"Abi, umi. Sebenarnya Fahim ada benda nak cakap"
Setelah selesai makan malam Fahim mengajak ibu bapanya serta Fathi untuk berkumpul diruang tamu
Dato' Fakhri dan Datin Fakhira memberi seluruh tumpuan mereka kepada Fahim selaku anak sulung mereka
"Ya, cakaplah"
"Hari tu kan Fahim ada cakap yang Fahim lamar Mai dan hari ni dia dah bagi jawapan dekat Fahim"
Reaksi Datin Fakhira tak usah dikata memang terkejut apabila Fahim memberitahu bahawa gadis yang sudah lama dia idamkan untuk menjadi menantunya itu sudah memberi jawapan
"Apa jawapan dia?"
Fahim diam mengambil masa untuk menjawab
"Dia cakap ya, dia terima lamaran Fahim"
Kedua-dua ibubapanya tersenyum lebar
"Alhamdulillah"
Dato' Fakhri mengucapkan syukur yang tak terhingga.
Fathi juga turut tersenyum lebar tumpang gembira terhadap abangnya.
"Jaga dia elok-elok Fahim. Jangan sia-siakan dia abi tahu yang kamu boleh jaga dia dan bimbing dia. Bukan semua perempuan berani buka hati semula selepas apa yang dia lalui"
Tegas Dato' Fakhri menasihati anak sulungnya itu.
"Baik Abi, Fahim akan jaga dan takkan sia-siakan dia"
"Ibu ayah Liya dah tahu ke?"
Datin Fakhira menyoal Fahim
"Tadi Mai cakap dia nak maklumkan dekat ibu ayah dia malam ni"
"Baguslah kalau macam tu, umi tak sabar pula nak tengok Fahim dan Liya dekat atas pelamin"
Fahim tergelak kecil melihat uminya.
"Tahniah bro"
Kedengaran suara Fathi yang berada di sebelahnya
"Terima kasih, Kau bila?"
Fathi menjeling wajah abangnya. Sabarlah jodoh pun tak jumpa lagi dia ingat jodoh tu terus jatuh dari langit ke macam mana
Selesai berborak dengan keluarnganya, Fahim terus membuka langkah kedalam biliknya. Katil dituju lalu dia merebahkan badannya diatas katil. Aplikasi WhatsApp dibuka sebelum dia melihat mesej terakhir milik Liyanna
Liyanna Amaira✨
-Terima kasih sebab tunggu
Bibirnya terus mengukir satu senyuman sebelum dia membalas mesej Liyanna
Me
-Worth every second. I will wait forever if you need
Senyuman dibibirnya tiba-tiba menghilang apabila teringatkan bahawa dia tidak pernah memberitahu kepada Liyanna bahawa dia adalah seorang CEO syarikat penerbangan yang dikenali sebagai 'T.M.F AIR'. Walaupun dia dikenali sebagai CEO disyarikat itu dia masih lagi aktif sebagai seorang kapten dan tujuan dia tidak pernah memberitahu hal ini kepada Liyanna adalah agar Liyanna jatuh cinta dengan dia bukan disebabkan kerjayanya sebagai seorang juruterbang.
Dia tahu mungkin satu hari nanti perkara tersebut akan terbongkar juga jadi dia perlu bertindak lebih awal untuk memberitahu hal tersebut kepada Liyanna. Ibubapa Liyanna juga turut tidak mengetahui hal ini kecuali keluarganya serta sahabatnya iaitu Haris Arsyah namun jejaka itu sudah lama tidak menjejak kaki di Malaysia setelah berputus tunang tahun lepas Haris membuat keputusan untuk menenangkan dirinya di London.
**
Sudah seminggu Liyanna dan Fahim tidak bersua muka sejak Fahim memberitahunya bahawa dia perlu pergi outstation di luar negara. Sebelum Fahim pergi ke luar negara ibubapanya sempat pergi ke rumah Liyanna untuk memberitahu hajat mereka dan Alhamdulillah kedua-dua belah pihak bersetuju dan sekarang Liyanna sudah sah menjadi tunangan Fahim dan mereka membuat keputusan bahawa perkahwinan mereka bakal berlangsung selepas sebulan Liyanna menghabiskan pelajarannya.
Namun sekarang Liyanna memberi sepenuh perhatiannya terhadap sem terakhirnya, baginya inilah peluang terakhir dia untuk mencapai impiannya sebagai seorang peguam.
"Amboi fokusnya kau Liya"
Mia menegur Liyanna yang sedang khusyuk memandang kearah skrin Laptopnya
"Allah, terkejut aku Mia!"
Mia tersengih.
"Sorry, Fahim tak ada call ke?"
"Tak ada lah pula lagipun dia sibuk sebab dia cakap yang dia ada outstation dekat luar negara jadi aku tak nak ganggu dia sebab aku pun sibuk dengan exam untuk sem akhir ni"
"Oh, Faham"
"Kau...."
Belum sempat Mia menghabiskan ayatnya Liyanna terus duduk menegak secara mendadak.
Mata Liyanna membulat apabila mendapat satu email yang sudah lama dia nantikan
'Tahniah! Anda mendapat tawaran sebagai jawatan peguam latihan di AZ CHAMBERS Kuala Lumpur'
Liyanna terdiam tangannya juga turut menggigil.
"YaAllah betul ke ni? Aku dah berjaya?"
"Kau ok tak Liya?"
Liyanna terus memandang sahabatnya dengan wajah yang bersinar. Skrin laptop ditunjukkan kepada Mia. Mata Mia turut membulat apabila membaca email tersebut
"Weh Liya, Tahniah! Kau dah berjaya capai apa yang kau impikan selama ni. Kau memang hebat"
**
Malam itu Liyanna memaklumkan hal tersebut kepada ibubapanya melalui panggilan telefon
"Tahniah Liya, ibu dan ayah sangat bangga dengan Liya"
"Terima kasih ibu ayah"
Liyanna tersenyum nipis
"Dah bagitahu hal ni dekat Fahim?"
"Belum ayah lagipun dia ada kerja dekat luar negara jadi Liya taknak ganggu dia"
"Yelah"
Banyak perkara yang dia bualkan bersama Ibubapanya pada malam itu sehingga dia tidak sedar bahawa angka jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Setelah menamatkan panggilan Liyanna terus memejamkan matanya ingin berehat. Penat tak terhingga apabila satu hari dia menghadap Laptopnya untuk menyiapkan final project untuk sem terakhirnya ini.
Do votes and comments💖
Nama tempat untuk peguam Latihan tu saya
reka sendiri je ye🙏🏻
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)