"Astaghfirullah al azim,"
Serentak mereka berkata. Situasi di dalam bilik itu menyentakkan mereka.
Qhalaff menuju ke arah Idrees yang masih lena dibuai mimpi.
Bahu Idrees disentuh lembut.
"Bro, bangun" kejut Qhalaff. Idrees menggeliat perlahan. Matanya terpisat-pisat.
"Ehh, kau. Dah pukul berapa?" suara serak basah kedengaran. Dia masih mamai.
"Bro, bangun. Mandi," ujar Qhalaff lagi. Suaranya semakin perlahan. Tidak mahu mengejutkan gadis yang berada dalam dakapan Idrees.
Idrees bangun perlahan-lahan. Namun, pergerakannya agak terbatas. Dia berpaling ke sisi. Terbuntang mata apabila melihat seorang gadis disisinya
"Ehh..si..." Mulutnya ditekup kuat oleh Qhalaff. Qhalaff meletakkan jari telunjuk pada mulutnya
Tangan memberi isyarat agar Idrees bangun dari baringan.
"Kau mandi dulu..nanti kita bincang," ucap Qhalaff setelah Idrees berdiri ditepi katil. Hayyan mencampakkan tuala kepada Idrees
10 minit kemudian...
Idrees keluar dari bilik air. Lengkap berpakaian pejabat. Qhalaff, Hayyan, dan Idlan yang berada di ruang tamu dipandang.
Idrees melabuhkan punggungnya disofa. Katil yang menempatkan gadis itu dipandang sekilas.
Dia mengeluh perlahan.
"Apa kau dah buat, bro?" Idrees meraup kasar wajahnya. Fikirannya kusut ketika ini. Dia tidak ingat apa yang terjadi.
"Aku..aku tak tahu. Aku tak ingat apa jadi," jawab Idrees. Matanya memerhati kawasan sekeliling.
Baju berselerak di lantai. Apa aku dah buat?
Gadis yang berada di bawah selimut itu dipandang. Masih lagi diulit mimpi. Tubuhnya dibawa ke tingkap bilik. Langsir diselak sedikit. Tidak mahu mengejutkan gadis itu.
"Kau tak ingat? Kau yang bawa masuk perempuan ni dalam bilik ni kan," Qhalaff bersuara. Idrees memandangnya.
"Aku tahu. Seingat aku, semalam aku cuma tolong hantarkan dia dekat bilik sebab dia macam tak sihat," jeda
"Tak tahu pula yang dia tak book bilik," terang Idrees lagi
"Lepas tu.. Aku dah tak ingat," Idrees meraup wajahnya kasar. Apa aku nak buat?
"Okey, sekarang ni cuma ada beberapa kemungkinan. Maybe she been drugged or memang dia nak perangkap kau or dia terkena perangkap," Qhalaff bersuara. Hayyan yang berada disebelahnya mengangguk setuju.
"Asal kau cakap macam tu?" Idrees memalingkan tubuhnya menghadap rakannya.
"Bro, kalau kau nak tahu. Dah kecoh satu batch, ramai yang kena tebuk semalam. Dan aku tak tahu kau salah satu yang..err..tu" Idlan tidak sanggup menghabiskan ayatnya
"Dan perempuan ni pula, dia bukan jenis yang suka flirt dengan mana-mana lelaki. Aku kenal dia. She's too precious, bro. Ramai yang kena tolak mentah-mentah dengan minah ni," Hayyan menyambung ayatnya lagi. Qhalaff mengangguk setuju. Mereka kenal gadis ini.
"It's either she been drugged or someone nak perangkap dia. Event semalam makin liar, bro. Kau tahu kan siapa yang handle event semalam," Qhalaff menyuakan pendapatnya. Dia yakin gadis ini terkena perangkap. Dan Idrees turut terkena tempias.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...