita dan dia adalah salah seorang peserta termuda dari Malaysia. Dia juga turut menetap di Turkey selama 3 bulan sehingga selesai urusan kursusnya.

"Assalamu’alaikum, Miss Liyanna. You’re from Malaysia, right?"
Seorang wanita berkulit cerah dari Turki menyapanya ramah.
Liyanna senyum. "Yes, wa’alaikumussalam. I'm glad to be here."

**

Pensyarah dari Universiti Al-Azhar sedang memberi ceramah mengenai “Peranan wanita dalam membentuk masyarakat pasca trauma.”

Liyanna mencatat dengan penuh fokus. Kata-kata dari pensyarah wanita itu sangat menyentuh dirinya.
"Wanita yang pernah patah, akan jadi lebih kuat bila dia tahu untuk siapa dia bangkit"

Liyanna tunduk, menghela nafas panjang. Ingatannya kembali pada malam dia melarikan diri dari semuanya. Tapi hari ini, dia bukan lagi gadis yang takut untuk berdiri sendiri.

**

Setelah kursus pada harinya tamat Liyanna membuat keputusan untuk mengambil angina di tepi taman kecil yang berdekatan hotel yang didudukinya. Dia mencari ruang sunyi untuk mengangkat telefon.

Fahim: “Macam mana first day?”

Liyanna:“Sangat membuka mata… Ramai wanita kuat kat sini. Saya rasa bersyukur sangat sebab saya dapat peluang ni.”

Fahim:"Dan aku paling bersyukur sebab perempuan kuat yang aku pernah kenal… akhirnya belajar untuk sayang diri sendiri.”

Liyanna tergelak kecil. “Kalau saya tak sayang diri sendiri, saya takkan pernah layak untuk sayang orang lain, kan?”

Fahim:“Exactly.”

Sunyi sebentar. Hanya bunyi burung dan angin Turki yang menemani.

Fahim: “Lepasni boleh tak aku datang jemput kau jalan-jalan sekejap?”

Liyanna:"Tengok mood saya"

Fahim:"Kalau mood okay, aku belanja kopi Turki?”

Liyanna: “Deal.”

**

Suasana senja di Eminönü Square mula surut. Warna langit jingga lembut menyentuh bangunan bersejarah yang berdiri megah, dan azan maghrib mula kedengaran dari Masjid Yeni.

Liyanna berdiri di tepi tangga batu, memeluk tubuh sendiri menahan angin sejuk. Fahim melangkah ke arahnya dengan senyuman tawar.

“Dah sampai masa…” Fahim bersuara perlahan sambil pandang jam tangan.

Liyanna hanya mengangguk. Ada sebak yang mula berkumpul di dada.

“Flight aku malam ni. Kau kena jaga diri kat sini, okay?” suara Fahim tenang, tapi ada nada berat yang dia cuba sembunyikan.

Liyanna tunduk, menggenggam erat beg sandangnya. “Awal lagi. Saya tak sangka cepat sangat masa berlalu.”

Fahim senyum nipis, melangkah lebih dekat.
“Tiga bulan je, Mai. Bukan tiga tahun.”
Dia cuba bergurau, tapi matanya tak dapat tipu rasa berat di hati.

Liyanna akhirnya angkat wajah.
“Tapi… untuk orang yang pernah hilang, tiga bulan pun rasa macam bertahun.”

Fahim terdiam. Dia tahu maksud gadis itu. Dia juga pernah kehilangan gadis ini dan dia tak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

“Dengar sini, Mai. Aku mungkin balik Malaysia… tapi hati aku tetap kat sini, dengan kau. Hari-hari aku akan doakan kau kuat, kau berjaya. Nanti kau balik Malaysia kita bincang pasal perkahwinan kita ya”
“Janji?” Liyanna bisik, air mata bergenang.

“Janji,” Fahim balas. “Dan bila kau balik Malaysia nanti, aku janji akan tunggu kau dekat pintu arrival tu dengan dua benda…”

Liyanna kerut kening. “Dua?”

Fahim senyum, lebih tenang kali ini.
“Satu, tangan aku untuk kau genggam sampai tua. Dan dua… cincin baru.”

Liyanna terdiam, mulut sedikit terbuka, hati makin berkocak.

“Sebab kali ni,” Fahim sambung berserta senyuman nipis “bila aku lamar… aku nak kau jadi isteri aku yang sah, depan Tuhan.”

Di lapangan terbang malam itu, mereka hanya mampu berpandangan dari seberang ruang pelepasan. Tak ada drama. Hanya pandangan mata yang membawa seribu rasa.

Saat Fahim melangkah ke pintu imigresen, dia sempat menoleh sekali lagi.
Liyanna mengangkat tangan kecilnya, dengan senyuman tabah.










Do votes and comment✨
Selamat hari raya aidil-adha kepada penyokong2 saya🫰🏻


𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang