"Aku terima nikahnya Ukaila Zulaikha binti Kamal dengan mas kahwinnya RM5000 tunai,"
Idrees melafazkan akad dengan satu nafas.
Sah!
Wali mengangguk serentak. Idrees menghembus nafas lega. Dia melihat sekeliling. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja yang mengetahui. Mereka masih belum bersedia untuk mengumumkan pada orang ramai.
Tangan abang iparnya, Ukael Zarith dan Uwais Zaddin disalam.
Bahunya ditepuk perlahan.
"Aku amanahkan satu-satunya adik perempuan aku dekat kau. Jaga dia baik-baik. Jangan pernah lukakan hati dia. Dia dah banyak terluka," ujar Ukael perlahan. Idrees mengangguk faham.
"Walaupun korang berdua tak bercinta and korang kahwin pun sebab nak tutup aib keluarga, aku yakin kau adalah lelaki yang terbaik untuk adik aku. Jaga dia macam kau jaga nyawa kau sendiri," Uwais menepuk bahu Idrees.
"In shaa Allah, aku akan jaga dia sebaik mungkin" balas Idrees. Dia menayangkan senyuman nipis.
"Dah, Kaila dah tunggu kau," Ukaila yang elok duduk di atas pelamin dipandang. Kaki diatur mendekati sang isteri
Ibu mentuanya yang berada disisi isterinya itu dituju.
Tangan tua itu disalamnya penuh kasih"Ibu," panggilnya. Puan Syuhada melerekkan senyum buat menantu lelakinya
"Terima kasih kerana ibu terima Idrees dalam keluarga ni," Idrees memandang wajah tua itu
"Tek perlu berterima kasih, Idrees. Idrees dah bertanggungjawab pun sudah seribu rahmat buat Ibu," Puan Syuhada berkata lagi.
Hati ibu mana yang tidak kecewa apabila berita itu sampai dalam pengetahuan.
Namun, mereka berdua tidak bersalah. Masing-masing dibawah pengaruh dadah. Hendak marah, ia sudah terjadi.
"Sudah, Kaila dah lama tunggu Idrees dekat sana. Pergilah," Idrees tersenyum nipis sebelum melangkah ke arah isterinya
Puan Syuhada berlalu ke arah keluarga Idrees. Puan Sri Ivy menggamit tubuh Puan Syuhada ke dalam pelukan. Erat.
Idrees mendekati Ukaila. Dia melabuhkan punggungnya disisi Ukaila. Dulang yang berisi set barang kemas itu diambil.
"Assalamualaikum," ucap Idrees gugup. Jantungnya usah dibicara. Kalah lari marathon.
"Waalaikumussalam," jawab Ukaila perlahan. Idrees menghulurkan tangan, ingin menyarungkan cincin dan gelang
Takut-takut Ukaila hulurkan tangan. Dia belum pernah bersentuhan dengan mana-mana lelaki kecuali abah, abang-abang serta bapa saudara mahramnya.
Cincin kahwin terletak elok pada jari manisnya.
"Jangan pernah buka cincin ni" ujar Idrees perlahan. Wajah cantik isterinya dipandang. Dia menghulurkan tangan.
Tangan kecil itu turut menyarungkan cincin pada jari manisnya.
Kekura Idrees dia kucup.
Idrees meletakkan tangan pada ubun-ubunnya.
"Ya Allah, Engkau jagalah masjid yang baru kami bina ini. Jauhilah dari perkara-perkara buruk. Eratkanlah hubungan di antara kami. Lembutkanlah hati kami untuk menerima antara satu sama lain, Ya Allah,"
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...