ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 19

2.8K 108 0
                                        

Kini sudah tamat title Liyanna Amaira sebagai seorang pelajar dan pada hari ini juga dia dan ibubapanya dijemput hadir pada hari konvokesyenya. Momen-momen yang sudah lama dia impikan iaitu membawa ibubapanya naik ke atas pentas bersama dengannya dan dia berjaya mengimpikan hal tersebut.

Setelah selesai majlis tersebut pihak universiti juga turut mengadakan jamuan besar-besaran untuk semua ahli keluarga pelajar disitu.
"Tahniah Mia!"
Mereka berpelukan antara satu sama lain
"Tahniah juga Liya, Nanti kita dah jarang-jarang boleh berjumpa"

Liyanna tergelak kecil sebelum meleraikan pelukan mereka
"Alah kau ni mengada betul kan boleh je kita call ajak jumpa lagipun aku bukannya menghilang terus"

"Ya tapi maksud aku kita dah tak tinggal sekali"
"Tak apa nanti kalau nak jumpa kita call lah. Aku doakan dekat kau supaya kau dapat jadi doktor bedah yang berjaya"
Mia tersenyum nipis kepada Liyanna. Sememangnya dari dulu lagi dia mengambil kos sebagai seorang doktor bedah dan dia harap dia bakal menjadi seorang doktor yang berkerjaya.

"Aku doakan kau supaya jadi peguam yang berjaya juga"
"InsyaAllah, Ok lah aku nak pergi dekat family aku bye Mia"
"Bye Liya"
Setelah itu Liyanna membuka langkah untuk pergi kearah ibubapanya. Dari jauh lagi dia dapat melihat ibu dan ayahnya sedang berbual dengan bakal mertuanya.
Memang dia ada menjemput bakal mertuanya untuk hadir ke majlis konvokesyennya, Namun disebalik itu dia juga turut berharap bahawa Fahim turut berada disitu akan tetapi sayangnya kelibat Fahim tidak kelihatan disitu.

Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Fahim, kali terakhir dia berjumpa dengan Fahim pun sewaktu mereka berdua pergi mencari cincin kahwin iaitu 2 minggu lepas.
"Haih kau kena faham yang dia busy Liya"
Gumam Liyanna seorang diri

Namun secara tiba-tiba muncul sejambak bunga didepan wajahnya dan terdapat satu tangan yang memegang bunga itu dari belakang. Liyanna terus memusingkan badannya kebelakangnya

Dia terkedu apabila melihat sosok yang dari tadi lagi dia menunggu namun bukan itu yang menarik perhatiannya akan tetapi pakaian yang dipakai oleh Fahim
"Assalamualaikum Mai, sorry lambat aku baru sampai tadi. Nah bunga, tahniah sebab kau dah berjaya capai impian kau"

Liyanna menyambut huluran Fahim sebelum dia bersuara.
"W-Walaikummusalam terima kasih. T-tapi kenapa awak pakai baju ini?"
Fahim tersenyum kecil apabila melihat wajah Liyanna yang memandangnya tanpa berkelip. Sudah dia agak inilah reaksi Liyanna apabila melihat dia dalam sepersalinan suit juruterbang

"Sebab aku kerja pilot"
"J-jap apa maksud awak? Awak bukan ke CEO?"
Liyanna bingung. Rasanya sebelum ini Fahim bagitahu dekat dia yang dia hanya bekerja sebagai seorang CEO
"Aku hanya cakap yang aku kerja sebagai CEO tapi aku tak pernah cakap dekat kau yang aku kerja sebagai CEO apa"
Liyanna diam cuba mentafsir apa yang dikatakan oleh Fahim.

**

Fahim mengajak Liyanna untuk duduk disebuah bangku yang sedia ada di tepi dewan itu supaya dia dapat menjelaskan hal tersebut kepada gadis itu. Dari pandangan gadis itu dia sudah tahu bahawa gadis itu pasti kecewa dan terkilan dengannya kerana dia tidak menjelaskan hal ini dari awal lagi
"Awak tipu saya Fahim"

Fahim tarik nafas
"Aku tak tipu kau Mai. Aku cuma tak bagitahu. Aku takut kalau aku cakap awal-awal yang aku ni kerja sebagai juruterbang kau akan jatuh cinta dengan kerjaya aku, bukan aku"
Fahim menjelaskan sambil memandang wajah sugul milik gadis itu dengan pandangan yang sayu

"Tapi awak kena faham Fahim, saya cintakan awak bukan sebab kerjaya awak tapi sebab cara awak yang buat saya rasa jatuh cinta dengan awak. Saya tak kisah awak kerja apapun asalkan awak ikhlas cintakan saya"
Fahim senyum nipis. Mujurlah Liyanna jenis tidak suka melenting jadi senang untuk dia jelaskan semuanya
"Aku pernah tengok orang pilih cinta sebab status.Aku tak nak benda tu jadi terhadap kita. Aku nak kau pilih aku sebagai Tengku Mohd Fahim bukan sebagai Kapten Tengku Mohd Fahim"

Liyanna tunduk perlahan.
"Dan saya pilih awak sebab awak buat saya rasa tenang. Pilot ke CEO ke saya tak kisah sebab saya tetap nak awak jadi imam saya"
Lembut saja cara Liyanna menuturkan hal tersebut

"Terima kasih Mai sebab faham aku. Dan aku cuma nak kau tahu nanti kita kahwin aku tak kisah kau nak sambung impian kau untuk jadi seorang peguam sebab itu hak kau dan aku hanya akan sokong kau dari belakang"
Mereka berpandangan antara satu sama lain berserta senyuman nipis buat seketika
"Terima kasih Fahim"

**

Setelah selesai majlis tersebut Fahim menghantar Liyanna pulang kerumah sewa milik Liyanna dan Mia kerana tadi Fahim meminta izin kepada ibu dan ayah Liyanna untuk mengajak Liyanna keluar meluangkan masa bersamanya jadi ibubapa mereka membuat keputusan untuk pulang kerumah terlebih dahulu

Pada masa itu jugalah ibubapa Liyanna mengetahui bahawa dia bekerja sebagai seorang juruterbang dan syukur Alhamdulillah ibubapa Liyanna tidak marah dan kecewa dengannya kerana tidak memberitahu mereka dari awal lagi.

"Terima kasih awak saya masuk dulu"
"Sama-sama amore, esok aku ambil kau untuk pergi try baju kahwin kita dekat butik"
Wajah Liyanna terus bertukar rona apabila mendengarkan panggilan amore dari Fahim. Sudah lama Fahim tidak memanggilnya dengan panggilan tersebut. Fahim kemam bibir apabila melihat wajah gadis itu yang kian merah disebabkannya. Comel!

"Okelah saya masuk dulu ibu dan ayah mesti dan tunggu saya dari tadi"
Ibu bapanya hanya menumpang dirumah sewanya pada hari ini sahaja kerana esok mereka sudah ingin bertolak pulang ke Kuantan. Oleh sebab Mia bermalam di rumah keluarganya Liyanna menjemput ibu dan ayahnya untuk bermalam disini

"Oke bye amore"
Liyanna keluar dari perut kereta berserta dengan senyuman nipis. Sebelum ini dia tidak pernah mengetahui maksud sebenar perkataan amore itu namun apabila hatinya terdetik untuk mengetahui maksud perkataan tersebut dia terus mencari maksud perkataan tersebut didalam google dan reaksinya terus terkedu apabila melihat maksudnya.













Do votes and comments✨

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang