TRES : PART 13 [√]

25 6 0
                                    












          Bukk!

Buat kesekian kalinya, Idrees berkerut. Perutnya terasa senak setelah berpuluh kali ditumbuk. Perutnya yang terasa sebu memuntahkan darah.

   "Stop," ujar satu suara. Idrees yang terikat pada tiang itu dipandang. Senyuman sinis dia tayangkan

   "Tres, my grandson" ujarnya.

Idrees mendiamkam diri. Pandangan tajam diberikan pada lelaki itu.

Lelaki itu berdecit. Sikap jejaka ini dia tidak suka

   "Macam mana vacation kau dekat sini? Best tak?" Lelaki itu bertanya.

Rokok ditangannya dibawa ke mulut. Disedut dalam sebelum dihembus perlahan

Idrees masih diam. Hanya matanya bergerak memandang wajah tua itu tajam

   "Kau tahu Alpha Delilo perlukan kau sekarang, Tres. Aku dah tua. It's time for me to enjoy my life,"  Idrees senyum herot.

   "Orang macam kau patutnya ingat mati," Idrees membalas senada

Senyuman lelaki itu mati. Dia meluru laju ke arah Idrees.

Leher Idrees dicekik kuat. Idrees menayangkan senyuman nipis. Dia berjaya memancing amarah lelaki itu

   "Tak guna kau" ujarnya keras. Pandangan hijau kebiruan itu dia pandang. Namun ia tidak lama, dia kembali mengendur. Dia takkan buat sesuatu yang memudaratkan dirinya

Cucunya ini sangat berharga padanya. Sangat berharga.

Dia senyum manis.

   "I just wanna say, welcome to the Alpha Delilo Empire, dear grandson. Ucap selamat datang pada hari-hari bahagia kau disini. Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat apa yang aku nak, which is.. pewaris dari kau," ucapnya sinis

Wajah Idrees yang bertukar garang itu dia pandang sekilas. Leher Idrees dia lepaskan. Bergerak selangkah kebelakang dari Idrees.

   "Bullshit!" carut Idrees

Lelaki itu ketawa besar. Kali ini, Idrees kalah dengannya. Bukan senang untuk tundukkan singa yang satu ini. Ia perlukan banyak masa, strategi dan taktik yang teliti.

Tres, bukan seorang yang boleh dibawa main. Segala yang berada dekat dengan Idrees dikawal ketat oleh Idrees sendiri. Dia mengawal semuanya. Sampaikan sistem dibawah jagaan Idrees tidak dapat digodam oleh orang-orangnya

Semua maklumat disimpan rapi oleh jejaka itu.

Jadi, untuk mendekatinya perlukan rancangan yang rapi. Namun, tuah menyebelahinya kali ini, Idrees kelihatan lemah dan hilang fokus.

   "Uno" panggil seseorang dari belakang. Lelaki itu berpaling.

Dia ialah Uno the Alpha. Pemilik Alpha Delilo Empire

Jika Delilo Empire, adalah sepenuhnya milik Vier, anak sulungnya merangkap bapa kepada Idrees, maka Alpha Delilo Empire adalah sepenuhnya milik dia yang diwarisi terus dari ayah kandungnya.

   "Déjame cuidar de él (biar aku yang uruskan dia),"  sorang lelaki bersuara. Idrees mengangkat wajah.

   "Qhalaff," gumamnya perlahan. Cukup perlahan.

Dia tersenyum sinis. Mata dipejam seketika, cuba menghilangkan rasa sebu pada perutnya

   "Aku lepaskan dia pada kau. Kalau dia bertindak, kau buat apa yang patut," Uno memberi arahan sebelum berlalu pergi.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now