Chapter 26 [Honeymoon]

6.3K 272 88
                                    

Nicholas tersenyum ketika dia menoleh ke arah Elle yang sedang berdiri tegak dan ternganga melihat ketinggian Eiffel Tower dari balkoni hotel itu. Lepas sahaja tiba di hotel, Elle terus kembali menyambung tidurnya sehinggalah lewat petang. Nicholas pula membiarkan sahaja kerana tahu, Elle pasti penat. (Dua jam di kapal terbang masih tidak cukup?)

Usai solat berjemaah, Nicholas mengajak Elle untuk makan malam di luar sambil melihat kecantikan dan keunikan kota Paris itu. Elle hanya menurut. Usai dia bersiap, Elle menolak langsir yang menutupi tingkap balkoninya itu. Tergamam terus Elle dibuatnya ketika melihat Menara Eiffel yang betul-betul sedang berdiri tegak dari balkoninya. Suasana senja menjadikan menara itu lebih cantik. Nicholas yang pelik melihat Elle tidak berganjak dari balkoni itu membuatkan dia turut melangkah ke arah Elle. Tertawa dibuatnya ketika melihat Elle tidak berkedip.

Nicholas tersenyum sebelum dia melangkah ke belakang Elle. Tubuh isterinya dipeluk erat dari belakang. Elle terkejut dan terus menoleh ke sampingnya. Dia mendongak melihat Nicholas. Nicholas menunduk dan pipi Elle dicium.

"Terpegun sangat ke sampai tak berganjak langsung dari balkoni ni? Herm?" Tanya Nicholas sambil memeluk tubuh isterinya. Elle menoleh semula ke arah Eiffel Tower itu.

"Tak sangka saya boleh nampak dengan jelas menara tu dari sini. Sebab tu saya tergamam." Elle berkata.

"You never ever been here do you?" Tanya Nicholas. Elle gelengkan kepalanya. Nicholas tersenyum.

"So this is your first time?" Tanya Nicholas. Elle mengangguk. Nicholas memusingkan tubuh Elle dan Elle berdiri di hadapannya. Nicholas menyentuh dua bahu Elle.

"Don't worry Love. Lepas ni, ke mana sahaja you want to go, just tell me. Okay? I promise. I will try my best to fulfill your wish." Kata Nicholas. Elle menatap Nicholas sebelum dia mengangguk. Nicholas senyum. Pipi Elle diusap lembut sebelum dicekup. Terus muncung Elle dibuatnya. Elle terkejut dan dahinya berkerut.

"Kenapa comel sangat ni?" Nicholas berkata dengan geram bercampur teruja. Elle menepuk tangan Nicholas menyuruhnya untuk melepaskan pipinya itu. Nicholas tertawa sebelum dia menurunkan tangannya. Elle menjeling. Dia memukul dada Nicholas. Nicholas hanya senyum.

"Jom." Ajak Nicholas. Nicholas menghulurkan tangannya. Elle menyambut lembut. Nicholas senyum. Tangan Elle dicium lembut sebelum mereka melangkah keluar dari hotel itu. Mereka bersama-sama menuruni lif itu sehingga ke aras bawah. Elle melihat Enzo dan Alex sudah berdiri di hadapan kereta Mercedes G Wagon di vallet parkir hotel itu.

Mereka senyum ketika melihat Nicholas dan Elle. Mereka menyambut kehadiran mereka dan mengiringi mereka ke kereta hitam itu.

"Signore dan Signora dipersilakan untuk masuk ke dalam kereta. Kami memberi ruang kepada Signore dan Signora untuk berdua." Kata Enzo dengan pelatnya. Elle tertawa dan Nicholas senyum.

"Thank you." Kata Nicholas. Enzo dan Alex menapak ke sebuah lagi kereta Mercedes di sebelah kereta hitam itu. Nicholas mengiringi Elle ke pintu kereta bahagian penumpang. Elle senyum ketika Nicholas membukakan pintu kereta untuknya.

"Grazie, Signore." Kata Elle berterima kasih kepada Nicholas. Nicholas hanya senyum. Elle melangkah masuk. Nicholas mengangkat lebihan kain skirt itu ke bahagian dalam kereta. Elle senyum.

"Thank you." Elle berkata lagi. Nicholas menatap Elle sebelum dia tersenyum. Nicholas menarik tali pinggang keledar di bahagian Elle dan diklipkan di tempat klip tali pinggang itu. Wajahnya tepat di wajah Elle. Elle gugup. Dia menunduk. Nicholas hanya senyum sebelum dia mencuit pipi Elle. Suka pula melihat Elle yang tidak henti tersipu semenjak mereka disatukan semalam. Baru Nicholas kenal dan tahu apakah personaliti sebenar wanita itu.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now