"ABANG hari ni Liya pergi kelas dengan Mia"
Liyanna memberitahu Fahim yang sedang ralit membelek-belek telefonnya tanpa menghiraukan si isteri yang sedang berada di hadapannya"Ok, take care"
"Ok, Liya pergi dulu"
Liyanna menunudukkan wajahnya untuk bersalaman dengan Fahim."Assalamualaikum "
"Waalaikummusalam"**
"MIA. Jom makan aku lapar"
"Jom"
Liyanna dan Mia berjalan menuju ke arah medan selera sambil berbual kosong"Fahim balik bila?"
Setiap kali Liyanna jumpa dengan si Mia ni memang tak sah kalau tak jadi detective conan. Haihh mengalahkan makcik bawang sungguh!"Sabtu minggu lepas. Aku pun terkejut"
Mia hanya mengangguk sebagai jawapan."Lepasni kan Liya. Jom kita pergi cuci mata dekat shopping"
"Shopping je lah kerja kau"
Liyanna melihat Mia yang sedang tersengih seperti kerang busuk di depannyaNak buat macam mana dah memang dia minat bab-bab shopping ni lagi-lagi time ada suami boleh kikis duit suami hehe. Eh?
"Single kan. Sebelum kahwin kita kena enjoy dulu"
Mia menggerak-gerakkan keningnya kearah
sahabatnya"Eleh aku yang dah kahwin ni boleh je keluar"
"Kau lain aku lain"
Liyanna memandang Mia dengan kening yang berkerut. Apa yang lain pulanya minah ni haihh"Suka hati kau lah"
Mereka berbual tanpa mereka sedari ada figura seorang perempuan yang sedang melihat mereka dari belakang sambil tersenyum sinis**
LIYANNA dan Mia melangkah masuk ke dalam perut kereta Myvi milik Mia.
Kereta Myvi itu mula bergerak meluncur di atas jalan raya.
"Mia. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je?""Perasaan kau je kot. Tak ada apalah"
Liyanna hanya mengangguk sebagai jawapan entahlah tiba-tiba dia rasa tak sedap hati la pula.
Dalam hati hanya mampu panjatkan doa supaya tiada apa-apa yang berlaku"We Liya kenapa aku tekan brek ni tak berhenti!?"
Baru saja Liyanna ingin bertenang tiba-tiba Mia bersuara dengan nada yang cemas"K-kau biar betul Mia!"
"Ye we!"Liyanna mengangkat wajahnya untuk melihat ke hadapan. Matanya terus membulat tatkala melihat motor yang berada di hadapannya.
"Mia, motor dekat depan!"'pon! pon!'
'BUMM!'**
FAHIM yang sedang menonton tv itu terus mengambil telefon yang berada di tepinya apabila telefon nya berdering minta diangkat
HARITH
Fahim mengerutkan keningnya tatkala melihat sahabatnya yang sudah lama tidak berjumpa menelefonnya secara tiba-tiba.
Tanpa menunggu lama dia terus menekapkan telefonnya di telinganya.
"Assalamualaikum Fahim!"
"Waalaikummusalam Rith kau ni kenapa cemas semacam""Isteri kau-"
Mendengarkan perkataan isteri tubuh Fahim automatik menegak dan mengeras
"Kenapa dengan isteri aku!?"Berdegup kencang jantung Fahim sambil menunggu Harith menyambung ayatnya.
"L-Liya kemalangan!"Hampir luruh jantung Fahim apabila mendengar berita isterinya kemalangan
"A-aku datang sekarang"Tanpa melengahkan masa Fahim terus bergegas ke biliknya untuk bersiap.
Sempat dia menelefon kepada mamanya dan Mak Leha untuk memberitahu isterinya kemalanganSETELAH tiba di hospital Fahim menuju ke ward yang isterinya ditempatkan.
Dia melihat Harith yang baru saja keluar dari bilik itu. Lalu dia berlari kearah sahabatnya untuk menanyakan keadaan isterinya
"Rith isteri aku macam mana!?"
Harith yang mendengar namanya diseru terus memusingkan badannya ke belakang"Alhamdulillah kecederaan dia tak teruk mana cuma tangan dan kepala dia kena balut sikit sebab luka"
Fahim mengeluh berat apabila mendengarkan penjelasan dari HarithDia bersyukur kecederaan isterinya tidak parah dan hanya berbalut di tangan dan kepala
"Kawan dia macam mana?"
Fahim menyoal Harith apabila dia teringat bahawa isterinya pergi ke kelas dengan Mia"Alhamdulillah kecederaan dia tak teruk"
Fahim hanya mengangguk sebagai jawapan
"Pergi lah masuk dia tunggu kau tu"
Sempat Harith menepuk bahu sahabatnya sebelum dia melangkah pergi dari situFahim memulas tombol pintu itu dia melihat isterinya yang sedang termenung sambil memandang kearah tingkap dengan tangan dan kepala yang berbalut.
Liyanna yang mendengar pintu itu dibuka oleh seseorang dia terus berpaling ke arah pintu itu dia melihat Fahim yang sedang tersenyum nipis kearahnya.
Liyanna turut membalas senyuman nipis sang suami. Fahim melangkah kearah isterinya lalu dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan bersebelahan dengan katil itu.
"Liya sayang ok?"
"Ok je abang. Sikit je ni"
Fahim melirik muka isterinya yang terdapat sedikit luka namun luka itu ditutupi oleh plaster"Sayang buat abang risau lah"
"Sorry abang"
Fahim memeluk isterinya sambil mengelus tepi kepala isterinya. Akhirnya air mata yang ditahannya dari tadi turun menyembah bumi."Tolong jangan buat abang risau lagi please"
"Liya janji Liya takkan buat abang risau lagi"
Liyanna terus mengelus belakang suaminya apabila merasakan belakang bajunya basah. Tahu sangat suaminya sedang menangis sekarang ni.
Do votes and comment✨
Manja kalihh Fahim!
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] (In editing process!) Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya seba...