HARI ini Kayla bangun awal daripada biasa. Hari ini hari pertama Haikal bekerja, tetapi Kayla pula yang terlebih teruja. Dengan T-shirt dan seluar jean santai, wajah yang dirias nipis, Kayla berlari-lari anak ke tingkat bawah.
"Kay? Pukul 7.30? Kay nak ke mana awal-awal pagi ni?"
"Ermm... ermm... ermm..." Kayla bingung memikirkan alasannya. "Nak... pergi pasar pagi."
"Pasar pagi?"
"Ha'ah. Pasar pagi. Kak Put tak pernah pergi ke?"
"Pernah, tapi... Kay yang tak pernah pergi ni tiba-tiba nak pergi, risau jugak Kak Put. Ingatkan Kay tak pernah tahu pasar pagi tu wujud. Maklumlah, selalunya... malam baru keluar."
Kayla mencebik. Menyampah dengan sindiran itu.
"Kita pergi pasar pagi nak? Kay rasa nak jalan-jalanlah hari ni. Nak santai-santai."
Putri pandang Kayla lama, namun dia tidak menolak cadangan itu. Sesekali dia mahu juga bersantai begitu.
"Akak siap kejap ya." Putri teruja dan terus berlari ke dalam biliknya.
Kayla tunjuk kepada diri sendiri. "Aku? Ke pasar pagi? Oh God, Kay... Kenapa alasan tu yang kau fikir?"
Mahu tak mahu, Kayla naik semula, mengambil dompetnya. Putri yang teruja tidak boleh dihampakan.
Putri terpinga-pinga. Tiba di ruang tamu, Kayla tiada di situ.
"Eh, bukan dia dah siap ke tadi? Kat luar kut."
Dengan nyanyian kecil, Putri membuka pintu dan terlihat Haikal sedang menjalankan tugasnya, memeriksa persekitaran vila.
"Selamat pagi, Haikal!" Putri berteriak.
"Nak keluar ke?" Haikal membalas.
"Ha'ah. Kayla nak ke pasar pagi. Ada nampak dia tak?" Putri masih mencari.
Haikal menggeleng. Dia tidak melihat Kayla keluar dari vila sejak pagi tadi.
"Selamat menjalankan tugas ya, Haikal. Akhirnya vila yang suram dan kelam ni cerah dan ceria dengan adanya kamu yang berseri dan kacak sebagai penyelamatnya. Lepas ni, cerialah hari-hari akak."
Haikal hanya ketawa menyambut gurauan itu.
Putri tergamam. Haikal memang kacak, apalagi bila ketawa begitu.
"Mana pulak budak Kayla ni?"
"I'm here..."
Putri terlopong. Tadi gaya kasual, sekarang gaya elegan.
"Nak ke pasar pagi pakai macam ni?"
"Kenapa? Tak boleh ke?" Kayla menjeling dan kunci Audinya dicampak kepada Haikal.
Cekap pula lelaki itu menyambar.
"Hari ni saya nak pergi shopping. Saya tak nak pergi pasar pagi sebab panas. Kita pergi Pavilion ya."
Arahan itu Haikal sambut dengan tenang.
"Nak ke Pavilion ke? Tapi, akak pakai macam ni..."
"Kak Put, kat sana nanti Kay akan belikan baju yang cantik untuk Kak Put, okey."
Tangan Putri ditarik dan mereka menerobos masuk ke dalam kereta.
"Oh ya, Kay mintak maaf sebab batalkan janji Kay hari tu. Ingat nak ajak Kak Put balik Bandung, tapi macam-macam hal berlaku."
"Haila, Kay, akak tak kisah pun. Yang penting, kamu selamat."
"Tapi, Kay janji, Kay akan cari masa lain ya. Kay mesti tunaikan janji Kay tu."
YOU ARE READING
HER SAVIOR
RomanceTajuk: HER SAVIOR Penulis: NINA SWANTAN Mengikat hati kerana janji, mengukuh sejati dengan ikatan suci. Siapa bilang menjadi jutawan muda semudah disangka? Tidak bagi Kayla Kirana Xin. Dia jelita dan kaya-raya, namun hidupnya dikelilingi kesunyian...