Liyanna merenung cincin di jari manisnya. Mata sudah lama basah, tapi kali ini tangisannya senyap. Dia tahu apa yang perlu dia lakukan, walau hatinya bergetar hebat.
Dia capai telefon. Jemarinya menggigil.
"Fahim, boleh jumpa saya sekejap?"
Di taman kecil belakang hospital.
Fahim datang dalam masa sepuluh minit. Seperti biasa, dia membawa makanan ringan, tapi wajahnya berubah bila lihat Liyanna berdiri sambil memeluk tubuh dengan wajah yang tegang dan mata sembab.
"Mai, Kau okey?"
Fahim melangkah perlahan kearah gadis itu, cemas.
Liyanna tidak membalas namun dia keluarkan kotak kecil dari poketnya. Cincin pertunangan mereka.
Dia hulur perlahan, mata tak berani memandang kearah jejaka itu
"Saya nak pulangkan ni."
Fahim kaku. Jantungnya seakan terhenti.
"K-kenapa ni? Kenapa kau buat macam ni?"
Liyanna tarik nafas dalam-dalam. Suaranya bergetar.
"Sebab saya tak layak untuk awak Fahim.Saya dah tak sama. Hati saya rosak. Jiwa saya hancur. Saya tak nak awak ikat diri dengan orang macam saya.”
"Mai" Fahim melangkah ke depan dengan wajah yang tegang
"Kau fikir aku nakkan versi sempurna dari kau? Aku terima kau waktu kau bahagia dan aku akan tetap terima walau kau retak seribu.”
"Aku sayang kau Mai"
Air mata Liyanna gugur lagi.
"Tapi rasa sayang tu tak cukup untuk padam jijik yang saya rasa pada diri sendiri. Saya tak nak awak hidup dengan orang yang setiap hari pandang cermin dan benci siapa dia"
Dia letak cincin di tangan Fahim, perlahan. Fahim hanya terkaku dan berdiri disitu
"Maafkan saya, Fahim. Awak berhak cari yang lebih sempurna berbanding dengan saya"
Usai berkata Liyanna berlari pergi dari situ dan Fahim hanya mampu berdiri sambil menggenggam kotak cincin dengan hati yang patah.
Fahim pulang malam itu dengan dada penuh sesak. Dia termenung lama di bilik sambil memandang kotak cincin yang kini sepi.
Dia tahu Liyanna tak benci dia. Tapi gadis itu benci dirinya sendiri.
"Kalau kau rasa dengan berputus dapat kembalikan diri kau yang dulu aku akan hormat keputusan kau Mai.
Tapi aku nak kau tahu yang aku tak pernah menyesal jatuh cinta pada kau"
**
Sudah seminggu berlalu. Tapi rasa kosong itu masih ada dan Liyanna sudah pun pulang ke kampung asalnya di Kuantan Pahang. Ibu bapa mereka juga terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh mereka berdua namun mereka hanya menghormati keputusan anak-anak mereka. Setiap kali termenung wajah Fahim masih lagi terpampang di mindanya. Suara Fahim, senyuman Fahim, tawa Fahim. Semuanya masih hidup dalam memorinya.
Tapi dia tetap teruskan hidup. Bukan sebab dia kuat. Tapi sebab dia tidak mahu terus hanyut dalam rasa bersalah.
Satu malam, didalam biliknya. Liyanna membuka buku jurnalnya.
"Fahim kalau awak baca ni, saya nak awak tahu yang saya tak pernah berhenti sayang awak. Saya cuma tak mampu sayang diri sendiri. Itu masalah saya. Bukan salah awak."
Air matanya menitis perlahan, membasahi helaian itu.
Manakala Fahim pula hanya termenung di jendela pejabatnya. Tangan menggenggam mug kopi yang sudah lama sejuk. Di tangannya, ada satu rantai kecil berloket gambar mereka berdua iaitu pada waktu Liyanna dan dia pergi fitting baju kahwin mereka
"Kenapa kau buat macam ni, Mai"
Dia tak marah. Dia tak benci. Dia cuma… rindu.
Di pejabat, staff mula perasan Fahim makin pendiam. Dia masih menjalankan tugas sebagai CEO dan juruterbang dengan baik, tapi auranya sudah berubah.
Kadang-kadang bila tengok awan dari kokpit, dia teringat senyuman Liyanna kerana dulu Liyanna pernah berkata
"Saya suka tengok awan… Sebab nampak lembut, macam hati awak.”
Dan sekarang, awan yang sama… hanya menjadi ruang sunyi.
DO VOTES AND COMMENTS✨
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)