Beberapa minggu selepas sesi fitting, Liyanna sibuk dengan persiapan untuk temu duga sebagai peguam latihan dan urusan nikahnya. Fahim pula semakin sibuk di pejabat 'T.M.F AIR' atau itulah yang dia kata, walaupun sebenarnya dia tengah menguruskan kejutan besar untuk gadis itu. Oleh disebabkan urusan masing-masing mereka tidak dapat berjumpa diluar.
Malam itu sunyi. Angin hanya menampar lembut wajah Liyanna ketika dia melangkah keluar dari bangunan yang baru saja menjadi tempat temu duganya. Suasana sudah agak lengang, tapi dia yakin jalan pintas ke tempat letak kereta takkan bahaya.
Dia tak sangka, itu akan jadi kesilapan terbesar malam itu.
Langkahnya terhenti bila terasa seseorang mengekorinya. Belum sempat dia pusing, lengannya direntap kasar dari belakang.
"Lepaslah! Kau siapa!?"
Lelaki itu tutup mulutnya. Suara Liyanna terperangkap. Dia cuba meronta dan menggigit tangan lelaki itu.
Dia berjaya menendang lelaki itu kuat, dan berlari akan tetapi dia tersilap langkah hingga dia jatuh tersungkur di bahu jalan. Kepalanya berpusing Namun dia masih lagi dapat melihat dari pandangannya yang kabur, lelaki tadi kembali bangun dan berjalan kearahnya.
Dalam hatinya hanya mampu berdoa agar ada orang yang datang menyelamatkan dirinya.
**
"Dia pengsan dekat tepi jalan, doktor. Mujur ada orang awam nampak dan call ambulans."
Suara polis itu sayup-sayup kedengaran ditelinganya .Liyanna membuka mata perlahan. Siling hospital menyambut pandangan kaburnya. Bau ubat menusuk kuat hingga ke rongga hidung. Tangannya terasa lemah apabila bersambung dengan wayar dan jarum.
"Liyanna… Liyanna sayang"
Dia menoleh perlahan. Dia melihat ibunya menggenggam tangannya dengan erat berserta dengan wajah penuh risau dan mata sembap. Hanya tuhan yang tahu betapa cemasnya dia apabila mendapat panggilan dari hospital tentang anaknya. Dia dan suaminya bergegas datang ke Kuala Lumpur apabila mendapat berita tentang anaknya.
"Ibu" suaranya perlahan.
"Alhamdulillah anak ibu dah sedar. Siapa buat macam ni dekat kamu"
Air mata Liyanna mula menitis. Dalam sekelip mata, semua kenangan ngeri kembali.
"D-dia c-cuba sentuh L-Liya ibu"
Tubuhnya menggigil. Wajahnya pucat. Nafasnya tercungap. Tangannya mula mencakar lengannya sendiri, seolah-olah mahu membuang semua rasa kotor yang bersarang dalam dirinya.
"Ya Allah Liya! Sayang, jangan buat macam ni!"
Puan Aleena cuba menahan tangan anaknya dari menyakiti diri sendiri. Butang merah di kepala katil ditekan olehnya lalu seorang jururawat bergegas masuk kedalam bilik tersebut dan cepat-cepat menyuntik ubat penenang kepada Liyanna dan dia perlahan-lahan terlelap dalam pelukan Puan Aleena.
**
Doktor wanita itu menarik nafas panjang sambil berdiri di hadapan ibu bapa Liyanna dan ibu bapa Fahim yang turut berada disitu.
"Kita bersyukur dia tak cedera fizikal teruk. Tapi dari segi mental, dia alami trauma yang serius. Dia perlukan bimbingan kaunseling dan sokongan penuh.”
Fahim yang turut berada disitu berdiri kaku.
Wajahnya tegang, penumbuk digenggam. Dia tidak sanggup lihat gadis yang dicintainya dalam keadaan begitu.
"Saya nak dia dirawat .Saya akan tanggung semua kos,” tegas Fahim berkata.
Kedua-dua belah pihak bersetuju dengan cadangan Fahim kepada Liyanna.
"Apa-apa pun, saya nak anak saya kuat semula, doktor"
Sayu Puan Aleena berkata
**
Liyanna hanya duduk berseorangan di atas katil hospital itu. Dia hanya membuang pandangan kosong di luar tingkap. Dia juga tidak bercakap malah makanan pun tidak disentuh olehnya. Seakan tubuhnya ada di situ, tapi jiwanya melayang jauh.
Fahim masuk perlahan. Dia duduk di sisi katil, jaraknya sengaja dijaga takut gadis itu tidak selesa dengannya
"Assalamualaikum, Mai"
Tiada respon. Fahim faham bahawa gadis itu masih lagi memerlukan masa untuk sihat sepenuhnya
Liyanna pandang dia sekilas sebelum dia terus mengalih wajahnya kearah lain. Matanya hanyak beriak kosong.
"Saya dah kotor, Fahim.Awak tak perlu ada kat sini.”
Fahim senyum pahit. Dia tenung belakang gadis itu.
"Aku tak kisah kau luka. Aku cuma kisah kau berhenti sayang diri kau sendiri."
Liyanna diam. Air matanya menitis perlahan.
Dan di situ, di sisi katil hospital, dua hati yang patah cuba mencari kembali cahaya dalam gelap.
**
Sudah seminggu Liyanna berada di hospital. Walaupun dia sudah dibenarkan pulang, doktor menyarankan dia berada dihospital buat sementara waktu untuk meneruskan rawatan kaunseling.
Liyanna hanya banyak mendiamkan diri dalam masa seminggu itu.Pernah juga sehari tu Mia datang melawatnya dan disitulah dia menangis teresak-esam sambil meluahkan isi hatinya kepada gadis itu.
Dan sekarang pandangannya kosong, seakan masih tenggelam dalam ketakutan malam itu. Tapi dia masih lagi terharu akan Fahim kerana jejaka itu masih lagi setia menemaninya setiap hari malah jejaka itu tidak pernah menyebut tentang hubungan mereka.
**
"Kau okey tak?" soal Fahim, dia duduk di bangku taman sambil hulur sebungkus roti kegemaran Liyanna.
Liyanna diam. Tapi kali ini dia angguk perlahan.
Inilah kali pertama dia keluar sendiri dari bilik hospital tanpa dipaksa.
"Aku tahu kau takut" suara Fahim lembut.
"Tapi langkah kecil macam ni pun dah satu keberanian"
Liyanna memandang Fahim sekilas. Suaranya masih serak.
"Kenapa awak masih lagi setia tunggu saya? Sedangkan saya dah rosak?”
Fahim berpaling dan memandang mata gadis itu dengan tenang.
"Mai kau tak rosak. Kau cuma luka. Luka tu boleh sembuh. Tapi kau kena izinkan diri kau sembuh. Bukan hukum diri sendiri.”
"Tapi saya jijik dengan diri saya"
"Kalau kau jijik dengan diri kau sendiri, apa yang kau rasa tentang aku, yang masih sanggup temankan kau hari-hari dengan hati penuh doa untuk kau?"
Liyanna terkedu. Air matanya gugur perlahan.
DO VOTES AND COMMENTS✨
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)