Elle melihat Nicholas dari cermin kaca pejabatnya itu. Jeling tajam si Elle ketika dia melihat Nicholas sedang serius dengan beberapa dokumen di atas mejanya. Oh iya. Akhirnya, terkantoi juga si Nicholas apabila buat pertama kalinya Elle menyelak tirai cermin kaca di pejabat Nicholas itu. Apa lagi, bukan main berleter panjang si Elle. Siap menuduh suaminya itu lelaki miang. Nicholas hanya reda dengan bebelan isterinya. Sudah merajuk lagi si Elle. Nicholas garu kepala. Tanpa sedar, hampir seminggu ya Elle merajuk dengan Nicholas. Merajuk-merajuk manja gitu.
Elle bosan. Dia baru selesai menunaikan solat Asar di dalam ruangan solat yang disediakan oleh Nicholas untuknya itu. Hari ini tugasannya sudah selesai. Hanya perlu menanti arahan dari Nicholas sahaja. Namun melihat Nicholas terlalu sibuk dengan dokumen dan juga komputer ribanya itu, Elle mendengus. Dia bangun sambil menatap Nicholas. Nicholas langsung tidak melihat ke arahnya. Elle keluar. Dia melihat Enzo dan Alex sedang berada di bilik kerja mereka. Mereka menoleh ketika melihat ke arah Elle.
"Buongiorno Signora. (Selamat Pagi Signora)" Mereka menyapa. Elle mengangguk. Alex dan Enzo menatap Elle dengan bibir muncung.
"Cosa c'è che non va signora? Il Signore l'ha fatta arrabbiare di nuovo? (Kenapa Signora? Signore buat Signora marah lagi ke?)" Tanya Alex. Elle menatap Alex tajam. Alex tersenyum sebelum dia menunduk. Elle menolak pintu kaca pejabat Nicholas itu. Nicholas mengangkat kepalanya sebelum dia tergamam melihat siapakah gerangan yang memasuki pejabatnya itu. Elle menutup pintu kaca itu dan terus mengunci. Dia menoleh ke arah Nicholas dengan wajah muncung. Dia memeluk tubuhnya.
Nicholas tersenyum melihat isterinya. Tidak pernah isterinya itu muncul di dalam pejabatnya melainkan dirinya dipanggil. Hari ini, Elle melangkah masuk ke pejabatnya dengan kerelaan sendiri. Nicholas bersandar dan dia sikunya diletakkan di pemegang kerusi pejabatnya.
"Yes?" Nicholas bertanya dengan suara dalamnya. Elle diam.
"Kenapa jauh sangat tu? Sinilah dekat dengan abang." Nicholas berkata. Elle menatap Nicholas tajam sebelum kakinya melangkah. Dia menuju ke samping meja kerja Nicholas sebelum dia kembali berdiri tegak. Dia masih memeluk tubuhnya. Nicholas memalingkan kerusinya menghadap Elle. Dia senyum.
"You miss me?" Tanya Nicholas. Elle melirik ke arah Nicholas sebelum dia kembali melihat bangunan coklat dari pejabat Nicholas itu.
"Bosan." Elle menjawab. Nicholas menongkat dagu.
"Meaning of Bosan?" Tanya Nicholas.
"I'm bored. Saya tak ada kerja. Kerja saya semua dah siap. Saya boring." Kata Elle. Nicholas duduk dengan tegak. Dia menutup komputer ribanya sebelum dia kembali memusingkan kerusinya menghadap Elle.
"Come here." Nicholas berkata sambil menepuk pehanya. Elle menjeling.
"Tak nak." Elle menjawab. Nicholas menahan senyumnya.
"I realised that.." Elle berhenti. Nicholas menatap ke arah isterinya.
"Saya boring merajuk dengan Signore lama-lama." Elle berkata. Nicholas mengangkat keningnya sebelum dia tersenyum.
"That's why you came? Dah tak nak merajuk dengan abang?" Tanya Nicholas. Elle diam. Dia berdehem. Masih enggan menatap Nicholas. Tapi benar apa yang dia katakan sebentar tadi. Dia bosan merajuk dengan Nicholas. Tidak tahu mengapa. Mungkin kerana Nicholas langsung tidak menganggap dirinya sedang merajuk dan melayaninya seperti biasa. Mungkin juga kerana Nicholas langsung tidak membentak dirinya. Mungkin juga kerana Nicholas mengawal dirinya dan sentiasa bersabar dengan Elle? Elle sendiri tidak tahu. Motif dan tujuan dirinya merajuk pun Elle sendiri tidak tahu.
Nicholas berdiri dari kerusinya. Dia menuju ke arah Elle. Elle cuak namun dia cuba mengawal wajahnya. Nicholas kemudiannya berdiri di hadapan Elle. Nicholas terus menutup pandangan Elle terhadap bangunan dari tingkap pejabatnya itu. Tubuh tinggi Nicholas berdiri dekat di hadapan Elle. Elle mendongak. Nicholas sedang menatap ke arah Elle dengan tatapan teruja.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...