ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 23

2.5K 114 4
                                        

2 Tahun Kemudian.....

Liyanna melangkah masuk ke mahkamah dengan penuh yakin. Jubah peguam hitam disarung kemas berserta dengan fail kes di tangan. Hijabnya dililit rapi, wajahnya tampak tenang, jauh beza dari gadis yang terluka pada 2 tahun lepas.

Hari ini dia bukan lagi Liyanna yang lemah. Dia kini Peguam Liyanna Amaira , pakar dalam kes hak penjagaan dan perceraian.
"Kita bukan perlu sempurna untuk bangkit. Kita cuma perlu percaya bahawa luka juga boleh jadi kekuatan"
Itu prinsipnya sejak hari pertama menjadi peguam.

Setibanya di dalam kamar bicara. Liyanna duduk di tempatnya. Mahkamah mula bersidang.

Kes pagi itu melibatkan tuntutan nafkah isteri yang diceraikan suami tanpa alasan munasabah. Liyanna sebagai peguam mewakili pihak isteri.

Sebelum kes dibuka, pintu utama dibuka oleh seorang lelaki. Lelaki itu melangkah masuk dan duduk di galeri awam.

Langkah itu…

Bahunya…
Gaya jalan…
Wajah itu…

Tengku Mohd Fahim.

Liyanna hampir hilang tumpuan. Tapi dia dengan cepat menarik nafas untuk kembali fokus kepada kerjanya.

Dia teruskan pembentangan fakta kes dengan profesional. Tapi hatinya bergolak.

Fahim pula… matanya tak lepas dari memandang gadis yang dulu pernah menjadi tunangnya dan kini berdiri megah sebagai peguam yang dihormati.

Selepas sesi perbicaraan tamat.
Liyanna melangkah meluar dari mahkamah. Fahim berdiri di tangga luar. Mereka saling berpandangan. Sunyi antara mereka selama beberapa saat.

"Lama kita tak jumpa Mai" Fahim bersuara perlahan.

"Dua tahun"Liyanna angguk perlahan. "Dua tahun yang ubah banyak benda."
Dalam dua tahun itu jugalah Liyanna dapat mengubah dirinya menjadi lebih baik dan dapat atasi traumanya dengan bimbingan kaunseling walaupun masih lagi tersisa sedikit trauma itu

"Kau nampak… hebat sekarang. Aku bangga"
"Saya cuma buat apa yang saya perlu buat. Demi diri sendiri."

"Aku datang sini bukan sebab tahu kau peguam kes tu. Aku temankan Fathi untuk satu prosiding. Tapi… aku  rasa Allah nak kita jumpa hari ni."
Liyanna tersenyum nipis. Ada air mata bergenang, tapi dia tahan.
"Mungkin ini bukan pertemuan biasa"
"Boleh kita berbual… sebagai dua orang yang pernah saling sayang?"
Liyanna hanya diam… sebelum mengangguk perlahan.

**

Kafe bersebelahan Mahkamah Syariah menjadi pilihan mereka untuk berbual. Suasana dalam kafe itu tenang. Bau kopi Arabica menusuk hidung. Muzik instrumental klasik mengisi ruang latar.

Liyanna duduk berhadapan Fahim. Dua cawan kopi berada di atas meja. Fahim memilih Latte sebagai minumannya manakala Cappuccino untuk Liyanna.

Untuk seketika, hanya bunyi hirupan kopi kedengaran.

"Dua tahun… Aku pernah terfikir kau dah lupakan aku"ujar Fahim sambil memandang ke luar jendela.
"Saya tak pernah lupakan awak, Fahim. Tapi saya paksa diri untuk tak terlalu ingat."

Fahim senyum nipis.

"Aku hormat keputusan kau waktu tu… Walaupun jujurnya, aku rasa patah. Tapi aku tahu kau perlu sembuh sendiri dulu.”

Liyanna angguk perlahan. Jemarinya erat menggenggam mug.

"Saya jalani terapi selama setahun. Ambil masa untuk maafkan diri. Untuk belajar bahawa saya bukan kotor… dan saya layak bahagia."

"Dan kau buktikan. Hari ni, Aku tengok kau berdiri depan hakim dengan aura yang tegas, yakin. Aku bangga, Mai. Terlalu bangga."

Dia terdiam. Ada rasa hangat dalam dada Liyanna.

"Kau masih sendiri?" soal Fahim perlahan, penuh hati-hati.
Liyanna senyum kecil. "Masih. Awak?"
"Masih. Hati aku tak pernah ada orang lain lepas kau, sebab aku pernah cakap dekat kau yang tak ada orang lain aku nak tua bersama selain dengan kau"

Diam panjang tercipta.

"Mai.." Fahim bersuara tenang. "Aku takkan paksa kau kembali. Tapi aku nak tanya kalau satu hari nanti, kau rasa dah bersedia… boleh aku nak lamar kau semula? Bukan sebagai lelaki masa lalu kau, tapi lelaki yang akan jaga masa depan kau?”

Air mata Liyanna jatuh tanpa izin. Dia cepat-cepat kesat.

"Tolong beri saya masa. Bukan sebab saya ragu, tapi sebab saya nak langkah kali ini lebih kuat, lebih ikhlas tanpa bayang lama."

Fahim angguk.

"Aku akan tunggu. Macam dulu"






DO VOTES AND COMMENT✨

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang