ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 16

3.1K 141 1
                                        

Liyanna terjaga perlahan-lahan. Kelopak matanya terasa berat. Baungan perfume jejaka yang berada disebelahnya kuat menusuk hingga ke rongga hidung
"Mai kau okay tak?"

Suara itu. Suara yang sama dia dengar sebelum dunianya menjadi gelap. Liyanna membuka matanya dengan perlahan sebelum dia melihat Fahim berada di sebelahnya
"A-apa dah jadi? Saya dekat mana ni? Kenapa saya ada dekat sini?"

Belum apa-apa lagi Fahim sudah diserbu oleh pelbagai soalan dari Liyanna.
"Kau pengsan tadi sekarang ni kau ada dekat rumah mak aku"
"Kenapa saya pengsan?"
Fahim kemam bibir melihat wajah polos milik gadis pujaan hatinya. Asal comel sangat ni!

"Sebab aku lamar kau"
Fahim menjawab tanpa segan silu.
Liyanna terus duduk menegak tangannya memegang dada dengan mata yang membulat
"Awak gila ke apa Fahim!?"

Fahim gelak kecil yang pasti bukan gelak main-main akan tetapi gelak yang penuh rasa sayang sambil matanya tidak lepas memandang wajah gadis yang berada dihadapannya tanpa secalit make up
"Mungkin.Tapi aku gila sebab aku sayang kau sejak pertama kita jumpa lagi, aku saja je nak acah-acah sombong depan kau. Tapi bila aku tahu kau dah berpunya aku terus batalkan niat untuk jadikan kau isteri aku tapi tak sangka pula yang teman lelaki kau tu curang jadi adalah peluang aku untuk rebut kau balik"
Tenang saja gaya Fahim membalas walhal dalam hatinya sangat takut untuk mendengar jawapan dari gadis itu kot-kot lah direject mana tauu

Liyanna diam dengan nafas turun naik. Seluruh memorinya bersama Fahim sebelum ini ditayang semula didalam fikirannya. Namun hanya satu yang dia takut, takut perkara lama bakal berulang kembali iaitu ditinggalkan dan ditipu secara senyap-senyap.
"Awak tahu tak..."
Suara Liyanna mula perlahan sambil menundukkan wajahnya ke bawah

"Saya takut, takut perkara lama berulang kembali. Saya dah tak sanggup nak hadap semua tu seorang diri"
Fahim memandang anak mata Liyanna dengan mendalam bagai melampiaskan rasa cintanya kepada gadis itu

"Mai aku nak kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau, aku nak jaga dan bimbing kau sampai kita ke syurga bukan sebab aku nak curang dan tipu kau, aku betul-betul ikhlas Mai"
Tegas suara Fahim berkata ingin membuktikan bahawa kata-katanya bukan sekadar mainan mahupun penipuan.
Air mata Liyanna bergenang dia menunduk sambil menggenggam hujung bajunya. Dia bingung, perasaannya bercampur baur sekarang ini dia mahu menerima lamaran Fahim namun dirinya masih lagi dihantui oleh kisah silamnya. Ya tuhan bantulah hamba mu ini

"Fahim, awak bagi saya masa boleh?"
Liyanna memandang wajah Fahim dengan sayu
"Aku tunggu asalkan kau kena ingat satu perkara ni..."
"Apa?"
Mereka berpandangan satu sama lain buat seketika sebelum Fahim menyambung ayatnya dengan tegas
"Aku lamar kau sebab aku pasti. Tak ada orang lain yang aku nak tua sama-sama selain kau"
Fahim tekad ingin menjadikan Liyanna Amaira sebagai isterinya oleh disebabkan jawapan dari istikharahnya dia tekad untuk melamar gadis itu kerana dia tahu bahawa jawapan dari tuhan tidak pernah salah mahupun bohong


**

Sudah seminggu berlalu Liyanna masih lagi tidak memberi jawapannya kepada Fahim dan dia juga tidak bertemu dengan Fahim. Dia sudah mendapat jawapan dari istikharahnya namun dia masih lagi bingung untuk memberi jawapan itu kepada Fahim.

Tipulah kalau dia tidak menyukai Fahim, namun dia hanya menyimpan perasaan itu seorang diri kerana dia takut akan disakiti sekali lagi. Sudah banyak kali dia cuba menenangkan dirinya dengan keluar bersama dengan kawan-kawannya namun setiap masa fikirannya hanya teringatkan Fahim.

Ada satu hari itu dia baru saja pulang dari membeli belah dengan Mia, apabila dia keluar dari perut keretanya dia melihat satu sampul surat yang berada di dalam peti surat, oleh sebab keinginannya yang sangat tinggi untuk melihat surat itu dia terus membuka sampul surat itu.

Senyuman nipis terukir dibibir secara tiba-tiba apabila melihat gambarnya yang berada ditaman sambil menunggu Fahim mengangkat panggilan telefon pada minggu yang lalu, dibelakang gambar itu juga tertera
"I miss my future wife"- T.F.M
"Kenapa awak nak sangat saya jadi teman wanita awak  Fahim"

Dia tekad untuk berjumpa dengan Fahim pada esok hari untuk memberi jawapan kepada Fahim, tanpa menunggu dia terus mengambil telefon bimbitnya nombor Fahim ditekan sebelum ditekapkan telefon itu di telinganya
"Assalamualaikum Fahim"
Debaran didada terasa amat kuat setelah seminggu tidak mendengar suara jejaka itu
"Waalaikummusam, ya Mai kenapa?"
"Esok awak free tak?"
Fahim diam seketika sebelum dia bersuara
"Esok aku ada kerja, lusa aku free kenapa?"

Liyanna kemam bibir sebelum dia menarik nafasnya
"Saya nak jumpa dengan awak boleh?"
Fahim diam. Liyanna berdebar ingin menantikan jawapan dari Fahim
"Boleh, aku ambil kau nanti"
"Eh tak payah saya boleh pergi sendiri nanti saya share tempat yang kita nak jumpa"
"Ok amore, see you"












Entahlah best ke tak revamp version ni
Do votes and comment!







𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang