BAB 2

49.6K 62 1
                                    

Aduhhh... jiwa aku benar-benar kacau dan terumbang-ambing di kala ini. Aku hanya terperuk di atas katilku sahaja sejak dari pukul 6.00 petang, sehingga ke pukul 8.30 malam di kala ini. Apasal lah yang aku ni bermulut lancang sangat. Aku ni apabila terlihat lelaki yang tinggi dan kacak, cepat je mulut aku ni nak cakap setuju. Sekarang ini aku terpaksa terima akibatnya huhuhu...

Aku mengimbas kembali saat-saat pada petang tadi apabila Datin bertanyakan pelbagai soalan kepadaku. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut bakal Mamaku itu, bersemadi kukuh di benak pemikiranku. Nampaknya aku perlu menelefon penasihat peribadi aku untuk aku kendurkan sedikit pemikiran aku yang semakin tegang ini.

Juhaidah : Hello Siti. Kau tengah buat apa tu? Kau sibuk ke sekarang ni? Aku ada rahsia negara nak share dengan kau ni. Kau free tak sekarang ni?

Siti : Aku tengah nak sidai baju ni. Sibuklah jugak sikit. Tapi disebabkan kau nak share hal-hal rahsia ni. Tiba-tiba je aku ada masa untuk kau. Rahsia apa tu? Bagitahulah aku cepat. Aku dah tak sabar sangat nak tahu ni hihihi...

Juhaidah : Kalau aku bagitahu hal ni. Kau jangan terkejut mawas pulak. Lepas tu, kau janganlah hebah kat orang lain. Hal ni hanya kita berdua saja yang tahu. Aku berharap sangat kau rahsiakan hal ni. Hmmm... Aku sebenarnya dah jadi tunangan orang tau. Aku baru je bertunang petang tadi.

Siti : Hanat betullah kau ni. Jangan nak main-mainlah. Hal lain bolehlah dibuat lawak. Tapi bab bertunang ni, sensitif tau. Takkanlah kita baru je habis SPM petang ni, kau terus jadi biol camtu.

Juhaidah : Sumpah Siti, aku tak bohong kau. Memang betul pun. Kau boleh tanua dengan Ummi aku sendiri. Petang tadi datang rombongan nak meminang aku. Lagi 4 bulan kami akan berkahwin. Serius...

Aku menceritakan segalanya dengan terperinci kepada Siti supaya dia mempercayai segala kata-kataku. Hampir 30 minit aku bercerita, barulah dia dapat menerimanya dengan tenang.

Siti : Wahhh... Bestlah kau sebab tak lama nanti kau dah nak jadi isteri orang. Aku dengar pun rasa jealous sangat-sangat tau. Siap dapat abang tentera lagi tu. Terbaiklah kau. Kau ada tak gambar dia, aku teringin nak tengoklah.

Juhaidah : Yup, aku ada gambar tunang aku tu. Kejap ye. Aku nak snap gambar dulu, pastu aku hantar kat whatsapp kau.

Siti : Masyaallah... handsomenya tunang kau tu. Muka macam ala-ala oppa Korea pun ada jugak ni. Makin jealous aku kat kau tau. Dahlah dapat kahwin awal. Lepas tu dapat abang tentera yang handsome pulak. Beruntungnya kau.

Juhaidah : Yup aku akui, dia memang ada rupa. Sebab rupa handsome dia tulah, aku terus je terima peminangan diorang tanpa nak fikir-fikir lagi dah. Sekarang ni aku dah mula rasa menyesal tau.

Siti : Kau nak tahu tak Idah. Orang kata, abang tentera ni badan diorang mantap tau. Ada banyak muscle, ada six packs lagi. Diorang ni hebat tau kat atas katil. Sekali henjut, boleh bertahan lebih dari sejam tau. Batang diorang pun panjang dengan besar. Memang meraung kau malam pertama nanti. Hihihi...

Juhaidah : Siallah kau Sitiii...

XXXXX

Petang itu, aku sedang membantu Ummi di dapur untuk menyediakan juadah pintu petang. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios berwarna biru telah berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah kami. Biru kenderaan di sebelah pemandu telah terbuka.

Ummi : Sapa pulak yang datang rumah kita petang-petang macam ni? Kakakkk... Cuba jenguk kat tingkap tu. Sapa yang datang rumah kita ni.

Juhaidah : Entahlah Ummi, tak perasan pulak sapa tu. Ehhh... kalau tak silap Kakak, tu macam hmmm... hmmm... Kapten Hafiz, tunang Kakak.

Hafiz : Assalamualaikum...

