MALAYSIA.
Cuaca yang agak panas sentiasa menjadi salah satu fenomena cuaca di negara Malaysia. Suhu juga hampir sahaja mencecah 38°c. Peluh di badan usah dikata, memang banyak. Tambah pula apabila aktiviti di luar yang perlu menghadap sinar matahari.
Masing-masing sudah bergerak ke bawah bangunan yang agak teduh. Semuanya seperti mencari kipas untuk mendinginkan badan.
Lekir berbaring di atas lantai dewan yang agak sejuk itu. Rata-rata komando yang lain juga melakukan hal yang sama. Mereka semua baru sahaja mengemas kawasan kem itu.
Nadhim dan Umar berjalan ke arah Lekir. Beberapa botol mineral yang diangkat diletakkan di atas meja. Lekir sudah tidak berdaya untuk bangun saat itu. Mujurlah Nadhim membawa botol air buat dirinya.
"Settle dah cabut rumput?" Soal Nahdim dan menarik sila di sisi Lekir.
"Rasa nak terbakar kulit kepala," jawab Lekir dan menggelengkan sedikit kepalanya.
"HAHAHAHA. Boleh dimasak dah isi otak tu," sambung Umar dan berbaring di sebelah Lekir.
"Tapi cuaca sekarang memang panas. Aku tidur waktu malam pun berpeluh. Sedangkan kipas dah tala ke wajah." Nadhim meneguk air mineral sehingga separuh.
Sedang mereka bertiga berehat, muncul seorang kadet yang berpangkat rendah.
"Maaf menganggu Tuan!" Ucapnya serius.
"Kenapa?" Soal Umar dan berdiri.
"Kapten Sulaiman mahu berjumpa dengan Tuan bertiga. Sekarang juga di biliknya," tutur kadet itu lagi.
"Baik. Terima kasih."
Umar terus bangun dan menepuk debu di belakang seluarnya. Begitu juga dengan Lekir. Mereka bertiga terus berlari ke ibu pejabat. Komando yang lain juga sempat melihat tiga ketua mereka itu berlari sepantas kilat.
🔥
Kapten Sulaiman menyelak beberapa laporan yang diperoleh olehnya. Tambah pula laporan itu adalah berkaitan dengan kes terbaru yang sudah meragut beberapa nyawa penduduk Malaysia.
Mereka bertiga bergerak masuk ke dalam bilik Kapten Sulaiman. Masing-masing mengangkat tabik sebagai pembuka. Kapten Sulaiman mengangguk dan mengarahkan mereka bertiga untuk duduk.
"Tugas baru dan operasi terbaru," ucap Kapten Sulaiman dengan nada serius.
"Kali ni berkaitan apa Tuan?" Soal Umar.
"Kamu bertiga tahu tentang isu yang berlaku sekarang dekat Syria?" Soal Kapten Sulaiman.
"Tahu Tuan. Kemunculan pengganas dan peperangan berlaku di sana buat masa sekarang," jawab Nadhim. Hal itu sudah kecoh di seluruh pelusuk dunia.
"Betul. Jadi pihak ketenteraan di sana sudah menghantar surat untuk meminta bantuan kita. Tentera daripada Indonesia juga akan bergerak ke sana. Jadi saya akan hantar komando kita ke sana. Isu di sana agak gawat atau boleh dikatakan sebagai darurat," jelas Kapten Sulaiman.
"Faham Tuan. Bila kami semua akan ke sana?" Soal Lekir.
"Dalam minggu ini juga. Saya tak nak lengahkan. Lagipun pihak atasan dah benarkan pasukan kita ke sana. Kamu semua hanya perlu bersedia sahaja." Kapten Sulaiman memandang ketiga-tiga wajah mereka.
"Faham Tuan! Kami sedia untuk ke sana!" Jawab mereka bertiga serentak.
Kapten Sulaiman hanya mengangguk dan melihat mereka bertiga beredar dari biliknya. Dia perlu menghubungi pasukan tentera dari negara Indonesia pula. Segalanya perlu berjalan dengan baik.

YOU ARE READING
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7
RomanceDua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Ketiga-tiganya bagaikan api yang menyala. Langsung tidak mahu menga...