Elle melangkah laju usai dia menuruni kereta Nicholas. Nicholas melihat Elle dengan pelik. Elle melangkah laju menuju ke arah laluan yang menuju ke kandang Ahmad. Nicholas menatap Elle yang sedari tadi hanya diam sahaja di dalam kereta. Nicholas mencampakkan kunci keretanya ke arah Enzo sebelum dia membuka blazer kotnya. Dia menapak mengekori Elle. Tidak mengejar namun hanya membuntuti dari belakang. Elle betul-betul menuju ke kandang Ahmad.
"Baby.." Elle memanggil Ahmad dari jauh. Nicholas senyum. Elle terus mencapai wajah Ahmad yang sudah bersedia menunggunya di tepi kandangnya itu. Elle membelai wajah Ahmad dengan penuh kasih sayang. Nicholas berhenti. Dia memerhati Elle dari jauh.
"Rindu mummy? Herm?" Elle bertanya. Ahmad seolah-olah mengerti dan terus menempelkan wajahnya ke arah Elle. Elle senyum. Tulang wajah Ahmad diusap lembut.
"Don't worry. Mummy's here now." Elle berkata perlahan. Elle mencampakkan kasut tumitnya. Nicholas mengerutkan dahinya. Apa yang ingin dilakukan oleh Elle? Elle membuka kunci engsel besi di pintu kandang Ahmad dan Ahmad terus meluru keluar. Elle membelai badan Ahmad. Nicholas melihat mereka dari jauh. Nicholas melihat Elle seolah teragak-agak. Apa yang ingin dilakukan oleh isterinya itu?
Elle meletakkan kaki di pemijak kaki di tubuh Ahmad. Elle teragak-agak dan dia cuba untuk memanjat tubuh Ahmad. Namun gagal. Elle membelai Ahmad sekali lagi dan dia mengigit bibirnya. Dia mencuba sekali lagi. Gagal. Ahmad terlalu tinggi. Elle ingin meletakkan kakinya kembali ke tanah namun terasa tubuhnya ditolak perlahan. Elle menoleh. Nicholas.
"Hold the straps. And try to push your body on it." Nicholas berkata. Elle menurut. Dia memegang tali yang tersangkut di leher Ahmad itu dan dia mendorong tubuhnya untuk menaiki tubuh Ahmad. Dibantu dengan tolakan dan bimbingan Nicholas, Elle kini berjaya duduk di atas alas saddle Ahmad. Nicholas dipandang sekilas sebelum dia menjeling Nicholas. Nicholas tersenyum melihat jelingan Elle. Elle melihat Nicholas mengambil kasut but yang terletak kemas di hujung pintu masuk kandang itu. Dia membuka kasut hitamnya dan dia menyarungkan kasut but itu. Nicholas menuju ke arah Elle. Elle dipandang. Nicholas memegang betis Elle. Elle terkejut. Dia kemudiannya melihat Nicholas membuka kasut tumit di kaki kirinya sebelum Nicholas menyarungkan kasut but di kaki Elle. Begitu juga di kaki sebelah kanannya.
Elle berdehem. Nicholas senyum.
"Walaupun kita dah hak bersama dekat Ahmad, you still need to ask me if you want to ride Ahmad." Kata Nicholas. Elle diam.
"So? Where do you want to go my beautiful princess?" Tanya Nicholas. Elle diam lagi. Nicholas mengangguk. Cuba untuk mengawal dirinya. Dia kemudiannya menarik tali Ahmad. Dibimbing Ahmad keluar dari kandangnya. Elle membelai lembut kepala Ahmad sambil dia menikmati pemandangan kawasan kandang Ahmad. Elle mengerutkan dahinya ketika melihat Nicholas membawa Ahmad ke arah rumahnya. Enzo dan Alex tersenyum ke arah Elle. Elle membalas senyuman mereka sebelum dia memandang ke hadapan. Nicholas masih berjalan. Elle tahu ke mana Nicholas ingin membawanya.
Pantai.
Nicholas menuju ke laluan ke arah pantai. Pintu kayu ditolak perlahan. Elle dipandang dan dia senyum. Elle menunduk. Nicholas membawa Ahmad ke perisisiran pantai itu. Nicholas membuka butnya. Elle dipandang. Elle mengerutkan dahinya ketika dia melihat Nicholas menghulurkan tangannya.
"What?" Tanya Elle. Nicholas memejamkan matanya sambil tersenyum.
"Your voices. I miss it so much." Kata Nicholas sambil tersenyum. Elle mencebik. Nicholas menghulurkan tangannya lagi.
"Kita berhenti dekat sini. Biarkan Ahmad bebas dekat pantai ni sekejap." Kata Nicholas. Elle melihat tangan Nicholas sebelum dia melihat Ahmad. Dia menyambut tangan Nicholas dan Elle ingin turun dari tubuh Ahmad. Disebabkan terlalu teruja untuk berlari, Ahmad menggoyangkan tubuhnya dan Elle cuak. Tubuhnya hilang keseimbangan dan dia terus terjun. Elle terjun ke arah Nicholas dan dia pejamkan matanya. Menanti tubuhnya untuk bercium ke pasir. Namun tidak, Elle buka mata. Nicholas memaut tubuhnya dengan erat dan begitu juga dengan dirinya. Leher Nicholas dipaut erat kerana takut diirinya akan terjatuh.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...