TRES : PART 24 [√]

26 4 0
                                    












          Ukaila melangkah mengikuti langkah Idrees dihadapannya. Dia memerhati sekeliling.

Wait, what! Terengganu?!

Dia mengeluh perlahan.

Langkah Idrees yang sedang menuju ke arah kereta dia ikuti dengan lebih dekat.

   "Come," sepatah jejaka itu berkata.

Idrees menghulurkan tangannya. Ukaila mengangguk perlahan sebelum dia mencapai tangan Idrees. Kakinya dibawa ke arah pintu sebelah pemandu

Kelihatan Idrees sedang berbicara dalam talian dengan seseorang.

   "Aku dah sampai. Kau share location dia dekat aku sekarang.. Aku akan terus kesana," ujar Idrees. Ukaila diam disisi

   "Kau dah prepare apa yang patut?" tanya Idrees lagi. Dia mengangguk beberapa kali. Panggilan diletakkan.

Ukaila disisi dipandang sekilas.

   "Ehem...awak okey?" Idrees mula memecahkan kesunyian diantara mereka.

   "Okey," sepatah Ukaila menjawab.

Jujur dia katakan, dia gugup berada disebelah Idrees. Walaupun ingatan dia sudah kembali pulih, tetapi tetap dia berasa gementar

   "Emm, awak.." panggil Ukaila. Idrees mengangkat keningnya sebelah

   "Kita stay sini ke balik terus nanti petang?" Idrees tersenyum nipis

   "Stay sini satu malam. Kenapa?" balas Idrees. Ukaila mengangguk faham.

   "Ohh..tak. Kalau stay sini, saya nak call ibu.. takut dia tertunggu-tunggu pula," ujar Ukaila lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang.

Idrees mengambil telefon Ukaila.

   "Ehh, telefon saya.." terkapai-kapai Ukaila cuba mengambilnya. Namun, sia-sia sahaja. Tangan Idrees laju menyimpannya di dalam poket seluar

   "Tak payah. Saya dah bagitahu ibu tentang hal ni and ibu setuju," Ukaila memandangnya. Laju benar dia buat kerja

   "Emm.." Idrees memandang Ukaila sekilas.

   "Awak ada nak tanya apa-apa ke?" Idrees menyoal. Tahu benar perangai isteri kecilnya ini. Jika tergagap-gagap bunyinya, adalah soalan yang ingin diutarakan

   "Kita stay dekat hotel ke? Bilik asing-asingkan?" Tergagap-gagap Ukaila bertanya.

Idrees sembunyikan senyum.

   "Yes, kita stay dekat hotel. Tapi, satu bilik je," balas Idrees bersahaja. Ukaila menelan liur. Pahit rasanya.

   "Tak ada bilik lain?" Dia bertanya lagi

   "Tak. Sekarangkan cuti sekolah, so fully booked. Lagipun, tak salahkan kita duduk sebilik. We're married," Idrees berkata. Ukaila senyum paksa.

Dalam diam dia berdebar. Sudah empat tahun tidur sendirian, alih-alih malam ni tidur berteman. Haish!

   "Awak tak okey ke? Kalau tak okey saya boleh tidur dalam kereta je," balasnya lagi dengan nada berjauh hati. Kali ini, Ukaila memandang wajahnya

   "T..tak payah. Nan..nanti badan awak sakit," ujar Ukaila serba-salah.

Idrees mengukir senyuman nipis.

   "Kita nak pergi mana ni? Projek apa yang ada dekat sini?" almaklumlah Ukaila tidak terlibat dengan projek di sini. Dan dia baru sahaja join company ini selepas 4 tahun. Jadi dia tak tahu sangat tentang perkembangan syarikat

TRES (On Going)Where stories live. Discover now