Aku menyiku perutnya. Namun dia lebih cekap. Tubuh aku ditahan kemas. Pisau di tangan kirinya kini menghiris lengan aku apabila aku berkeras melepaskan diri. Sumpah. Aku demam. Selsema. Batuk. Kenapa masa macam ini kena terlebih ekstrem?

"Lepaskan aku lah, bodoh! Kau nak apa dari aku!" Kuat aku menjerit. Dalam hati aku panjatkan doa agar jiran-jiran lain terdengar suara aku sedang bergelut. Telefon entah tercampak kemana.

"Aku nak kau mati!" Hampir sesak nafas apabila mendengar keinginannya. Bukan hampir. Sememangnya aku sedang sesak nafas apabila leher dijerut kuat dengan lengannya. Aku menjatuhkan diri. Turut sama diikuti dengan lelaki tersebut.

"Aku tak kenal kau!" Jerit aku lagi.

"Kau patut mati!" Saat ini aku tahu. Dia bukan mahu merompak. Sebaliknya target utama dia memang aku. Tapi kenapa?

Kini aku dan lelaki tersebut bertukar posisi. Pintu rumah kedengaran diketuk berkali-kali lansung tidak menghalang lelaki di hadapanku ini.

"Arya! Buka pintu, Arya!" Kuat suara tersebut kedengaran dari luar pintu rumah. Mungkin tunang aku. Memandangkan dia contact terakhir sebelum rumah ini dipecah masuk.

"Mati! Mati! Mati!"

Leher aku dicekik kuat. Kepala juga dihentak beberapa kali di atas lantai rumah. Psiko. Lelaki ini psiko. Itu sahaja yang aku mampu ungkapkan. Pintu rumah ditendang dari luar. Dan muncul satu figura lelaki. Pandangan aku kian berbalam. Wajah lelaki itu juga semakin kabur dari pandangan. Leher aku dilepaskan. Mungkin tubuh lelaki di atas aku tadi telah ditarik oleh lelaki tadi.

"Kau memang sial!"

Pandangan aku gelap.



PUTIH. Ruangan ini dinding semua bercat putih. Tidak perlu tertanya-tanya dimana aku berada. Aku yakin aku sedang berada di hospital. Aku memegang kepala sebelum mendesis sendiri. Kepala aku sudahpun dibalut kemas dengan pembalut luka. Lengan aku juga sudah dibalut. Manakala kekura tangan terdapat IV drip.

Aku termenung seketika. Rambut aku jelas dibiarkan tidak berikat. Maknanya, lelaki yang selamatkan aku tadi nampak aurat aku?

Aku mengetuk kepala perlahan. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan tuhan. Walaupun ketika itu mudarat.

Namun pandangan aku terhenti di sisi meja. Terdapat sehelai selendang kain jersey. Aku kerut dahi. Siapa yang bawa? Tapi, siapapun yang bawa. Aku sangat berterima kasih. Sekurang-kurangnya, aku masih ada alas untuk menutup kepala nanti.

"Kakak dah bangun?" Aku tersentak dari lamunan. Pandangan kini dihalakan ke arah pintu wad. Firash memasuki ruangan ini bersama bungkusan makanan. Mungkin dibeli dari luar.

"Macam mana Fir tau kakak masuk hospital?" Jujur soalan aku nampak agak bodoh. Tapi ada benarnya. Macam mana adik lelaki aku ini tahu?

"Fir pergi dengan mama. Mama dekat luar. Tadi dia jumpa dengan abang Am. Tapi abang dah balik sebab ada hal." Terang Firash panjang lebar. Dia sebut siapa tadi? Abang Am. Am? Tunang aku itu ke? Firash kenal?

"Abang Am tu, tunang kakak ke?" Tanya aku lagi. Firash mengangguk polos. Tidak lama kemudian, dia memandang aku hairan.

"Kakak tak kenal abang Am ke?" Aku tersengih busuk. Teruk sangat ke kalau tak kenal tunang sendiri? Lagipun nanti hari pernikahan aku kena juga kan.

"Lantaklah. Bukan hal Fir. Sekarang ni, kakak makan. Penat-penat Fir beli dekat luar sebab tahu ada kakak perangai mengada macam ni," Firash membebel panjang. Entah ikhlas atau tidak pun aku tak tahu.

"Kau ni tak ada kelas ke? Membebel aje kerja." Tegur aku. Dia ini muda enam tahun daripada aku. Sudah tentu lah masih belajar. Tapi tengok dari gaya, macam tak pergi kelas pun. Selamba lagi melepak dekat sini.

Ktak!

Dahi aku dijentik perlahan. Biarpun perlahan tetapi sebab dia lelaki. Berdesing rasanya. Cepat-cepat aku menggosok dahi. Dia ini buta ke dahi kakak dia ini dah elok kemas berbalut. Ditambah pulak dengan jentikan dia itu.

"Fir cuti sem lah bengap." Aku mengecilkan mata. Suka hati dia aje kutuk aku. Derhaka betul budak ini.

"Arya!" Suara mama kini menarik perhatian kami berdua. Terhenti sudah tanda-tanda awal pergaduhan tadi.

"Nasib tak teruk. Mama risau tengok kau tadi. Haih, kalau Am tak ada tadi macam mana lah keadaan kau, Arya." Keluh mama.

"Arya okay aje ma. Tengok ni, hidup lagi."

"Am bagitau nanti kau kena bagi keterangan dekat balai, dia tak sempat nak jumpa kau sebab ada hal." Beritahu mama. Aku hanya angguk mengiyakan. Dalam keadaan macam ini nak jumpa tunang sendiri? Memang tidaklah. Selekeh teruk.

Aku membuang pandangan ke arah tingkap. Masih tertanya. Kenapa lelaki itu target aku? Aku ada buat apa-apa salah ke?

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now