Chapter 46✨

623 21 8
                                    

Seminggu kemudian,akhirnya Hannah sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah.

Sebelum Hannah keluar daripada wad VVIP, terdengar bunyi daun pintu dibuka.

Klak!

Hannah menoleh ke arah pintu wad VVIP tersebut.

"Hannah!"sapa Shasha sambil mendepakan tangannya diminta untuk dipeluk.

"Hai Shasha!"balas Hannah lalu tubuh kecilnya dipeluk erat oleh Shasha.

Hannah hanya tersenyum manis sambil mengusap-usap belakang tubuh Shasha.

"Harini Hannah dah boleh balik,tengah kemas barang ke?"tanya Shasha apabila melihat Hannah sedang sibuk mengemas beg pakaian miliknya.

Hannah mengangguk tanda ya.

"Alaa nanti saya dah tak boleh jumpa awak dah lepas ni"rengek Shasha sambil memuncungkan mulutnya seperti burung murai.

Hannah tergelak kecil.

"Awak boleh je jumpa saya,insyaallah kalau ada jodoh nanti kita jumpa lagi okey?"pujuk Hannah sambil memegang tangan Shasha.

Raut wajah Shasha terus bertukar menjadi riang apabila mendengar jawapan Hannah.

"Okey!nanti kalau ada masa kita jumpa lagi tau.I'll miss youuu!"tutur Shasha sambil kembali memeluk erat susuk tubuh Hannah.

Hannah hanya mampu menggelengkan perlahan kepalanya.

"Nanti Hannah pun akan rindukan Shasha jugak"balas Hannah lembut.

"Take care yourself elok-elok tau!jangan segan-segan nak luah apa-apa masalah dekat sayayl ye!"ujar Shasha sambil menguntumkan senyuman manis kepada Hannah.

"Insyaallah kalau ada apa-apa saya terus bagitahu awak ye!"

Hannah cuba menyedapkan hati gadis yang berada di hadapannya ini.Kalaulah diikutkan hati,mahu sahaja dia meraung sepuas-puasnya tetapi malangnya nasib tidak menyebelahinya.

Klak!

Pintu dikuak dari luar.

Mata bundar Hannah dan Shasha memandang ke arah pintu hospital.

Mata mereka terhidang dengan susuk tubuh Tengku Rayden yang sudah tercegat berdiri di daun pintu hospital.

"Dah siap?"tanya Tengku Rayden dingin.

Hannah mengangguk perlahan tanda ya.

"Saya balik dulu ya"pamit Hannah sambil membawa beg pakaiannya.

Shasha tersenyum kelat sambil mengangguk kecil.

Baru sahaja Hannah mulai melangkah,Shasha terus memeluk erat tubuhnya.

"Awak jaga diri awak baik-baik tau.Awak kena kuat tau,demi anak awak..."bisik Shasha di telinga kanan Hannah.

Hannah mengangguk perlahan.

Setelah beberapa saat mereka berpelukan,akhirnya terlerai juga pelukan daripada Shasha.

Hannah dengan perlahan-lahan melangkah keluar daripada wad hospital itu.

Sempat lagi dia menoleh ke belakang sambil menguntumkan senyum manis kepada Shasha.

Hannah mengikuti Tengku Rayden di belakang menuju ke arah parking kereta.

Tengku Rayden membuka pintu kereta untuk Hannah.

"Masuk"arah Tengku Rayden.

Mata bundar Hannah terkebil-kebil memandang Tengku Rayden.

Betul ke apa yang aku tengah tengok ni?takkanlah aku tengah berkhayal pula?

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now