ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 17

2.9K 128 1
                                        

Liyanna berdebar-debar menantikan ketibaan di cafe yang menjadi pilihannya untuk berjumpa dengan Fahim. Sedang dia khusyuk termenung tiba-tiba kedengaran kerusi didepannya ditarik oleh seseorang dia terus mengangkat wajahnya dan melihat figura Fahim yang sedang memandangnya berserta dengan senyuman nipis. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi tersebut
"Order lah dulu, Saya nak tolong order dekat awak tadi tapi saya tak tahu awak nak makan apa"
"It's ok"

Usai membuat pesanan tumpuan Fahim terus menumpukan seluruh perhatiannya kepada gadis yang berada dihadapannya. Rindu? Tipulah dia tidak merindui gadis tersebut kerana sudah seminggu dia tidak bersua muka dengan gadis tersebut. Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya pada hari gadis itu menelefonnya dan memberitahu bahawa ingin berjumpa dengannya.
"So, kenapa kau nak jumpa dengan aku?"

Liyanna menggenggam erat hujung bajunya. Debaran didada sangat kuat apabila Fahim memandangnya. Liyanna tarik nafas. Lama. Dia membuka zip beg sandangnya dia mengeluarkan satu kotak baldu kecil yang diberikan oleh Fahim tempoh hari lalu dia meletakkannya diatas meja. Fahim terdiam sambil menahan debaran didadanya
"Kalau saya cakap ya. Awak masih lagi nak kahwin dengan saya?"

Fahim telan air liur sambil memandang Liyanna yang turut memandang kearahnya
"Mai.." Suaranya bergetar "Aku dah lama tunggu jawapan tu. Sejak hari aku mula doa nama kau tiap malam"
Hanya tuhan yang tahu bahawa gembiranya hatinya saat mendengar jawapan dari gadis itu. Ya tuhan terima kasih

Liyanna senyum nipis. Kotak itu dibuka perlahan. Cincin yang sama Fahim beri kepadanya pada hari Fahim melamarnya. Dia mengambil cincin yang berada didalam kotak itu lalu dipakaikan di jarinya.
"Saya dah fikir. Saya dah buang semua rasa takut dan jawapannya ya saya nak jadi isteri awak"

Fahim tunduk sambil tertawa kecil matanya juga turut berkaca. Pertama kali Fahim mengalirkan air matanya terhadap seorang gadis yang benar-benar dia ingin menjadikan sebagai peneman hidupnya
"YaAllah, terima kasih Mai sebab kau percayakan aku"

Liyanna senyum nipis sambil matanya tidak lekang memandang kearah Fahim yang sedang tersenyum manis kearahnya.
"Saya yang patut berterima kasih dekat awak sebab awak yang ajar saya cinta itu bukan luka tapi penyembuh"

**

Setelah mereka berjumpa tadi Liyanna tekad ingin memberitahu ibu bapanya dan sahabat-sahabatnya. Dia baru sahaja pulang dari berjumpa dengan Fahim dan dia melihat Mia yang sedang menonton tv tanpa menyedari bahawa Liyanna sudah pulang
"Mia"

Mia terus memandang kearah sahabatnya yang sedang tercegat dihadapan pintu
"Eh Liya, bila kau balik aku tak perasan"
"Cis, nak perasan macam mananya kalau dari tadi lagi khusyuk layan pakwe korea kau tu"

Mia tergelak kecil sebelum dia menggamit Liyanna untuk duduk disebelahnya. Mia perasan ada satu cincin permata yang tersarung di jari manis Liyanna
"Eh Mai, cincin tu bukan ke cincin yang Fahim bagi dekat kau?"

Liyanna senyum memandang kearah Mia. Sememangnya Mia sudah dimaklumkan dari awal lagi olehnya yang Fahim melamarnya.
"Ya"
"M-maksudnya kau..."
Mia memandang Liyanna tanpa berkelip
"Ya Mia aku terima dia"
"Wahh tahniah sahabatku!"
Mia terus menyauk tubuh sahabatnya untuk dipeluk. Hmm nanti Liya kahwin dah tak boleh lah nak lepak macam ni.Liyanna senyum sebelum dia turut membalas perlukan sahabatnya itu. Mia meleraikan pelukan sebelum dia memandang wajah Liyanna dengan mata yang berkaca

"Liya, Aku bangga gila dengan kau"
"Bangga kenapa pula? Aku bukannya menang anugerah pun"
Seloroh Liyanna menyebabkan tamparan Mia hinggap di bahunya.

Mia memegang erat tangan sahabatnya
"Sebab kau berani. Berani buka hati. Kau tahu tak betapa kau takut selama ni? Kau fikir semua lelaki sama tapi kau pilih untuk percaya. Dan kau pilih Fahim"
Liyanna tunduk.

"Aku takut lagi sebenarnya"
"Normallah tu, tapi kali ni kau tak keseorangan. Fahim ada, aku ada, keluarga kau dengan keluarga dia pun pasti setuju"

"Kau rasa aku mampu ke jadi isteri yang baik?"
"Kau dah jadi sahabat yang baik, anak yang baik, perempuan yang kuat. Apa beza?"
Air mata Liyanna bergenang sebelum dia memeluk erat tubuh sahabat sehidup sematinya itu. Bersyukur kerana Allah memberikannya seorang sahabat yang selalu ada ketika susah senangnya
"Terima kasih Mia"

**

Setelah memberitahu Mia dia terus naik kebiliknya untuk menelefon ibu bapanya. Telefon ditekapkan ditelinganya apabila nombor ibunya ditekan.

Hanya beberapa deringan uminya terus mengangkat panggilan tersebut
"Assalamualaikum ibu"
"Waalaikummusalam"

"Erm ibu, Liya ada nak bagitahu satu perkara ni"
"Apa?"
Liyanna menarik nafas sebelum dia sambung bersuara
"Erm, Fahim lamar Liya"
"H-hah!?"
Liyanna kemam bibir. Takut ibunya tidak merestui hubungan mereka

"Fahim lamar Liya lepastu Liya terima"
"H-hahhh!?"
Makin kuat suara si ibu di corong telefon itu. Boleh sakit jantung dengan anak tunggalnya ini
"I-ibu marah ke?"
Puan Aleena menarik nafas sebelum dia menghembuskannya dengan perlahan

"Tak lah ibu cuma terkejut tiba-tiba kamu call cakap Fahim lamar kamu dan yang paling terkejutnya kamu terima"
Puan Aleena geleng kecil.
"Ibu tak kisah asalkan Liya bahagia dengan pilihan hati Liya sendiri.Ibu dan ayah sentiasa sokong Liya dari belakang. Ibu yakin ayah pun pasti setuju dengan keputusan Liya walaupun Liya buat keputusan tanpa minta pendapat dari kami tapi lepas ibu tahu Fahim yang akan jadi peneman hidup kamu ibu lega sebab ibu kenal Fahim macam mana dan ibu tahu Fahim boleh jaga kamu dan bimbing kamu"

Tak semena air mata Liyanna bergenang. Bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang memahaminya
"Terima kasih ibu"
"Sama-sama"
Puan Aleena tersenyum nipis. Dia yakin bahawa Fahim mampu menjaga permata tunggalnya yang seorang ini.















Do votes and comments✨

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang