Seperti yang dijanjikan oleh Fahim, mereka berdua keluar untuk pergi ke tempat yang Fahim ingin bertemu dengan teman wanitanya. Di dalam keretanya hanya didengari oleh suara radio yang sedang berkumandang. Liyanna masih lagi ralit termenung di tingkap manakala Fahim memandu dengan tenang dia hanya mengenakan pakaian yang simple hari ini dengan baju t-shirt yang berwarna hitam berserta dengan seluar slack yang turut berwarna hitam
"Jauh kau termenung Mai?"
Liyanna terus tersedar dari lamunanya tatkala Fahim menegurnya namun dia hanya membalas dengan senyuman nipis
"Fahim saya nak tanya awak boleh?"
Sejak dari kelmarin lagi soalan ini berlegar dalam fikirannya dan hari ini dia perlukan jawapan untuk soalan ini
"Macam mana awak boleh ada nombor saya?"
Soal Liyanna sambil memberi sepenuh perhatiannya kepada Fahim
"Waktu aku hantar kau balik hari tu aku nak minta nombor kau tapi kau keluar kereta laju sangat tak sempat aku nak bersuara kau dah keluar tapi nasib baik time tu kawan kau baru balik aku minta lah dengan dia"
Haih Mia ni memang nak kena puk!
"O-ohh"
"Boleh aku tahu kenapa kau keluar kereta laju sangat masa tu?"
Nak tercekik Liyanna apabila mendengar soalan dari Fahim. Tipu sunat tak apa kan hehe nak backup diri sendiri
"Saya sakit perut masa tu sebab tu rushing sikit, maaf"
"Oh patutlah"
Senyuman senget terbit di bibir Fahim apabila mendengar jawapan dari Liyanna. Nak tipu tapi tak pandai ciss usaha yang sia-sia
**
"Kau duduk lah dulu aku nak call dia kejap"
"Erm ok"
Liyanna melabuhkan punggung diatas kerusi yang tersedia di taman itu anak matanya bergerak mengekori langkah Fahim yang kian menghilang dari pandangannya
"Mesti untung kan girlfriend dia"
Gumam Liyanna keseorangan sambil termenung. Setelah beberapa minit menunggu Fahim dia memilih keputusan untuk pergi menghirup udara segar di pinggir tasik
"Bestnyaa"
"Best apa?"
Terhinjut bahu Liyanna apabila disergah oleh satu suara
"Kau dekat sini rupanya ingatkan pergi mana tadi"
"Ish terkejut saya, dah awak pergi angkat call lama sangat saya datang lah dekat sini"
Jam yang berada ditangannya dilihat sebelum dia memandang kearah Fahim yang sedang termenung sambil melihat permandangan di tasik itu
"Mana girlfriend awak ni? Dahlah panas ni"
Liyanna mengeluh sambil mengibas mukanya menggunakan tangannya
Fahim tersenyum sebelum memandang tepat kearah Liyanna yang berada di hadapan matanya
"Dia dah datang lah kau je yang tak nampak"
Entah kenapa perasaan cintanya kepada Liyanna semakin membuak-buak apabila memandang wajah polos milik gadis itu. Dia sangat berharap yang jodohnya adalah gadis yang bernama Liyanna Amaira Bt Luqman
"Hahh!? Mana?"
Anak mata Liyanna terus bergerak mencari figura teman wanita Fahim, Nak tengok juga cantik sangat ke pilihan hati Fahim ni. Fahim mengemam bibirnya untuk menahan diri dari tersenyum apabila melihat reaksi dan wajah polos milik Liyanna
'Aww she's so cuteee'
"Dia ada dekat depan aku"
Jawab Fahim berserta senyuman manisnya sehingga timbul lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
"HAHH!?"
Liyanna tercengang sambil memandang kearah Fahim namun dalam masa yang sama dia juga turut terkedu apabila melihat lesung pipit Fahim yang timbul di pipinya tidak dia sangka bahawa jejaka ini mempunyai lesung pipit kedua-dua belah pipinya
"Kau lah girlfriend aku"
Semakin tercengang Liyanna apabila melihat Fahim menjatuhkan sebelah lututnya dilantai sambil mengeluarkan sekotak cincin yang berwarna merah lalu dihulurkan kepadanya
"Bersaksikan bunga,tasik,langit dan burung yang berada diatas pokok. Liyanna Amaira Bt Luqman sudikah kau menjadi suri hati dan ibu kepada bakal anak-anak aku untuk selamanya?"
Liyanna masih lagi sedang memproses perkara yang sedang berlaku sekarang ini. Tadi kata nak jumpa girlfriend tapi sekarang ni apasal dia pergi lamar aku pula. Perasaannya sedang bercampur baur sekarang ini sehingga dia tidak tahu ingin memberi reaksi apa. Terkedu,tercengang,ternganga semua itulah reaksinya.
"W-WHAT!?"
'BUKKK!'
DO VOTES AND COMMENTS✨
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)