PROLOG

1 0 0
                                        

" MALASNYAAAA !
kenapa lah cikgu tak letak waktu fizik selepas kimia je ? " adu Afiqah .

" siapa suruh kau amik kelas sains? kan dah penat " tawa Kasih , salah seorang classmate Afiqah .

Afiqah Farhana . Pelajar tingkatan 4 Ikhlas  yang tegas dalam melakukan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas tetapi kurang mengambil berat tentang akademik . Tambahan pula, subjek aliran sains bukanlah minat utama Afiqah Farhana yang lebih meminati bidang sastera .

Dalam perjalanan Afiqah ke makmal Fizik yang terletak di tingkat dua , Afiqah tidak habis-habis mengeluh kerana perlu berjalan jauh ke makmal yang berada agak jauh dengan kelasnya . Dah la pula, fizik bukan subjek kegemarannya memandangkan fizik adalah subjek pertama yang dia gagal pada ujian awal tahun haritu . Exam nanti mesti aku fail lagi..haih malasnya nak exam bisik Afiqah sendiri.

" OI FIQA " jerit seorang gadis darioada hujung koridor memanggil rakannya .

" oh mak kau meletup " Afiqah termelatah akibat terkejut akan jeritan seseorang . Lalu dia terus menoleh kehadapan untuk melihat gerangan yang telah menjerit namanya dan sekaligus memalukan dirinya kerana telah melatah dihadapan kelas 4 Rajin . Afiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal dan melajukan langkah bagi menghilangkan kejanggalan diri .

" kemain kau punya melatah..sabar-sabar, jangan doa mak aku macamtu " . omel Faeeqa .

Faeeqa merupakan salah seorang kawan rapat Afiqah sejak di bangku tadika lagi . Namun begitu, mereka mempunyai personaliti dan minat yang berbeza menyebabkan mereka tidak berada di kelas aliran yang sama . Faeeqa seorang pengawas pusat sumber yang agak lowkey , jadi tidak heranlah mengapa Faeeqa kurang dikenali berbanding Afiqah .

Afiqah memilih aliran sains untuk menduduki SPM dan ia merupakan pilihan ibu bapanya manakala Faeeqa memilih aliran akaun dengan rela hati kerana memang minatnya untuk meneruskan jurusan accounting di universiti nanti .

" kau takde kelas ke merayau-rayau ni fiqa ? " Faeeqa menyoal rakannya . Macamlah dia tidak tau perangai rakannya itu . Suka merayau, kadang-kadang Faeeqa naik hairan dengan perangai Afiqah yang kerap merayau sedangkan dia merupakan pengawas kegemaran furu-guru. Dari tadi dia memerhati rakannya itu yang berjalan berseorangan sambil membebel pada diri sendiri.

" sedap kau je cakap aku merayau, nampak ni ? " Afiqah mengangkat buku teks fiziknya dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa dia bukanlah nak ponteng .

" aku nak gi kelas la ni..kau ni tak rilek betulla " balas Afiqah lagi sambil menunjukkan muka tidak puas hati atas tuduhan kawan baiknya itu .

" yelahhhh...ha weh , kau dah plan ke untuk birthday kau ? " Faeeqa menyoal Afiqah

" hah ? nak plan apanya ? " soalan dibalas dengan soalan. Sebenarnya Afiqah lupa tentang hari jadinya yang akan berlangsung tidak lama lagi . 

" ala pasal nak cele- " Tidak sempat Faeeqa menghabiskan ayatnya, dia lalu terlanggar bahu seorang budak lelaki .

" sorry kak " ujar lelaki itu . ouh lower-form ke? patutla tak cam..baru nak maki . bisik hati Afiqah lalu terdetik untuk melihat waktu semasa .

" weh iqa, aku dah lambat do..nanti kita borak lagi . Cau ! "  Tanpa menunggu balasan dari Faeeqa, Afiqah terus berlari meluru ke makmal fizik .

Faeeqa hanya menggeleng melihat pemergian kawan baiknya itu . Dia mengangguk bagi meminta izin kepada budak lelaki yang telah melanggarnya untuk beredar ke kelas .

" Bab-bab ni mungkin akan masuk untuk next exam korang nanti. Jadi sila buat ulang kaji sendiri. Faham ? " Pesan Cikgu Malik, cikgu fizik 4 Ikhlas .

" Faham cikgu " balas kelas 4 ikhlas lalu mengemas barang untuk balik ke kelas .

" kau dengan boyfriend kau ? okay ke ? " soal rakan kelas Afiqah , Hadi.

Ye. Afiqah mempunyai kekasih hati sendiri tetapi dia tidak satu sekolah dengannya . Izzat .
Izzat berumur 17 tahun, hanya satu tahun saja jarak beza mereka . Izzat bersekolah di Bangi dan kerana itulah Afiqah kurang berinteraksi dengan mana mana laki dalam batch-nya . Hadi lah salah seorang lelaki yang Afiqah boleh rapat kerana sudah mengenalinya daripada tingkatan tiga .

" okay je..kau dah kenapa tanya pasal boyfriend aku ? " balas Afiqah malas .

" takdelah, kau macam takde mood je lately ni.. mana tau gaduh ke " Hadi membalas pertanyaan Afiqah lalu berjalan kembali ke tempatnya .

.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CEBISANWhere stories live. Discover now