07 || H E L L O

58 17 0
                                    

AIMAN memandang Mawar dan jalan raya silih berganti. Sejak tersedar dari lena, dia hanya membisu. Ditawarkan makanan, dia tak nak. Ditawarkan minuman pun ditolak. Kalau tawarkan dia? Mungkin dapat pelempang.

Aiman jadi tidak senang duduk. Risau sekiranya ada bahagian lain pada tubuh Mawar yang sakit walhal doktor dah beritahu yang luka Mawar baik-baik sahaja. Tak ada yang perlukan sebarang jahitan.

Wanita itu termenung panjang memandang tingkap yang memaparkan pemandangan matahari terbit. Entah apa yang dia fikirkan, hanya Mawar sahaja yang tahu.

"Mawar, kita kena pergi balai polis. Nanti mereka cuma nak tahu kejadian yang sebenar. Kau ceritalah situasi yang sebenar. Jangan takut, kau tak ada salah. Kau hanya mangsa." Aiman menoleh untuk melihat respon Mawar nampun hampa. Wanita itu tetap berdiam diri.

"Mawar..."

"Awak rasa... Kak Kaseh pun sepatutnya lalui perkara yang sama ke?" Perlahan sahaja Mawar menyoal. Pandangannya masih berlabuh pada tempat yang sama.

Kali ini, Aiman diam.

"Kalau Kak Kaseh kena tangkap sebab tuduhan mendera saya, saya akan nafikan. Kalau betul Kak Kaseh juga mangsa seperti saya semasa pembunuhan tu, saya akan sentiasa ada dengan dia." Bibir Mawar menggeletar. Air matanya kembali turun membasahi mimpi.

Fikirannya dari tadi hanya berkaitan Kak Kaseh. Dia rindu kakaknya.

"Tapi kenapa... kenapa dia ambil tindakan untuk lari? Saya pasti dia tak bersalah. Kalau dia rasa bersalah, tak apa. Maaf saya akan sentiasa terbuka untuk dia. Tapi kenapa dia lari? Kenapa dia tinggalkan saya? Awak... saya rindu. Saya rindu kakak saya..." Mawar mula mengongoi. Hatinya terasa sakit, dadanya kian sesak.

Dalam situasi ini, dia terlalu takut. Otaknya pasa masa yang sama tidak henti mengulang kejadian tengah malam tadi. Dia perlukan seseorang di sisinya. Seseorang yang selama ini dia anggap selalu ada untuknya. Darah dagingnya.

Tanpa sedar, Aiman menggenggam stereng kereta dengan kuat. Riak wajahnya berubah tegang.

"She's not your sister." Tangisan Mawar terhenti. Dia menoleh ke arah Aiman dengan pantas.

"Apa?"

"She's not your blood sister, Mawar Alanna!" Mawar terpempam. Sisa air matanya masih tidak henti mengalir membasahi pipinya.

"A-Awak merepek apa ni? Berhenti. Saya nak turun dekat sini." Kepalanya tergeleng-geleng. Gila! Lelaki di sebelahnya ini bercakap seperti sudah lama kenal dia. Dia lebih kenal kak Kaseh!

"Mawar, let me explain."

"Tak, awak diam! Jangan sesekali ayat yang keluar dari mulut awak tu nak fitnah kakak saya macam tu. Awak ingat, awak dah tolong saya, awak boleh kata bukan-bukan tentang kakak saya? Berhentikan kereta ni. Saya janji saya akan pulangkan semua duit yang awak dah belanjakan untuk saya. Cuma tolong, tolong berhenti sekarang. Saya nak balik..." rayu Mawar. Beberapa kali pintu diketuk dan cuba dibuka namun Aiman tidak menghiraukannya.

Lelaki itu tetap memandang jalan raya, seakan langsung tidak terpengaruh dengan kata-kata Mawar sebentar tadi.

Tiba-tiba kelajuan kereta mula bertambah semakin laju. Mawar mula cuak. Matanya kembali berkaca-kaca. Adakah hari ni hari terakhir dia di muka bumi ini?

Mawar duduk statik. Tangannya mencengkam tali pinggang kereta dengan kuat. Kedua-dua belah mata ditutup. Air matanya kembali mengalir dengan laju.

'SRETT!'

Terasa sesuatu menghalang tubuhnya untuk sama terpelanting ke hadapan mengikut graviti yang mengawal kereta itu tika ini.

Aiman berhenti mengejut. Lampu merah di hadapan seakan menjadi asbab nyawa mereka masih dikandung badan. Sebuah lori laju meluncur di hadapan, jalan bertentangan dengan mereka.

HELLO, AIMAN AL-QAYSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang