TRES : PART 15 [√]

80 10 1
                                    









          Ukaila melangkah masuk ke dalam dewan hotel. Melihat akan keadaan dewan itu, majlis masih belum bermula.

Meja yang ditetapkan khas untuknya dituju.

Vip seat!

Terdapat beberapa orang sudahpun duduk dimeja itu. Ukaila melabuhkan punggungnya pada kerusi. Matanya naik melihat suasana dewan itu. Agak sesak.

Mana mungkin tidak, yang bersara kali ini bukan orang biasa-biasa, pemilik Delilo Empire sendiri. Sudah semestinya, yang datang bukan sahaja para staf, bahkan seluruh clients dan board of directors turut sama menghadiri.

   "Ukaila?" Ukaila mengangkat wajah. Matanya bersabung pandang dengan sepasang mata hitam pekat.

   "Ya saya" balas Ukaila. Dia terkaku seketika

   "You good?" Jejaka itu bertanya

   "Encik Zethran" Ukaila tersenyum kekok. Romanya tiba-tiba berdiri tegak.

   "You datang sorang? Mana suami you?" Matanya diliarkan mencari sosok tubuh suami Ukaila

Ukaila menelan liur kesat.

   "Err, dia busy. Tak dapat join saya harini" balasnya perlahan

Bibir Zethran menarik senyum

   "You tak boleh tipu I, Ukaila. I tahu you belum kahwin," Kali ini tangannya bergerak menggenggam bahu kecil Ukaila. Berkerut dahi itu.

   "Ehh, lepaslah.. Apa ni!" Ukaila berkata keras namun nadanya masih dikawal

   "You masih ingat kata-kata I haritu? You'll be mine no matter what happen," ayat itu kedengaran seram

   "Aku akan pastikan benda tu terjadi," sambungnya lagi

Ukaila menelan liur. Kesat rasanya.

   "Zeth, ada apa ni?" Zethran mengangkat wajah. Bahu Ukaila dilepaskan.

   "Uncle Henry, Aunty Ivy," Ukaila bangkit dari duduknya. Bahunya yang terasa sengal dipegang kejap.

   "You know each other?" Tan Sri Henry bertanya. Nampak dari riak wajah Ukaila yang tidak selesa

   "Not really, but kami dari department yang sama. So, saya tegur just to say hai," ujar Zethran. Tan Sri Henry memandang wajah kurang senang Ukaila

   "Ukaila?" Tan Sri Henry bertanya kepada Ukaila. Ukaila tidak menunjukkan sebarang reaksi

Zethran mengetap gigi kuat.

   "Macam nilah Zeth, you pergi duduk dulu. Nanti kita akan adakan meeting dengan semua staff," putus Tan Sri Henry.

Zethran mengangguk setuju. Wajah Ukaila dipandang sebelum berlalu pergi

   "You okey, Ukaila?" Puan Sri Ivy bertanya. Wajah pucat Ukaila dia amati.

   "Okey, Puan Sri. Saya okey" balas Ukaila. Dia menayangkan senyuman manis.

   "Kalau awak tak okey, bagitahu saya. Saya boleh tempah bilik untuk awak rehat," Tan Sri Henry berkata. Ukaila tersenyum.

   "Tak apa.. Saya okey" putus Ukaila.

Tan Sri Henry mengangguk faham sebelum pasangan itu mengambil tempat di meja yang sama dengannya

    "Ladies and gentleman," majlis dimulai

Tepukan gemuruh dari para tetamu dari bawah pentas.

   "Tanpa membuang masa, saya menjemput yang dirai, Tan Sri Henry untuk ke pentas," Tan Sri Henry mula bangun dari duduknya

TRES (On Going)Where stories live. Discover now