TRES : PART 23 [√]

29 5 0
                                    










          Idrees mencampak fail hitam ke atas meja kerjanya. Kepalanya kusut. Baru dua minggu dia tak masuk kerja, bertimbun-timbun masalah yang dia kena selesaikan.

   "Macam mana tuan tanah tu tak nak bagi kerjasama, Nial? Bukan haritu dia dah bagi kebenaran ke? Dah sign kontrak kan?" ujar Idrees kusut. Danial yang berdiri dihadapannya dipandang

   "Dah, tuan. Tapi dia tarik balik sebab dia dapat tahu yang Tan Sri dah tak manage project tu.. Dia cakap kalau nak dia bagi kerjasama, tuan kena turun padang sendiri," Danial berkata. Idrees menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal !

   "Bila projek tu patut dijalankan?" Danial membelek ipad ditangannya

   "Sepatutnya minggu lepas dah boleh proceed. Barang-barang semua dah sampai, tunggu pelepasan dari dia je sekarang sebab dia tak bagi budak-budak buat kerja, tuan" Idrees mengeluh perlahan

   "Jadual aku free bila? Kalau lambat ni, satu hal pula," Idrees bertanya lagi. Matanya masih terlekat pada kertas kerja dihadapan

Danial kembali membelek ipad

   "Tuan free petang ni and esok.. Lusa tuan ada meeting dengan Dato' Bukhari mengenai projek Green Garden.. Tuan betul-betul free minggu depan, tu pun hari jumaat dan hujung minggu je," Danial membaca jadual Idrees. Padat sungguh.

   "Kalau macam tu, kau book tiket hari ni juga," Idrees memberi kata putus. Danial mengangguk faham

   "Lepastu kau tengok mana-mana arkitek yang free.. ikut aku pergi sana sekali," ujar Idrees lagi. Matanya fokus memandang skrin komputer dihadapannya pula

   "Baik, tuan. Ada apa-apa lagi?" Danial bertanya. Idrees menggelengkan kepala.

   "Kalau macam tu, saya keluar dulu," ujar Danial sebelum melangkah keluar dari ruang pejabat Idrees

Seketika kemudian, satu email masuk.

Jadual penerbangannya lagi 2 jam. Interkom dia tekan.

   "Nial, masuk kejap," Idrees bersuara.

Tok! Tok!

Danial melangkah masuk setelah diberi kebenaran. Meja Idrees dia dekati.

   "Kau dah settle semua?" tanya Idrees. Danial mengangguk

   "Dah, tuan. Waktu penerbangan tu yang paling awal, Tuan. Saya dah survey semua syarikat penerbangan, tak available lepas lunch" terang Danial. Idrees mengangguk

   "Arkitek kau dah jumpa?" Danial mengangguk lagi

   "Dah. Saya pun dah inform dia, dia akan tunggu tuan dekat lobby," Idrees mengangguk puas hati. Dia malas untuk tahu siapa.

Jam tangan dia belek sekilas. Dia menutup komputer miliknya. Lif dituju.

Ting!

Pintu lif terbuka. Terpampang wajah seseorang di sebelah kaunter.

Wajah Danial dia pandang. Danial tersenyum nipis.

   "Maaf, tuan. Saya dah check. Arkitek yang available hanya Puan Ukaila saja. Yang lain tengah sibuk pasal Green Garden," Danila membalas. Dia tahu akan status tuannya ini. Dia juga sudah mengenali Ukaila sebelum ini

Idrees menepuk bahunya perlahan.

   "Thanks," ujarnya perlahan. Bibirnya terlakar satu senyuman nipis. Danial tersenyum bangga.

Ukaila dia dekati. Wajah mulus itu memandangnya. Degil ! Orang bagi cuti sebulan sibuk nak datang kerja. Hailah cik isteri.

   "Awak okey ke kena ikut saya outstation mengejut ni?" Idrees bertanya usai sahaja dia sampai dihadapan Ukaila.

Bahasa panggilannya turut berubah. 

   "Saya okey je tak ada masalah," Ukaila membalas. Idrees menjatuhkan kepalanya beberapa kali

   "So, shall we?" Idrees berjalan laju meninggalkan Ukaila di belakang. Tangannya diseluk ke dalam poket baju kotnya.

Satu nombor didail. .

   "Ibu, Rees nak culik anak ibu hari ni, boleh?" ujar Idrees perlahan. Dia yakin jarak antara dia dan Ukaila tidak mampu didengari oleh wanita itu

Dia tersenyum nipis setelah mendapat kebenaran.

   "Terima kasih, ibu," ujarnya sebelum meletakkan panggilan.

Kereta Audi miliknya dituju.

   "Kenapa tak duduk rumah? Rest ke apa ke?" Idrees bertanya terus. Ukaila dibelakang tergemap

   "Saya bosan duduk lama-lama dekat rumah. Boleh beku otak saya ni," balas Ukaila bersahaja. Idrees berdecit.
Pintu kereta dia buka.

   "Tuan ada nombor saya kan," pertanyaan Ukaila membuatkan perlakuan Idrees terhenti.

Idrees memalingkan wajahnya memandang Ukaila

   "Kenapa?" Idrees bertanya hairan.

   "Boleh share location tempat tu dekat saya?" Idrees mengerutkan keningnya.

   "Untuk apa?" Pendek pertanyaan Idrees

   "Macam mana saya nak tahu tempat dia dekat mana kalau tuan tak share location, kan?" Ukaila berkata lagi

   "Siapa kata kita pergi asing-asing?" Idrees bertanya. Ukaila terdiam.

   "Site tu jauh dari sini..So, we'll flight together," Ukaila memandangnya tidak percaya.

Flight!

Dengar macam jauh. Mati niatnya untuk mengelak dari bertembung dengan Idrees.

Sejak dia masuk semula di pejabat, memang dia mengelak dari berjumpa Idrees. Nampak Idrees di lif, dia sanggup naik dan turun ikut tangga

   "Ha..habis tu bb..baju? Bb..baju macam mana?" Ukaila mencuba nasib lagi

   "No need.. Dekat sana boleh beli kan?" Idrees berkata lagi. Apa isteri kecilnya ingin buat ni sebenarnya?

Mentang-mentang kaya, sikit-sikit beli !

   "Tt..tapi..."

   "Tak ada tapi-tapi.. Come, you're wasting our time, little rose," ucapan Ukaila dipotong Idrees. Geram dia tika ini.

Ukaila beralah. Kakinya melangkah lambat ke arah kereta mewah itu. Siapalah dia berbanding bos aka suami terchenta ini. 

   "Yelah-yelah," pasrah Ukaila

Idrees tersenyum nipis. Tangan dihulurkan ke arah cik isteri. Ukaila menayangkan wajah hairan.

Nak buat apa pula ni?

Ukaila mengangkat kening.

   "The way we used to do before, remember?" Idrees menyoal


















   "The way we used to do before, remember?" Idrees menyoal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TRES (On Going)Where stories live. Discover now