08 || H E L L O

83 16 0
                                    

"MAWAR?" Bunyi ketukan secara bertalu-talu menyedarkan Mawar dari lena yang cukup panjang. Dengan mata separa terbuka, dia terus berjalan ke arah pintu bilik memandang telekung masih terletak elok di kepala.

Buka sahaja, terpampang dengan jelas wajah Aiman yang cemas.

Apa? Kenapa?

Perlahan-lahan dia menunduk memandang diri sendiri. Dia masih lengkap bertelekung. Dari kepala sampailah kaki.

Mata Aiman terkebil-kebil memandang Mawar.

"Aku... kacau kau solat ke?" soal lelaki itu serba salah. Semakin hairan Mawar dibuatnya. Apa yang serabut sangat pagi ni?

"Tak. Kenapa ni, saya tak faham. Saya tertidur lepas subuh tadi. Ada apa-apa ke?"  Semakin berkerut wajah lelaki itu. Jam tangan dikerling, mungkin memastikan jarum jam masih bergerak atau sudah mati.

"Sekarang dah nak masuk Asar, Mawar. Sarapan yang aku belikan untuk kau pagi tadi pun dah basi. Aku ingatkan ada apa-apa jadi dekat kau ke apa." Dia mengangguk beberapa kali. Oh, risau rupanya.

Tiba-tiba badan Mawar membeku. Dia baru dapat tangkap maksud Aiman.

"Sekejap, Asar? Sekarang pukul berapa?" Aiman menunjukksn jam pada telefonnya.

"4.15 p.m."

"Ah! Zohor saya!"

'PAP!'

Mulut Aiman ternganga kecil. Sedikit sahaja lagi hidung dia hampir terkena pintu yang dihempas oleh Mawar. Kalau tidak, patah riuklah hidung dia jawabnya.

Oh, bayangkan pun dah buat bulu roma dia menegak. Hidung mancung merupakan aset terpenting dalam hidup dia!

"Mawar! Dah sudah solat nanti turun bawah! Mak Hana dah siapkan makanan! Nanti lepas makan aku bersihkan luka dekat kaki kau!" Tiada balasan yang dia dapat. Aiman hanya abaikan, dia tahu Mawar dengar. Biarlah wanita itu ambil masa untuk selesaikan apa yang patut. Ada banyak benda lagi yang perlu dia risaukan sekarang.

...

SELESAI makan, Aiman meminta Mawar untuk tunggu di ruang tamu sementara nak tunggu dia ambil ubat. Nak tolong Mak Hana mengemas dekat dapur, dia ditentang habis-habisan oleh Aiman dan Mak Hana. Katanya dia masih tidak sihat.

Apa yang tak sihatnya? Dia makan nasi tadi bertambah dua kali tau! Pak Zainal pula hanya menggeleng melihat keletah isteri dan majikannya.

Dia letak sahaja punggung pada kerusi, Aiman terus sampai dengan ubat-ubat dan alat untuk bersihkan luka.

Sambil Aiman membersihkan luka itu untuknya, Mawar ambil kesempatan untuk menilik wajah lelaki itu.

Hidung yang mancung, bulu mata yang melentik, kulit sawo matang, muka yang bersih daripada sebarang bakteria jahat mahupun jerawat, warna bibir yang cukup cerah, anak mata berwarna coklat pekat... semuanya sempurna.

Mawar menilik lagi wajah Aiman tetapi kali ini tanpa sedar, jarak antara mereka kian merapat.

Mungkin terasa semacam, terus Aiman mengangkat mukanya. Kedua-duanya tergamam. Tidak sampai tiga inci pun jarak wajah mereka tika ini.

Cepat-cepat Aiman mengalihkan pandangan. Dapat Mawar lihat warna telinga lelaki itu mula berubah merah. Tiba-tiba wajahnya membahang. Malu dengan perangai tak semenggah sendiri.

"Kenapa pandang aku macam tu?" tanya Aiman tanpa memandang ke arah Mawar. Tangannya kembali lincah meletak ubat pada kaki Mawar.

"Muka awak... awam." Aiman pandang Mawar. Dahinya berkerut.

HELLO, AIMAN AL-QAYSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang