ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 20

3.2K 116 0
                                        

Seperti yang dijanjikan oleh Fahim kelmarin dia akan datang mengambil Liyanna untuk pergi fitting baju kahwin mereka disebuah butik milik sahabat karib uminya.
"Ibu dan ayah kau dah balik Kuantan ke?"
"Dah diorang bertolak lepas subuh tadi"
Fahim mengangguk. Setelah itu mereka lebih selesa berdiam diri sambil hanyut melayan perasaan masing-masing.

Fahim memarking keretanya dihadapan butik itu. Mereka berdua keluar dari perut kereta itu lalu melangkah ke butik yang bernama 'Aluna Exclusive'.
Langkah kaki Liyanna terhenti sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam butik itu.
Matanya membulat, bibirnya ternganga kecil.

“Ya Allah... cantiknya,” bisiknya perlahan.
Dinding putih bersih, chandelier kristal bergemerlapan, dan aroma bunga segar menyambutnya dengan keanggunan yang buat dia rasa seolah-olah masuk ke dunia lain.

Liyanna masih leka memerhati setiap inci ruang butik. Langsir krim berlapis renda, chandelier bergemerlapan, dan aroma bunga ros putih menjadikan ruang itu terasa seperti alam kayangan

Langkah dia dan Fahim terhenti apabila seorang wanita anggun berusia lewat 40-an muncul dari bilik utama butik, lengkap berbaju kurung moden rona emas lembut.
"Fahim!"

Fahim tersenyum lebar apabila melihat kawan rapat uminya datang menegur mereka berdua
"Assalamualaikum Aunty Luna"
"Waalaikummusalam. Dah besar panjang anak Khira ni! kacak, elok benar . Umi kau punyalah bangga kau nak kahwin! Tunang pun bukan main cantik dan sopan"

Liyanna di sebelah Fahim hanya tersenyum sopan. Dia menoleh kearah Liyanna memperkenalkan tunangnya kepada Puan Aluna
"Aunty, kenalkan ni Liyanna. Tunang Fahim"

Puan Aluna tersenyum lebar, memandang Liyanna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
"MasyaAllah. Padan sangat kamu berdua ni. Jodoh dari langit agaknya"
Liyanna tunduk sedikit bagi menghormati wanita itu. “Terima kasih, aunty.”

Puan Aluna menepuk tangan kecilnya.
"Okay! Kita mula fitting, ya? Aunty Luna sendiri yang akan uruskan. Untuk bakal menantu sahabat aunty ni, aunty nak pastikan semuanya sempurna!"
Puan Aluna menjemput mereka ke bilik khas di belakang butik atau lebih tepat ruang eksklusif pelanggan VIP.
Di dalam, terdapat sederet gaun nikah, baju songket lelaki, dan pelbagai aksesori yang berkilauan di bawah cahaya lampu.

"Liya, aunty dah siapkan tiga rekaan khas. Semua potongan modest, lace premium, dan warna putih suci. Liya pilih je yang mana Liya rasa sesuai dengan Liya"
"Baik aunty"

Ruang persalinan eksklusif itu seperti dunia lain. Lampu temaram berwarna champagne, cermin besar berbingkai ukiran emas, dan kerusi berbalut baldu menambahkan suasana mewah.
Puan Aluna membuka rak khas dan mengeluarkan tiga pasang busana nikah yang digantung kemas.
"Liya semua ni aunty reka khas untuk Liya. Liya pilih je yang mana Liya berkenan"

Liyanna mengangguk perlahan. Dia memilih gaun pertama yang terhias dengan lace penuh dengan taburan manik halus, potongan A-line yang sopan. Dia masuk ke bilik persalinan dengan jantung yang berdegup laju.

Beberapa minit kemudian, pintu dibuka perlahan.
Fahim yang sedang berbual dengan Puan Aluna terus terdiam.
Liyanna keluar, perlahan. Gayanya malu-malu, mana taknya kedua-dua manusia itu sedang memandang kearahnya tanpa berkelip. Baju itu melekap sempurna di tubuhnya, menampakkan sisi anggun dan lembut yang jarang dia tunjuk. Tudung satin putih beralun di belakang.

Fahim berdiri dari duduknya. Pandangannya tak lepas dari memandang kearah Liyanna.
"Subhanallah" bisiknya.
Pipi Liyanna merona merah.
"Jangan tengok lama sangat"

Puan Aluna tergelak kecil.
"Kalau tunang sendiri pun tak boleh tengok, siapa lagi?"
Fahim melangkah perlahan ke arah Liyanna.Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar, menahan diri dari menyentuh gadis yang belum halal untuknya itu.

"Kalau macam ni rupa bakal isteri aku masa nikah nantti" Fahim bersuara perlahan "Aku rasa aku orang paling bertuah atas muka bumi ni"
Liyanna tersenyum malu. "Gatal"
Fahim gelak kecil. "Dengan kau je"

**

Liyanna keluar dari butik bersama Fahim. Senyum tak lekang dari bibirnya, tapi dalam dada, debaran makin kuat.
"Kenapa dari tadi senyum sorang-sorang?” tegur Fahim ketika mereka masuk ke dalam kereta.
Liyanna menjeling. "Sebab ada orang tu pandang saya macam saya bidadari tadi"
Fahim gelak kecil. Enjin dihidupkan perlahan.
"Dah kau memang nampak macam bidadari"
Liyanna tahan senyum. Pipi dah mula membahang.

"Nak pergi mana lepas ni?" soal Liyanna perlahan
"kita pergi makan" balas Fahim ringkas.

**

Kafe itu terletak di pinggir bandar, dihias dengan tumbuhan menjalar dan bunga segar di setiap sudut. Meja kayu dihias dengan pasu kaca kecil berisi lavender.
Mereka duduk berdua. Fahim menolak menu kepada Liyanna.
"Kau order je. Hari ni khas untuk pengantin perempuan" ujarnya dengan nada bergurau.

"Tak sah nikah lagi" balas Liyanna sambil tarik muka. Pura-pura serius.
"Kat hati aku dah sah" Fahim pandang anak mata Liyanna lama.
Liyanna cepat-cepat pandang tempat lain, hati dah mula tak tentu arah.

Setelah menu makanan yang dipesan oleh mereka  sampai mereka terus menjamu selera. Croissant panas, teh bunga, dan kek keju mini menjadi pilihan mereka cukup sekadar alas perut mereka sahaja. Fahim perasan gadis dihadapannya asyik tunduk dari tadi lagi"
"Kenapa diam je?"

"Tak tahu. Rasa macam tak percaya semua ni betul-betul jadi" Fahim letak sudu. Dia memandang Liyanna dengan wajah yang tenang.
"Aku pun rasa benda yang sama. Tapi kau tahu tak, setiap hari aku tengok kau, aku yakin keputusan aku betul" Liyanna hanya senyum kecil, hati bagai diuli perlahan.

















Do votes and comments✨

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang