PART 1

232 22 6
                                    

4 tahun sudah

Alisa duduk di atas kerusi kecil bersebelahan pusara Puan Aisyah dan mula membaca yasin. Hari ini genap 3 tahun Puan Aisyah meninggalkan Alisa. Alisa agak terkilan dengan apa yang menimpa mereka.

Alisa pasti yang Puan Aisyah cukup kecewa dengan dirinya. Walaupun Puan Aisyah sentiasa memberikan kata semangat buat dirinya namun dia tahu hati ibunya sedang kecewa dengan dirinya.

Selesai membaca yasin. Alisa memandang pusara ibunya. Tangannya naik menyentuk batu nisan putih itu.

" Ibu... Alisa datang ni..... Dah lama Alisa tak datang melawat ibukan..... Alisa mintak maaf...."

Ujar Alisa dalam sebak. Alisa mengambil nafas dalam dan dihembus perlahan. Dia senyum pada pusara ibunya. Tangannya masih ligat mengusap batu nisan itu.

" Alisa...... Selalu sedekahkan al-fatihah untuk ibu..... Alisa pun selalu jugak bacakan al-quran untuk ibu...... Ibu jangan risau ya insyallah Alisa kuat......Alisa kan ada penguat Alisa yang c...."

" Sarah "

Ujar satu suara dari belakang menghentikan percakapan Alisa. Alisa berpaling ke arah lelaki setengah abad itu dan tersenyum tipis.

" Sarah nanti Pak Samad tunggu dalam kereta ye... Bila Alisa dah habis Alisa terus pergi ke kereta ya "

Ujar lelaki tua itu prihatin. Dia sudah mengangap Alisa seperti anaknya sendiri. Alisa hanya menganguk kecil dan tersenyum tipis.

Alisa tahu lelaki tua itu hanya risau akan keselamatan dirinya. Pak Samad membalas senyuman Alisa dan berlalu pergi. Dia tidak mahu menggangu Alisa ketika ini.

" Hmmm....ibu Alisa balik dulu la..... Pak Samad dah nak balik tu.... Nanti Alisa datang ziarah ibu lagi ehh "

Ujar Alisa dalam nada sebak. Air mata yang ditahan sedari tadi jatuh membasahi pipinya dikesat lembut

Jug air yang dibawa bersama digunakan untuk menjirus pusara Puan Aisyah. Alisa mencium batu nisan ibunya sebelum berlalu pergi.

Alisa masuk ke bahagian penumpang Toyota Valfire putih itu. Pak Samad hanya tersenyum melihat Alisa yang bagaikan sudah mendapat semangat baru.

Alisa yang dia kenal dahulu cukup berbeza dengan Alisa yang sekarang. Dahulu wanita itu selalu bersendiri dan menangis dalam diam. Namun sekarang Alisa merupakan seorang gadis yang ceria dan suka menyakat orang.

" Dah Sarah "

Tanya Pak Samad. Alisa memandang Pak Samad yang berada di sebelahnya lalu menganguk dan tersenyum. Dia sudah mendapat semangat baru selepas melawat ibunya.

Pak Samad memulakan pemanduannya untuk pulang ke rumah. Gembira rasa hatinya apabila Alisa sudah mendapat semangat yang baru. Dalam masa yang sama dia bersyukur Alisa tidak lagi mengalami depression seperti dulu.

~~~~~~~~

" MAMA " jerit satu suara kecil dari kolam renang yang berasa di tepi monsion itu. Alisa tersenyum kecil dan melangkah ke arah kanak-kanak lelaki itu.

Semenjak Datin Syamimi mengutip dirinya dan di hospital suatu ketika dahulu. Dia dilayan dengan baik oleh keluarga itu.

" Aqir kenapa mandi kolam sorang-sorang ni. Sayang mama tak sejuk ke mandi kolam pagi-pagi ni "

Tanya Alisa geram lalu mencubit pipi gebu itu. Aqir yang mendapat cubitan manja dari mamanya hanya tergelak kecil.

Kanak-kanak itu menunjuk ke arah Tengku Syamina yang sedang tertidur dengan majalah di atas muka. Alisa yang melihatkan itu hanya menggeleng kecil.

You Are Mine : Hate of Love (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now