Ummi : Waalaikummussalam. Hafiz ke tu? Jemputlah masuk. Buatlah macam rumah sendiri. Apasal tak bagitahu dulu yang Hafiz nak datang sini. Nasib baik tengah nak masak cucur ikan bilis. Langkah kanan kau petang ni. Datuk dengan Datin apa khabar?

Hafiz : Mama dengan Papa alhamdulillah. Diorang semua sihat je. Diorang ada sampaikan salam kat makcik dengan pakcik. Ni saya ada beli buah tangan sikit, murtabak. Minta maaflah makcik sebab tak maklum awal-awal nak datang sini.

Kami berbual pelbagai perkara di meja makan dapur sahaja, terutamanya hal berkaitan persiapan untuk majlis perkahwinan kami yang akan diadakan tidak lama lagi. Tutur kata Kapten Hafiz yang sopan, merendah diri dan tersusun membuatkan akan semakin terpesona dengan keperibadiannya. Paling aku sukakan pada dirinya tentulah wajah kacak, tinggi lampai dan bau badannya juga agak merangsang nafsuku. Aduh... gatal betullah aku ni hahaha...

Hafiz : Makcik, sebenarnya saya ada hajat yang besar. Kalau Makcik izinkan, saya nak mengajak Juhaidah pergi berjalan-jalan. Tujuan saya ni adalah nak mengenali lagi diri tunang saya dengan lebih dekat.

Ummi : Makcik takde masalah kalau korang nak keluar bersama-sama sebab korang berdua ni dah bertunang. Cuma yang Makcik mintak cumalah jaga nama baik mak ayah masing-masing, jangan buat perkara yang di luar adab dan juga jangan balik lewat malam. Tu sahajalah yang Makcik minta dari korang berdua.

XXXXX

Di dalam kereta Abang Hafiz, kami meluncur laju ke Bandaraya Kuala Lumpur. Permulaan perbicaraan kami di dalam kereta agak kekok, mungkin kerana kami masih belum mengenali diri masing-masing. Mataku hanya memandang ke luar jalan meskipun hatiku sentiasa tertunggu-tunggu percakapan dari Abang Hafiz. Ehhh... panggilan diri untuk tunang aku dah berubah rupanya. Dari Kapten Hafiz, telah berubah menjadi Abang Hafiz hihihi...

Hafiz : Ermmm Juhaidah... saya nak panggil awak apa ye dengan panggilan yang lebih mesra?

Juhaidah : Kawan-kawan panggil saya Ju atau Idah. Tapi terpulang pada Abang Hafiz nak panggil saya apa pun. Asalkan panggilan tu tak pelik.

Hafiz : Kalau boleh, saya tak naklah panggil awak dengan panggilan sama seperti kawan-kawan awak. Saya nak panggil awak dengan panggilan yang lebih istimewa. Hmmm... apa ye... boleh tak saya nak panggil awak Aida. Boleh tak? Nanti bila kita dah kawin, saya nak panggil awak dengan panggilan lain pulak.

Juhaidah : Boleh je. Takde masalah. Abang Hafiz boleh je nak panggil Aida macam tu. Lepas tu, OK tak kalau Aida nak panggil awak... Abang Hafiz?

Hafiz : Boleh je Aida. Tapi lepas kita dah sah jadi suami isteri nanti, lebih elok kalau Aida panggil saya Abang je. Hmmm... Abang sebenarnya nak minta maaf banyak-banyak dari Aida.

Juhaidah : Ehhh... Apasal pulak Abang Hafiz nak kena minta maaf dari Aida pulak. Abang Hafiz bukannya ada buat apa-apa salah dengan Aida pun.

Hafiz : Saya dah buat kejutan besar dalam hidup Aida. Saya tiba-tiba je hantar rombongan untuk meminang Aida. Sebelum ini mesti Aida pun tak pernah mengenali diri saya. Betul tak?

Juhaidah : Memang Aida terkejut sangat-sangat. Takde angin ribut, tiba-tiba datang rombongan meminang dari keluarga Abang Hafiz. Tapi takpe, Aida dah anggap ini memang jodoh kita berdua. Lagipun Aida lebih suka jika kita bercinta lepas kahwin. Lebih rasa menarik dan diberkati Tuhan. Kita pun dapat elak daripada berbuat maksiat. Aida tahu yang Abang Hafiz ikhlas untuk memperisterikan Aida. Dan Aida juga ikhlas menerima Abang Hafiz sebagai bakal imam Aida yang sah.

XXXXX

GANASNYA MY HUBBY... HUHUHU...Where stories live. Discover now