Liyanna menggenggam erat boarding pass di tangan. Sebaik sahaja diumumkan pintu masuk dibuka, dia menarik nafas panjang. Ini kali pertama dia ke luar negara namun bukan untuk bercuti, tapi untuk menyambung kursus pendek bidang undang-undang di Turki selama tiga bulan.
Liyanna menunggu di ruang balai berlepas. Dia sudahpun check-in dan masuk kedalam boarding gate. Waktu penerbangan ke Istanbul hanya tinggal beberapa minit saja lagi.
Dia duduk di tepi tingkap kaca besar. Tiba-tiba, dia terdengar suara pengumuman
"Ladies and gentleman, welcome aboard flight TMF 878 bound for Istanbul, Turkey. This flight will be operated by Captain Tengku Mohd Fahim and the crew of T.M.F Air. We will be departing shortly, so please ensure you seatbelts are fastened and your mobile devices are switched to flight mode. Thank you for flying with us, and we wish you a pleasant journey."
Degupan jantung Liyanna terhenti.
Dia tak salah dengarkan nama tadi?
Tengku Mohd Fahim.
Hujung bajunya digenggam erat. Tiba-tiba kedengaran satu lagi pengumuman
"Good evening, ladies and gentleman. This is Captain Tengku Mohd Fahim speaking. I'll be flying you tonight from Kuala Lumpur to Istanbul. Weather looks clear along the route, and we expect a smooth and peaceful journey. Thank you for choosing T.M.F Air - Luxury beyond the clouds. Sit back, relax, and enjoy your flight"
Jadi betullah apa yang disangkakan olehnya. Fahim yang membawa kapal terbang untuk menuju ke Instanbul Turkey pada hari ini.
**
Setelah mereka mendarat di lapangan terbang di Turkey itu. Tangga pesawat dituruni perlahan. Angin musim bunga di Istanbul menyapa lembut wajah Liyanna. Matanya merah kerana penat.
Langkahnya berat. Masuk saja ke ruang ketibaan lapangan terbang, dia tarik bagasinya ke arah balai menunggu.
Matanya melilau mencari penunjuk arah untuk keluar. Tapi langkahnya terhenti bila satu suara garau menegurnya perlahan dari belakang.
"Mai"
Degupan jantungnya terus melompat. Suara itu. Masih sama. Masih dia.
Dia berpaling.
Fahim berdiri di belakangnya. Masih dengan uniform pilot berwarna biru gelap, tali leher hitam kemas, sayap emas kecil tersangkut di dada kiri. Pandangan matanya sangat tenang.
"Awak tunggu siapa?"
Suara Liyanna hampir tenggelam.
"Aku tunggu kau lah. Aku dah tunggu kau dua tahun apa salahnya tunggu dua minit lagi."
Liyanna tunduk. Dia cuba senyum, tapi senyumannya lemah.
"Macam mana awak tahu saya salah satu penumpang dalam kapal terbang ni?"
"Kau lupa aku siapa?"
Bila Fahim berkata begitu barulah dia teringat yang Fahim adalah CEO disyarikat 'T.M.F AIR ' jadi tak pelik kalau Fahim tahu semua nama penumpangnya.
"Disebabkan aku tahu kau salah seorang penumpang dalam flight ni lah aku yang handle flight ni. Sebenarnya bukan aku yang handle tapi bila aku tengok nama kau ada aku terus ambil part untuk handle"
Liyanna diam.
Fahim melangkah perlahan ke arahnya.
Dia berhenti betul-betul di depan Liyanna. Tidak menyentuh. Tidak mendesak. Hanya memandang penuh rasa yang terpendam terlalu lama.
"Aku rindu dekat kau"
Terpegun Liyanna apabila Fahim bersuara tepat dihadapannya.
Hening. Hanya derap kaki orang lain berlalu. Dunia seolah-olah diam. Cuma mereka berdua. Di tengah lapangan terbang asing. Tapi hatinya terasa seperti pulang ke tempat paling dikenali.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)